Goreng kacang tanah, dengar macam senangkan, tapi sebenarnya ia bukan senang yang pro pun kerap juga gagal, sebabnya menggoreng kacang ada tekniknya supaya ia tidak pahit atau liat sebab kurang masak. Nak tahu macam mana cara yang sempurna goreng kacang tanah, korang kena baca tip yang RASA kongsikan ini:-

4 Cara Goreng Kacang Tanah Gerenti Tak Hangus,

Pilih Kacang Tanah Yang Elok

Ini penting, kualiti kacang yang elok mempunyai kulit ari yang terang dan saiz biji kacang adalah sama. Jangan beli kacang yang tak sama saiz, ia akan menyebabkan kacang tidak masak sekata bila digoreng.

Ads

Gunakan Minyak Banyak Semasa Menggoreng

Semasa menggoreng pastikan semua kacang tenggelam dalam minyak masak yang panas. Oleh itu korang perlu menggunakan minyak lebih banyak dari kacang. Seperkata lagi korang perlu sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Tidak ada istilah menyambil semasa menggoreng kacang tanah.

4 Cara Goreng Kacang Tanah Gerenti Tak Hangus,

Angkat Kacang Sebelum Kacang Betul-Betul Masak

Perhatikan betul, bila kacang tanah yang digoreng bertukar warna kuning muda atau rasa hampir masak, segera angkat kerana ia akan betul-betul masak dan garing dalam beberapa saat semasa proses mengangkatnya. Jangan tunggu kulit kacang sudah berwarna kecoklatan atau masak sepenuhnya. Akibatnya kacang akan berasa sedikit pahit kerana terlalu ‘over cook’. Atau biarkan kacau dalam kuali walaupun api sudah ditutup.  Kuali panas akan jadikan kacang anda hangus.

Ads

Rendam Dalam Air Mendidih

Jika korang ingin menggoreng tanpa kulit arinya, sebaiknya rendam kacang dalam air mendidih  lebih kurang 10 minit supaya kulit arinya lembut dan senang dibuang. Kemudian tos sebelum sedia digoreng. Pastikan semua kulit ari dibuang, jika tidak ada sisa kulit ia akan cepat hangus dan menjadikannya pahit.

Guna Api Sederhana

Ads

Jika anda goreng kacang tanpa minyak (sangai) pastikan anda menggunakan api sederhana dan sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Cara ini agak lambat berbanding menggoreng menggunakan minyak.

Selamat mencuba ye…

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI