Sekali sekala tukar selera best gak kan. Kalau suka makanan berempah, sajian Pakistan ni boleh dicuba. Masak udang, ketam , ikan gaya ni memang tersangatlah sedap. Lauk pauk Pakistan juga suka menggunakan yogurt dalam resipinya di samping penggunaan rempah ratus.
.
.
Nak tahu apa yang sedap dan istimewa sangat masakan Pakistan nih, jom semak resipi yang dikongsikan Chef Sakya Hamid & geng Hotel Summit Subang, UST Selangor
1. IKAN TANDOOR (Pakistan)
.
BAHAN-BAHAN :
800gm @ 1 ekor ikan bawal | dibersihkan
Bahan untuk perapan :
Ads
2 sudu makan yogurt
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
½ sudu teh serbuk ketumbar
1biji bawang besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 biji cili merah segar | dicincang halus
½ ibu jari halia | dicincang halus
2 sudu teh air perahan limau
1 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ikan bawal yang telah dibersihkan masukkan ke dalam bekas dan bahan bahan lain yang telah siap boleh dimasukkan seperti serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar ,bawang ,bawang putih, halia, dan lain- lain boleh dicampur sekali untuk perapan.
2. Ikan bawal tadi digaul rata menyeluruh bersama perapan , biarkan selama 15-20 minit.
3. Selepas itu barulah dibakar menggunakan dapur arang dengan suhu yang sederhana selama 15minit.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar @panggang
Keistimewaan : Ikan bakar dengan rasa yogurt dan isi ikan berjus
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika mahu lebih sedap bakar dalam pasu tertutup
2. IKAN MERAH TIKKA BAKAR (Pakistan)
.
BAHAN-BAHAN :
300gm isi ikan merah | dipotong kiub sebesar 5sm
Bahan untuk perap :
4 sudu teh bawang putih | yang telah dikisar
11/2 sudu teh halia | yang telah dikisar
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk bunga lawang
3 sudu teh air perahan limau
Garam secukup rasa
2 sudu makan yogurt
½ sudu the serbuk cili
1 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK :
1.Pastikan bahan bahan untuk diperap siap dan mula perap ikan dengan bahan bahan telah disediakan .
2. Gaulkan kesemua ramuan dengan sempurna dan biarkan ikan diperap sekurang-kurangnya selama 15minit. Ikan yang telah diperapkan tadi bolehlah dicucuk pada lidi sate.
3. Proses mambakar bolehlah menggunakan dapur arang supaya aroma dan ikan yang dipanggang enak dan sedap. Biarkan hingga ikan masak berjus, dengan api sederhana dan kecil.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar @panggang
Keistimewaan : Ikan merah yang manis dengan aroma minyak sapi
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Jika suka anda boleh juga memasukkan sedikit santan segar dalam perapan ikan.
3. KETAM KARAHI (Pakistan )
Ads
.
BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam saiz sederhana | dibersihkan
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan minyak bijan1 sudu makan minyak sapi untuk memasak
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kari ikan
1 sudu makan bawang putih | yang telah dikisar
1 sudu teh halia | yang telah dikisar
1 sudu teh garam masala
2 biji bawang besar | dimayang
2 biji buah tomato | dipotong dadu
Garam secukup rasa
180ml air
CARA MEMASAK :
1. Ketam yang telah dibersihkan perlu diperap bersama bahan -bahan seperti sedikit serbuk kari ikan, serbuk jintan putih,ketumbar,kicap cair, minyak bijan.
2. Perap ketam selama 15minit supaya dapat meresap bahan bahan tadi.
3. Selepas itu baru mula memasak bahan bahan lain, panaskan kuali dan masukkan minyak masak tunggu sehingga panas.
4. Masukkan bawang yang telah di mayang, tomato, masak sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari ikan dan serbuk rempah ratus lain, tuangkan sedikit air dan kacau hingga masak dengan suhu yang sederhana .
5. Tunggu hingga pecah minyak baru masukkan ketam yang telah diperapkan. Masak hingga sempurna dan masukkan garam mengikut citarasa anda.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan :Ketam rempah berjus dengan rasa kicap soya enak
Jenis masakan : Sajian utama, ketam
Anggaran kos : RM 27
INFO CHEF : Pilih ketam segar dan banyak isi untuk rasa hidangan yang lebih enak
4. IKAN KURMA PAKISTANI (Pakistan)
Ads
.
BAHAN-BAHAN :
375gm ikan tenggiri @ bawal | dipotong
4 sudu makan yogurt
3 biji bawang besar | dimayang
50gm halia | dimayang
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1/3 sudu teh gula
3 sudu makan minyak sapi
3-4 biji bunga cengkih
2.5sm kayu manis
2-3 biji buah pelaga
3 tangkai cili kering
1 biji bawang besar | dibelah empat
Garam secukup rasa
1 sudu makan air perahan limau
CARA MEMASAK :
1. Ikan tenggiri yang telah dibersihkan perlu diperap bersama bahan-bahan seperti serbuk jintan manis, serbuk jintan putih,ketumbar.
2. Perap ikan tenggiri selama 15minit supaya dapat meresap bahan bahan tadi. Selepas itu baru mula memasak bahan-bahan lain.
3. Panaskan kuali dan pijarkan minyak dalam kuali.
4. Masukkan bawang yang telah di mayang, halia dan bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
5. Masak sehingga naik bau dan masukkan serbuk rempah ratus, tuangkan sedikit air , yogurt dan kacau hingga masak dengan suhu yang sederhana tunggu hingga pecah minyak.
6. Baru masukkan ikan tenggiri yang telah diperapkan dan air limau.
7. Masak hingga sempurna dan masukkan garam mengikut citarasa anda..
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Ikan
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF: Untuk hidangan yang lebih beraroma dan sedap, anda boleh gorengkan tanpa minyak jintan manis dan jintan putih sebelum dijadikan serbuk.
RESIPI : CHEF SAKYA HAMID, CHEF MOHD AZIZI HAMZAH, CHEF MOHD AZHAR JEMANGIN, CHEF HAMID WAHAB & CHEF SULAIMAN SALIH
TERIMA KASIH : Summit Hotel Subang ,USJ,Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Penggemar ayam mesti suka, kerana isi ayam lebih empuk dan hanya menggunakan isi ayam sahaja. Dah tentu lebih mudah dinikmat dan berjus. Kepada mak-mak yang bekerja, boleh perap ayam malam, balik kerja hanya perlu panggang ayam dan buat sos je, sangat mudah dan tak perlu bazirkan duit makan kat luar. Resipi macam biasa ada dikkongsikan di bawah ini.
AYAM MENANGIS MERAUNG BAHAN-BAHAN: BAHAN PERAPAN AYAM: 500gm ayam | isi bahagian dada, paha atas dan bawah 3 batang Akar Ketumbar 4 ulas bawang putih 1 sudu makan gula [perang 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan sos ikan 1 sudu makan lada hitam/sulah Sedikit minyak untuk memanggang ayam BAHAN SOS: 1 sudu makan sos ikan 1 sudu makan air asam jawa 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja 1 sudu makan gula kabung/nisan Thai 1 sudu makan serbuk cili kasar 1 sudu makan beras digoreng sangai 1 pokok ketumbar | cincang halus 10 biji cili padi | cincang halus 3 ulas bawang merah | cincang 3 ulas bawang putih | cincang
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan perapan kecuali ayam.
Gaulkan isi ayam dengan perapan, perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Panaskan kuali non stick, letakkan sedidkit minyak dan bakar dengan api kecil.
Campurkan semua bahan, kemudian gaul rata, dan rasa. Rasanya mesti pedas, masam dan manis.
Mana-mana yang kurang tambah.
Setelah cukup rasa, ketepikan.
Hiris kecil ayam yang telah masak dipanggang dan hidangkan bersama sosnya.
Nak sediakan satu-satu hidangan pada keluarga, kenalah pastikan hidangan tu sedap dan digemari. Antara hidangan yang senang nak dibuat adalah makaroni bakar. Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni ni memang sedap. Daging kisar tu menjadikan makaroni ni lebih lazat. Apatah lagi aromanya harum sebab ditumis menggunakan minyak jagung dan mentega. Memang sedaplah.
MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
Tip:
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Bagi anda yang gemarkan sajian makanan yang sihat serta kurang minyak , makanan kukus semestinya antarasajian yang menjadi pilihan. Malah, masakan yang dikukus juga mempunyai rasa serta khasiat yang tinggi. Biasanya periuk kukusan ni banyak digunakan untuk memasak ikan stim sahaja tetapi ada banyak lagi sebenarnya hidangan yang boleh disajikan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
1.CILANTRO LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan empingan cili
2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 biji tomato | hiris
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus
4 ulas bawang putih | titik
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawnag putih, hirsan tomato. Gaul rata. 2. Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis empingan cili, serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan. 3. Panaskan kukusan sehingga keluar wap. 4. Ambil aluminium foil dan masukkan ayam yang diperap tadi. Bungkus dengan kemas. 5. Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili . 6. Kukus lebih kurang 25-30 minit. Angkat dan hidangkan.
2.IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan. 2.Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas. 3.Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya. 4.Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi. 5.Sedia dinikmati.
3. SUP ‘LOTUS ROOT’ BERSAMA AYAM DAN KURMA MERAH
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil dan bersihkan
600gm lotus root
20 biji kurma merah
10 keping tiram kering
1.5 liter air masak
CARA MEMASAK: 1.Potong lotus root secara membulat dan nipis, kira-kira 1cm. 2.Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam air masak dan stim selama 4 jam./ 3.Selepas 4 jam, tambahkan garam dan stim semula kira-kira 30 minit. 4.Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
Kredit foto : http://dailycookingquest.com
4. STEAMED TOFU
BAHAN-BAHAN:
1 ketul tofu lembut
1 batang daun bawang | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan kicap manis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu selama 5 minit. Keluarkan dan buang air yang bertakung dalam pinggan tofu tadi. 2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Padamkan api dan tambahkan kicap masin dan kicap manis. Gaul rata hingga sebati. 3.Tuangkan sos ke atas tofu yang dikukus tadi. Hiaskan dengan daun bawang. 4.Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi: http://dailycookingquest.com
5. CHAI KUE
BAHAN KULIT:
300gm tepung beras
100gm tepung ubi
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 sudu teh minyak masak
600ml air panas
BAHAN INTI:
150gm isi ayam | dihiris halus
1 batang lobak merah | dihiris halus
2 biji cili merah | dihiris halus
Sedikit lada sulah
10 helai daun sawi
BAHAN SOS KICAP CAIR:
50ml kicap cair
10gm gula
1 sudu makan sos tiram
20gm kicap pekat
30ml air panas
CARA MEMASAK: 1.Untuk menyediakan kulitnya, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam dan gula. Gaulkan sehingga ia menjadi sebati. 2.Sementara itu, panaskan periuk dan tuang sedikit aduan. Ratakan dan kukus selama dua minit. Ulang sehingga adunan habis. Ketepikan. 3.Untuk menyediakan inti pula, campurkan isi ayam yang telah diracik halus dan dikukus bersama lobak merah yang telah dihiris, cili merah dan lada sulah. Masukkan ke dalam kulit dan gulung. Kukus lagi selama lima minit. 4.Untuk menyediakan sos kicap cair pula, campurkan kicap cair bersama gula, sos tiram, kicap pekat dan bolehlah dihidangkan.
