Sambak ikan bilis . sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk  mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata  salah satu dari empat sambal bilis ni…

SAMBAL BILIS GARING

 BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis |  dikopek
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 15-20 tangkai cili kering | dikisar
  • 1 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  2. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
  5. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
  6. Masukkan pula hirisan bawang besar.
  7. Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.

4 Jenis Sambal Bilis Sedap & Senang Membuatnya.

Ads

SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
  • 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
  • 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
  • 10 biji cili padi | dikisar halus
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
  4. Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
  5. Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Angkat dan hidangkan.

4 Jenis Sambal Bilis Sedap & Senang Membuatnya.

SAMBAL BILIS GESEK

 BAHAN-BAHAN:

  •  100gm ikan bilis | dikopek
  • 10 tangkai cili padi
  • 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
  • 1 biji limau nipis
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan bilis dan toskan.
  2. Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
  3. Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
  4. Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
  5. Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
  6. Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.

4 Jenis Sambal Bilis Sedap & Senang Membuatnya.

SAMBAL BILIS  TELUR KACAU

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm ikan bilis | dikopek
  • 2 biji telur
  • 20 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
  2. Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
  4. Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
  6. Tutup api angkat dan hidangkan.

 

 

Ads

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI