Selain masakan, Thai juga mempunyai pelbagai jenis minuman yang menjadi viral dan ternyata sedap dan sihat. Alahai sedapnya kalau dapat menyedut jus sejuk dan segar hasil air tangan sendiri, terjamin bersih.   Kalau teringin nak buat, ini ada empat jenis minuman yang boleh anda cuba buat ye…

4 Jus Thai Ni Sedap Gila, Rugi Tak Cuba!

JUS BUAH-BUAHAN  CAMPUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji Epal
  • 1 biji Belimbing
  • 2 potong tembikai
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Potong dadu buah-buahan dan masukkan dalam mesin pengisar.
  2. Kisar hingga halus.
  3. Hidangkan bersama ais.

4 Jus Thai Ni Sedap Gila, Rugi Tak Cuba!

JUS AVOKADO

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah Avokadi
  • 1 skop ais krim coconut
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit ais

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
  2. Kisar hingga lembut.
  3. Sedia dihidangkan

4 Jus Thai Ni Sedap Gila, Rugi Tak Cuba!

 KOPI AIS THAI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm serbuk kopi thai
  • 250ml air
  • 25ml susu pekat
  • 10ml susu cair

CARA MEMASAK:

  1. Rebus serbuk kopi Thai selama 15 minit
  2. Kemudian tapis ke dalam gelas.
  3. Masukkan susu pekat dan susu cair, Kacau rata.
  4. Hidangkan bersama ais.

4 Jus Thai Ni Sedap Gila, Rugi Tak Cuba!

IKLAN

JUS SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang serai
  • 5 gelas air
  • 5-6 sudu makan gula pasir
  • Daun pudina
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam jug bersama gula, kacau hingga gula larut.
  2. Titik serai, kemudian masukkan dalam air untuk memberikan rasa dan aroma.
  3. Masukkan ais, sebatang serai titik dalam gelas.
  4. Tuang jus serai dan hias dengan daun pudina.
  5. Sedia dihidankan.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI