Memasak bukanlah satu tugas yang sukar namun kadang-kala kekangan masa menjadikan sesetengah dari kita lebih selesa membeli lauk siap masak di kedai. Nak ubah selera dengan jamu keluarga dengan masakan air tangan sendiri? Resipi-resipi yang RASA kongsikan ini boleh anda cuba!

 

 1. AYAM MADU CILI KERING

4 Idea Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Dalam Masa 20 Minit.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
  • 150gm biji gajus  
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
  • 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
  6. Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
  8. Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
  9. Tutup api dan  sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk lebih sedap boleh taburkan bijian yang telah digoreng sangai.

 

IKLAN

2. SAMBAL UDANG DAUN LIMAU PURUT

4 Idea Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Dalam Masa 20 Minit.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm  udang kertas | buang kepala, cuci dan tos
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 4-5 helai daun limau purut | siat-siatkan
  • 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan  sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun limau purut  hingga wangi.
  2. Tambahkan dengan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan  udang, kacau rata hingga udang bertukar warna dan air udang kering.
  4. Perasakan dengan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.

IKLAN

 

3. SOTONG RAMPAI SAYUR GORENG KUNYIT

4 Idea Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Dalam Masa 20 Minit.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm sotong hiris bulat
  • Sedikit hirisan bunga kubis
  • Sedikit hirisan kentang | potong dadu
  • Sedikit hirisan cili Benggala hijau
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • 1/2 biji bawang besar hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak, goreng kentang hingga masak, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Ttumis hirisan bawang besar, bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan sotong, dan serbuk kunyit, kacau rata.
  5. Seterusnya masukkan bunga kubis dan hirisan cili Benggala.
  6. Kacau rata dan perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali, tutup api dan sotong sedia dihidangkan. 

INFO CHEF: Campuran sayur dalam sotong boleh dipelbagaikan ikut cita rasa.

 

4. TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR

4 Idea Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Dalam Masa 20 Minit.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 tangkai kacang panjang | potong 4cm
  • 150gm daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih  | cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji cili padi | hiris
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
  3. Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
  4. Perasakan dengan sos tiram.
  5. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Kacang panjang boleh ditukar dengan  kacang buncis atau kacang bendi.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI