Kuih tradisional bukan sahaja sesuai dibuat sarapan, malahan kudapan petang pun menyelerakan juga. Tak payah kukus, tak payah bakar tiga kuih ini boleh digoreng sahaja. Mudah aje buatnya. Resipi kuih yang tak lekang dek zaman ni, generasi muda patut lah cuba.
1. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
Minyak masak untuk menumis
1/2 biji kelapa parut
100 gm udang kering /direndam dulu
1 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
7 biji cili merah
1 sm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
250 gm keledek /rebus dan lenyek
4 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI :
1. Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
2. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
3. Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
1. Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
3. Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
4. Ulang sehingga doh dan inti habis
5. Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
2. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
3. SARDIN GULUNG
BAHAN-BAHAN :
Ads
Bahan doh :
500 gm tepung gandum
150 gm marjerin @ mentega
1 biji telur
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
1 tin kecil sardin
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih /ditumbuk
3 biji cili padi /dicincang
1 biji bawang besar /dicincang
1 sudu makan jus limau nipis
1 biji ubi kentang /dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
3.Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
4.Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
2. Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
4. Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
5. Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
6. Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
7. Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
8. Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
9. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Ads
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
4. KUIH BOM
BAHAN-BAHAN : Bahan doh :
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
1 biji kelapa parut/ putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan /disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Terima kasih : KUeh Cafe , Seksyen 13,Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Shah Alam, