Jika ada lebihan roti keping di rumah, jom kita buat beberapa menu menarik ini. Antaranya roti telur sardin, roti telur madu, roti bawang putih, dan roti piza.
Resipinya cukup mudah dan cepat disediakan. Memang sesuai buat sarapan mahupun minum petang. Juga sesuai untuk dijadikan bekal anak sekolah ataupun snek untuk dibawa bekal dalam perjalanan mahupun acara jamuan. Jom kita buat resipi hasil perkongsian daripada Nora Yusof ini. Memang sedap dan menyelerakan.
Roti golok pernah viral suatu ketika dulu. Rasanya lemak manis. Kalau diikutkan, roti golok ni simple je. Nak buat pun senang. Jadi, kalau anda penggemar roti golok, boleh try buat sendiri. Puas makan. Lembut je teksturnya.
ROTI GOLOK
BAHAN A
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh BAHAN A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)
BAHAN B
4 cawan tepung roti atau tepung high protein
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur ayam
1sudu besar susu tepung
(Ramas- ramas BAHAN B sampai rata)
CARA MEMBUAT
1. Tuang BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik, rehatkan doh selama 30 minit.
2. Timbang doh 20 gram setiap satu sebanyak 3 ketul untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal-pintal ikut cita rasa masing-masing.
3. Susun dalam loyang.
4. Rehatkan lagi selama 30 minit atau sampai naik dua kali ganda. Sementara itu panaskan oven. Bakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing-masing dengan suhu api atas bawah.
5. Tunggu roti sejuk baru sapu mentega. Tabur gula kastor atau gula halus.
Kadang-kadang rasa macam nak buat roti sendiri di rumah tapi takut tak menjadi pula dah memabazir bahan tu. Tapi jangan risau dah! Kalau ikut resipi yang dikongsikan oleh Eniza M.Salim ni pasti menjadi. Resipi Roti Bun Sardin ni sangat mudah je untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga tidak banyak dan cara pembuatan tidak renyah.
Lepas ni kalau teringin nak buat Roti Bun sendiri cuma tinggal tukar inti je sebab bahan-bahan asas nak buat Roti Bun Sardin ni sama je cuma kalau tak suka inti Sardin boleh ubah inti lain tau. Jom kita cuba!
ROTI BUN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
Bahan-Bahan Roti:
1/2 kg tepung
1¼ cawan air suam
1 paket mauripan
2 sudu marjerin
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
** tambah 1/2 sudu teh bread improve (jika ada) untuk roti lebih lembut
Bahan-Bahan Inti:
1 tin kecil sardin
1 bawang besar holland- cincang
2 sudu cili blend bersama bawang
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu minyak
Cara Penyediaannya:
Masak inti dahulu. Panaskan minyak dan tumis bawang holland cincang. Masukan cili kisar hingga garing. Tambah sardin lenyek tanpa sos. Tambah garam/gula & masak hingga kering. Sejukkan
Bancuh yis dengan 1/4 caaan air dan 2 sudu gula. Biar 10 minit hingga berbuih. (Jika tidak berbuih, mungkin yis sudah mati dan sila ganti yis baru
Gaul tepung dengan susu, marjerin, garam dan masukkan bancuhan yis
Tambah air sikit demi sikit sambil diuli hingga lembut. Lebih kurang 1/2 jam
Rehatkan 20 minit
Bulat-bulatkan dough sebesar bola pingpong dan sikan setiap bebola dengan inti sardin
Susun dalam tray dan biar dough naik selama 1/2 jam
Panaskan oven 180° selama 10 minit & masukkan tray roti dan bakar lebih kurang 20 minit
Bila masak angkat dan sapu butter pada permukaan roti.. Biar sejuk
Asyik terkurung saja di rumah, boleh membuatkan otak kita tepu kerana tak dapat nak buat aktiviti kebiasaan sebelum ini.
Rindu nak makan bersama kawan, lepak di café sambil makan dan berborak. Namun tak apa. Kita bawa suasana café ke dalam rumah dengan membuat resipi Roti Gulung Ala Sushi, hasil ciptaan Keroroyz Royz ini.
Resipi ini boleh menghasilkan hidangan 8 hingga 10 roti gulung.
1. Campurkan bahan sapuan iaitu mayonis, jus limau dan susu pekat. Sejukkan di dalam peti sejuk.
2. Ambil sekeping roti sapukan bahan sapuan.
3. Lapiskan dengan seaweed. Letakkan bahan inti, gulung kemas dan lekatkan telur dihujungnya.
4. Celupkan ke dalam telur, salutkan dengan serbuk roti.
5. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan. Atau boleh juga menggunakan air fryer. Panaskan air fryer selama 2,3 minit pada suhu 160c. Kemudian, bakar selama 7 minit. Hidangkan bersama sos.
*inti boleh tukar dengan omelette, udang goreng dan lain-lain.