6. SIAKAP STIM NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dibersihkan
2 biji terung | dipotong
5 biji bendi | dipotong
3 tangkai kacang panjang | dipotong
1 biji tomato | dipotong
2 biji cili merah | dihiris
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dihiris
1 batang serai | diketuk
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1.Kukus ikan sehingga masak. Ketepikan. 2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili merah, serai, bunga kantan, jus limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika. 3.Dalam kuali lain goreng bendi, kacang panjang, terung, tomato, cili dan bawang dengan sedikit minyak. Masuk ke dalam kuali berisi tumisan cili merah tadi. Gaul rata. 4.Akhir sekali tuang sos nyonya tadi ke atas ikan yang telah dikukus. 5.Sedia untuk dinikmati.
Info Chef : Selain siakap, boleh juga menggunakan ikan kerapu.
7. TENGGIRI KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
400gm isi ikan tenggiri
1 1/2 inci halia | potong tipis
1 biji tomato | potong baji
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
1/2 batang lobak merah | dihiris nipis
3 ulas bawang merah | dihiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam serbuk
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Lumurkan ikan serbuk lada hitam dan garam. Perap seketika. 2. Letakkan ikan di dalam bekas tahan panas dan tabur halia, tomato, bawang putih, lobak merah dan bawang merah. 3. Masukkan ikan ke dalam periuk kukusan dan masak selama 10-12 minit atau sehingga masak. 4. Sedia untuk dihidangkan.
8. BAWAL EMAS KUKUS KURMA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal emas | dipotong dua
1 cm halia | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 biji tomato | dipotong baji
Sedikit lobak merah | dihiris
3 biji buah kurma | dibuang biji dan dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan. 2. Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak. 3. Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
9. SIAKAP STIM HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
2.5cm halia
3 ulas bawang putih | ditumbuk
3 batang serai | ditumbuk
5 ulas bawang merah | ditumbuk
½ sudu makan serbuk lada hitam | ditumbuk
5 sudu makan sos tiram
2 biji limau nipis diperah air
2 biji cili merah | dihiris
1 biji buah tomato | dipotong dadu
1 tangkai daun sup
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam, dan sos tiram. Perap kira-kira 15 minit. 2 Cili merah, tomato dan daun sup ditabur di atas ikan. Gunakan tomato untuk sedikit rasa masam supaya seimbang dengan rasa sos tiram. 3 Stim / kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.
10. SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung | dikukus dan ambil isinya
400gm kelapa parut
6 ulas bawang merah | dikisar
2 cm halia | dikisar
1/2 sudu makan ladan hitam | dikisar
100ml santan pekat
1 biji telur
10 biji cili | dihiris tengahnya dan dibuang bijinya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Gaul isi ikan bersama dengan kelapa parut, santan, lada hitam, halia, bawang merah dan telur. 2.Kemudian perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul rata. 3.Sumbatkan bahan ini ke dalam cili yang telah dihiris tengahnya dan dibuang bijinya. 4.Susun di dalam periuk dan kukus hingga masak. Hidangkan.
11. SZECHUAN MAPO TOFU POT
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu Jepun
100gm isi ayam cincang
10gm Hong Kong Starch
10gm cili benggala hijau
10gm cili benggala kuning
10gm cili benggala merah
50gm pes cili
30gm cuka
50gm gula
10gm serbuk ikan
20gm kanji kentang Hong Kong
10gm pes cili
10gm sos tiram
5gm kicap
CARA MEMASAK: 1.Potong dadu tauhu tauhu Jepun dan perasakan dengan kicap cair. 2.Kemudian kukus lebih kurang lima minit. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan. 3. Dalam kuali lain. Panaskan minyak kemudian tumiskan pes cili, kacau hingga pecah minyak. 4.Masukkan daging cincang dan semua jenis cili benggala cincang hingga wangi. 5.Seterusnya masukkan cuka, sos tiram, gula, garam dan perasa ikan secukup rasa. 6.Akhir sekali masukkan tepung kanji kentang untuk memekatkan kuah. 7.Tutup api, kemudian tuangkan di dalam mangkuk yang berisi tauhu Jepun yang telah dikukus tadi. 8.Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan hirisan cendawan hitam dan cendawan Bai Ling.
Foto: chinasichuanfood.com
12. CHINESE STEAMED CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
1 sudu makan halia hiris
1 sudu makan daun bawang | dihiris
BAHAN PERAP:
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh sos cuka
1/3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
BAHAN SOS:
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
4 sudu makan air
1 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang | dihiris
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan lumur dengan bahan perapan hingga rata. 2.Kemudian masukkan hirisan halia dan daun bawang. Perap selama 30 minit. 3.Panaskan periuk kukusan dan masukkan ayam. Kukus selama 20-30 minit sehingga ayam empuk. 4.Angkat ayam dan potong menjadi kepingan yang lebih kecil. Ketepikan seketika. 5.Untuk sos, panaskan periuk dan masukkan minyak bijan. Tumis bawang putih dan daun bawang hingga wangi. 6.Tambahkan sos tiram, kicap cair dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih. 7.Padamkan api dan biarkan sos sejuk seketika. Sedia untuk dihidangkan dengan ayam kukus tadi.
Kredit resipi: chinasichuanfood.com
Foto: noobcook.com
13. UDANG KUKUS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
8 ekor udang bersaiz besar
Sedikit garam
5cm halia |hiris bulat
Daun ketumbar | hiasan
BAHAN INTI:
3 sudu makan bawang putih cincang
1 sudu makan jus limau kasturi
1 /s sudu teh kicap cair
1 sudu teh minyak bijan
Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan udang dan potong bahagian tengah badannya. 2.Susun hirisan halia di dalam bekas tahan panas dan susun pula udang. Tabur sedikit garam. 3.Dalam bekas berlainan, satukan kesemua bahan inti dan sumbatkan ke dalam badan udang tadi. 4.Kukus udang hingga masak dan hiaskan denagn daun ketumbar. 5.Sedia untuk dinikmati.
Foto: noobcook.com
14. CHOCOLATE MOIST CAKE
BAHAN A:
1 1/2 cawan tepung superfine
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
BAHAN B:
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
BAHAN C:
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan rata semua bahan A dalam satu bekas. 2. Masakkan semua bahan B dengan api sederhana hingga sebati. 3. Pukul bahan C sehingga kembang dan bebuih. 4. Masukkan bahan B ke dalam bahan C dan kacau sebati. 5. Akhir sekali masukkan bahan A ke dalam sebatian B dan C. 6. Letakkan dalam loyang dan kukus selama 45 ke 50 minit.
CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN:
350gm coklat masakan
200ml susu cair
100ml susu pekat manis
1 sudu makan butter
CARA MEMASAK: 1.Panaskan periuk secara double boil dan masukkan semua bahan dan kacau sebati. 2.Sejukkan sebelum di tuangkan atas kek.
Info Chef: Untuk rasa kek yang lebih enak, pastikan anda meletakkan chocolate ganache dalam kuantiti yang banyak.
15. RED VELVET CUPCAKE
BAHAN A:
200ml minyak jagung
100ml susu segar
1 biji telur gred A
1 sudu teh cuka epal
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh red velvet emulco
BAHAN B:
125gm gula kastor
165gm tepung superfine
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk koko
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan A dalam satu bekas dan gaul sebati menggunakan wrisk dan ketepikan 2. Campurkan pula semua bahan B di dalam bekas yang lain, kemudian masukkan ke dalam sebatian A tadi. 3. Isikan sebatian ke dalam paper cup sebanyak 2/3 bekas 4. Kukuskan kek tadi selama 15 minit.
BAHAN CREAM CHEESE:
250gm cream cheese
5 sudu besar susu pekat manis
5 sudu besar gula aising
CARA MEMASAK 1.Putar semua bahan menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana, setelah sebati paipkan atas cupcake tadi.
Info Chef: Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.
