Alangkah sedapnya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas untuk hidangan sendiri, sekeluarga atau rakan-rakan. Kali ini dikongsikan resipi daripada Pak Kasim Asam Pedas Melaka, yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak, sila cuba ye!

 

 

4 Jenis Resipi Asam Pedas Memikat Selera, Pasti Hirup Sampai Licin!

IKAN TERUBUK ASAM PEDAS MELAKA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Terubuk – bersihkan dan potong
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1 batang serai – ketuk
  • 2 helai daun limau
  • 5 batang bendi – potong
  • 1/2 sudu kecil halba
  • Garam secukupnya
  • Air asam jawa secukupnya

Cara membuat:

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Tumis hingga terbit bau.
  3. Masukkan daun limau purut,serai, halba dan sedikit air asam jawa. Kacau sekata.
  4. Masukkan garam secukupnya dan  ikan Terubuk. Kemudian masukkan bendi. Kacau seketika. Tutup api dan angkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

 

4 Jenis Resipi Asam Pedas Memikat Selera, Pasti Hirup Sampai Licin!

ASAM PEDAS IKAN PATIN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai – ketuk
  • 5-6 batang bendi
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Daun kesum secukupnya
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara membuat:

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
  4. Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 

4 Jenis Resipi Asam Pedas Memikat Selera, Pasti Hirup Sampai Licin!

DAGING TETEL ASAM PEDAS MELAKA

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kilo daging tetel -bersihkan
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
  • 1/2 cm halia
  • 2 helai daun limau
  • Air asam jawa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara membuat:

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak,masukkan semua yang telah dikisar.
  3. Masukkan daun limau,serai yang telah diketuk dan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk. Kacau sekata.
  4. Masukkan daging tetel dan sedikit air asam jawa. Setelah itu perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan.

 

IKLAN

 

4 Jenis Resipi Asam Pedas Memikat Selera, Pasti Hirup Sampai Licin!

ASAM PEDAS IKAN SARDIN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan sardin|dibersih dan toskan
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ikan daun kesum
  • 3 keping asam gelugur
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan pes cili kering, bawang merah, belacanm daun kesum, asam gelurgur ke dalam periuk dan masaukkan air secukupnya. Kacau rata dan masak sehingga air mendidih
  2. Kemudian masukkan ikan sardine. Masak sehingga ikan masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Kacau perlahan, sesuaikan rasa, angkat dan bolehlah dihidangkan.

Info chef: Boleh juga gunakan ikan lain untuk menu ini.

 

Kongsi resipi: Pak Kasim Asam Pedas Melaka

 

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI:

Asam Pedas Johor Pekat Kaw! Rahsia Ikat Perut Suami & Pujuk Hati Emak Mentua

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI