Ini idea bernas yang boleh bantu anda yang tercari-cari menu untuk minum petang sambil layan keputusan PRU14. Mudah, senang dan sedap. Nak resipi ini ada empat resipi yang boleh anda pilih dan cuba ye.
CHURROS BERSOS COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 115gm mentega tanpa garam
- 240ml air
- 2 sudu teh gula halus
- ¼ sudu teh garam
- 110ml tepung serba guna
- 3 biji telur
- Minyak sayuran untuk menggoreng
- Gula halus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Masak hingga mendidih atas api sederhana. Kecilkan api dan masukkan tepung dan gaul kira-kira satu minit.
- Keluarkan adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dengan kelajuan perlahan dan masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
- Setelah itu masukkan adunan pastri ke dalam beg paiping/pastri yang dipasang dengan nozel berbentuk bintang.
- Panaskan 10cm minyak dalam periuk sehingga suhunya mencecah 325 darjah C. Pegang beg pastri beberapa inci daripada minyak dan tekan adunan sepanjang 10cm dan potong dengan pisau.
- Goreng dan balikkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
- Golek churros pada gula halus dan hidangkan bersama sos coklat.
MUFIN PISANG BERSAMA KACANG WALNUT
BAHAN-BAHAN:
- 115gm kacang walnut
- 195gm tepung serba guna
- 170gm gula halus
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh soda bikarbonat
- ¼ sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 2 telur (gred A) ] pukul sedikit
- 115gm mentega ] cairkan dan sejuk
- 3 biji pisang (454 gram) ] lenyek
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Panggang kacang walnut di dalam ketuhar kira-kira 8 minit. Cincang kasar.
- Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan kulit kayu manis. Ayak.
- Dalam bekas berasingan masukkan telur, mentega, gula dan esen vanila. Gaul rata.
- Campurkan pisang lenyek.
- Kemudian tuangkan ke dalam adunan bahan kering (campuran tepung). Masukkan kacang dan kaup balik sehingga rata.
- Tuangkan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
PUDING ROTI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 1 buku perisa roti buah-buahan
- 120gm coklat gelap
- 60gm coklat susu (milk chocolate)
- 2 biji telur
- 300ml double cream
- 85gm gula kastor
- 3 titis esen vanila
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C. Ketepikan.
- Untuk kastard coklat. Panaskan krim secara ‘double boil’.
- Sementara itu, pukul telur hingga kembang dan pekat. Kemudian tuangkan ke dalam krim.
- Masukkan esen vanila dan kacau. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan menjadi agak pekat.
- Tutup api dan angkat. Kemudian masukkan coklat sedikit demi sedikit dan kacau sebati sehingga adunan pekat dan berkilat. Ketepikan.
- Sapukan mentega pada kedua-dua bahagian roti, potong segi tiga dan susun di dalam loyang untuk lapisan pertama.
- Patahkan coklat susu dan tabur di atas roti. Susun roti untuk lapisan kedua. Kemudian tuang kastard coklat dan ratakan.
- Bakar selama 25 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.