16. APAM POLKADOT
BAHAN-BAHAN:
150ml susu penuh krim
250gm tepung gandum
1 cawan gula kastor
3 biji telur gred A (sejuk)
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelatte
CARA MEMASAK:
1.Masukkan telur, gula dan ovelatte ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan maksima sampai sebatian menjadi kembang dan berwarna putih. 2.Masukkan susu dan baking powder mix lagi sampai sebati kemudian masukkan tepung mix dengan kelajuan sederhana. 3.Bahagikan kepada 4 bahagian dan letakkan warna yang berlainan. 4.Paipkan ke dalam acuan dan buatkan dot-dot. 5.Kukuskan selama 15 minit.
Info Chef: Jika adunan terlembik, boleh tambah sedikit tepung. Hati-hati jangan sampai apam menjadi keras.
17. HORMHOK
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ikan tenggiri
1 sudu makan pes kari merah
150gm santan
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
1 biji telur
3 helai daun limau purut | dihiris nipis
50gm kubis bulat | hiris halus
15 helai daun selasih Thai
1 biji cili merah
Daun pisang untuk membuat mangkuk
CARA MEMASAK: 1.Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan ke dalam bekas. Kacau rata. 2.Seterusnya masukkan hirisan kubis, daun selasih dan sedikit daun limau purut di dasar mangkuk daun pisang. 3.Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga memnuhi 3/4 mangkuk. 4.Kukus selama 10-15 minit. 5.Sebelum dihidangkan, letak sedikit baki santan dipermukaan Hormhok dan hiaskan dengan daun limau purut dan cili merah diatasnya.
18. PUTU MAYAM BIHUN
BAHAN-BAHAN:
3 keping bihun yang halus
100gm kelapa parut
Gula perang secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Rendam bihun seketika letakkan di dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan kain jarang. 2.Setelah naik wap, kukus bihun sehingga lembut. 3.Keluarkan dan susun di dalam pinggan hidangan 4.Nikmatinya bersama kelapa parut dan gula perang.
Kata Chef: Jika mahukan putu mayam yang berwarna warni, tambahkan pewarna semasa proses merendam bihun dan kukus seperti biasa.
19.KEK GULUNG PELANGI
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung gandum
170gm gula halus
60ml santan kotak
6 biji telur
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
150 ml minyak jagung
Inti:
Jem Blueberi, strawberi atau buttercream secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Sediakan periuk kukusan. Lengserkan loyang bersaiz 8″ x 8″ dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan. 2.Pukul telur, ovallete dan gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana. 3.Masukkan minyak jagung dan santan sedikit demi sedikit. Kaub balikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga betul-betul sebati. 4.Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan warnakan dengan warna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah. 5.Tuangkan adunan ungu ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 10 minit. 6.Kemudian tuang pula adunan biru ke atas adunan ungu tadi dan ratakan. Kukus semula selama 10 minit. 7.Ulang langkah yang sama untuk adunan selebihnya. Untuk warna yang terakhir, kukus kek selama 15 minit. 8.Setelah masak, keluarkan kek dan terbalikkan. Potong nipis kek semasa masih panas dan paipkan sedikit inti di tengahnya. 9.Gulungkan kek dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
Kata chef: Pastikan kek dipotong nipis. Jika tebal, kek akan patah semasa proses menggulung.
20.PAK CHOI SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
4 pokok sayur pak choi
5 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih | dihiris
1cm halia | dicincang
Serbuk perasa dan gula secukupnya
Sedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Air secukupnya | untuk mencelur
Minyak masak secukupnyaCARA MEMASAK: 1.Didihkan air dan celur sayur pak choi seketika. Toskan air dan susun di atas pinggan. 2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga kekuninggan. 3.Masukkan sos tiram dan sedikit air. Tambah sedikit gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. 4.Tambahkan bancuhan tepung jagung dan biarkan memekat seketika. 5.Siram sos diatas sayur. Sedia untuk dinikmati. Info Chef: Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.