Rasa susah nak membongkokkan tubuh kerana perut buncit? Diet dah buat, jogging pun sudah, nak pergi gim selalu memang tak sempat la kan? Nak ambil pil ‘supplement’, mahal la pula.
Jangan risau! Anda masih boleh mengempiskan perut buncit dengan empat resipi ramuan minuman ini. Ia bukan sahaja penuh khasiat, malah menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga!
Ads
Apa yang perlu anda lakukan, amalkan mengambil minuman ini sebelum tidur membantu mengempiskan perut buncit.
1. Jus Timun Penghapus Lemak
BAHAN-BAHAN:
1 biji timun
Sedikit daun parsli
1 biji lemon
1 sudu besar halia parut
1 sudu besar jus aloe vera
1/2 gelas air
CARA PENYEDIAAN:
Kisar semua bahan di atas dan minum sebelum tidur.
2. Minuman Tenaga
BAHAN-BAHAN:
5 biji lemon
1 liter minuman sparkling
Sedikit daun pudina
CARA PENYEDIAAN:
Perah empat biji lemon.
Hiris bulat-bulat sebiji lemon.
Campurkan kesemua bahan ke dalam jug.
Hidang minuman dengan ais dan daun pudina.
Ads
3. Minuman India Berempah
BAHAN-BAHAN:
4 biji limau nipis
Sedikit halia parut (sesuaikan dengan cita rasa)
Sedikit daun pudina
1 liter minuman sparkling
1/2 gelas air putih
Sedikit gula (sesuaikan dengan cita rasa)
Ais
CARA PENYEDIAAN:
Perah jus limau.
Campur gula dan air putih di dalam periuk, reneh sehingga gula larut.
Tambah halia ke dalam larutan dan matikan api selepas mendidih. Sejukkan.
Tambah jus limau, minuman sparkling dan ais.
Hias minuman dengan daun pudina dan hirisan limau.
4. Minuman Cuka Epal (Apple Cider)
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 liter jus epal (buat sendiri atau beli yang dah siap)
Sedikit daun pudina
100 ml jus lemon
1 biji lemon
Ais
CARA PENYEDIAAN:
Hiris lemon bulat-bulat.
Campur jus lemon dan jus epal dalam bekas bersesuaian.
Tambah hirisan lemon, ais dan daun pudina.
Boleh tambah hirisan epal sebagai hiasan.
Amalkanlah mengambil minuman ini sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan perut kembali kempis dan kelihatan muda remaja. Selamat mencuba!
Sumber: pelikdunia / jomshare
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Memasak bukanlah tugasan yang mudah. Tidak kira suri rumah atau yang bekerjaya, aktiviti memasak ni tentunya mengambil masa dan memenatkan. Oleh itu, ada cara yang boleh membantu kaum ibu supaya dapat memasak dengan lebih cepat dan mudah. Menerusi perkongsian saudari Rarra Sakura, beliau berkongsi enam resipi pesserbagunayang boleh dijadikan stok masakan anda. Lebih istimewa, kesemua pes ini tidak menggunakan pengawet dan boleh tahan berbulan-bulan. Memang berbaloi. Jom cuba.
1. PES SAMBAL IJO ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili hijau besar (*)
10 biji cili api hijau (*)
10 ulas bawang merah (*)
8 ulas bawang putih (*)
5 biji tomato hijau yang muda (*)
1 kiub bilis
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bahan bertanda (*) direbus sampai lembik sikit. Kemudian lenyek menggunakan lesung batu ataupun kisar kasar menggunakan blender.
Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak. Masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula serta masukkan daun limau purut.
Masak biar pes sambal jadi pekat atau kering. Padamkan api. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam bekas bertutup yang kedap udara.
Simpan dalam peti sejuk beku dan bila nak guna, pastikan guna sudu yang kering dan bersih.
2. PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili kering – rebus kemudian goreng garing menggunakan minyak (*)
15 ulas bawang putih (*)
10 ulas bawang merah (*)
10 batang serai (*)
8 helai daun limau purut (*)
2 inci lengkuas (*)
2 inci halia (*)
3 sudu makan udang kering (*)
1/4 keping gula melaka
3cm belacan bakar (*)
Air asam jawa
3 sudu makan sos ikan (nampla sauce)
Air, minyak masak dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air atau lebihan minyak goreng cili tadi. Kisar halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai pekat.
Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam secukupnya. Teruskan masak hingga betul-betul pecah minyak dan pekat.
Bila pes kelihatan masak sempurna, sejukkan. Masukkan pes ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak guna, keluarkan dan masukkan ke dalam masakan tomyam, bihun goreng dan sebagainya.
3. PES MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili kering – goreng dengan minyak sampai garing (*)
10 ulas bawang merah (*)
8 ulas bawang putih (*)
2 inci halia (*)
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis
Minyak masak secukupnya
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap masin
BAHAN GORENG TANPA MINYAK: 2 sudu makan jintan manis 2 sudu makan jintan kasar 1 sudu makan lada hitam biji 1 sudu makan ketumbar biji
CARA MEMASAK:
Satukan bahan bertanda (*), bahan goreng tanpa minyak dan sedikit minyak gorengan cili. Kisar hingga lumat.
Tuang ke dalam kuali dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
Perasakan pes dengan air asam jawa, kiub pati ikan bilis, garam, gula dan kesemua jenis sos. Kacau sebati.
Masak hingga pes menjadi pekat atau kering. Padamkan api dan sejukkan.
Simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk beku.
4. PES ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili kering – rebus terlebih dahulu (*)
10 biji cili merah – rebus terlebih dahulu (*)
5 biji cili padi – rebus terlebih dahulu (*)
15 ulas bawang merah (*)
10 ulas bawang putih (*)
2 inci lengkuas (*)
2 inci halia (*)
2 inci belacan bakar (*)
1 sudu makan biji ketumbar (**)– jika tidak suka, boleh abaikan penggunaannya
1 sudu makan jintan manis (**)– jika tidak suka, boleh abaikan penggunaannya
Air asam jawa, garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bahan bertanda (*) dan (**) sampai sebati.
Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan garam, air asam jawa dan gula dengan secukupnya.
Bila pes dah jadi pekat atau kering, padamkan api dan biarkan sejuk.
Simpan pes dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejukbeku.
5. PES CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi merah – rebus
20 biji cili merah besar -rebus
2 inci kunyit hidup
Garam secukupnya
Sedikit air panas atau suam
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam. Lagi bagus kalau bahan-bahan tadi dikisar kering.
Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejukbeku.
Pes ini sesuai digunakan jika masak gulai atau masakan yang tidak menggunakan bawang.
6. PES SAMBAL SERBAGUNA UNTUK IKAN/AYAM/SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili kering – rebus (*)
20 biji cili merah – rebus (*)
4 biji tomato (*)
15 ulas bawang merah (*)
10 ulas bawang putih (*)
2 inci halia (*)
1/4 keping gula melaka
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram
1 biji kiub bilis – boleh gantikan dengan 3 sudu makan udang kering (*)
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air. Jika kisar menggunakan pengisar kering lagi bagus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing serta pecah minyak.
Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa, garam, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
Masak hingga pes kering dan pekat. Bila dah sempurna, padamkan api dan sejukkan. Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejukbeku.
INFO:
Pes perlu dimasak menggunakan api perlahan.
Guna air masak, panas atau suam semasa mengisar cili.
Sebelum disimpan dalam peti sejuk beku, pastikan pes betul-betul sejuk.
Pastikan guna peralatan yang kering untuk proses penyimpanan.
Jika simpan dalam peti sejuk biasa, pes mampu bertahan selama sebulan. Jika nak tahan lebih lama, simpan dalam peti sejukbeku.
Hidangan viral memang ada musimnya, terbaru yang lalu lalang di media sosial kita adalah corn ribs. Ramai yang kata sedap, rasa lemak berkrim dengan pedas-pedas manis.
Bagi yang teringin nak merasa keenakan corn ribs ini bolehlah cuba buat sendiri menggunakan perkongsian Mimi Mahmud.
Cara buat corn ribs
Bahan-bahan
Jagung segar
Air
Bahan sos
Mentega
Bawang putih dan bawang merah -dicincang
Susu segar
Parsley
Susu pekat
Serbuk cili
Chili flakes
2 keping keju
Cara membuat:
1. Jagung segar dibuang daun dan dipotong dua. Kemudian belah empat jagung tadi.
2. Masukkan air dalam periuk dan rebus jagung selama 3 minit saja.
3. Cairkan mentega, tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masuk satu sudu serbuk cili.
4. Masukkan susu pekat,susu segar, 2 keping keju
5. Masak sehingga sedikit pekat, masukkan cili flakes, parsley dan sedikit garam. Kacau.
6. Akhir sekali masukkan jagung dan gaul sebati. Taburkan daun parsley sebelum dihidangkan.
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Terung goreng ranguo ala fries, rasanya yang sedap buatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Enak dijadikan kudap-kudapan atau nak buat lauk pun boleh.
Cara buat terung goreng rangup ala fries
Bahan-bahan
Terung (pilih terung yang keras)- dipotong jejari
Tepung Bestari
Cara membuat
1. Gaul terung yang dipotong dengan tepung Bestari secukupnya. Biarkan terung bersalut tepung. Tak perlu tambah air
2. Panaskan minyak dan goreng. Pastikan betul-betul garing supaya hasilnya rangup, tak lembik.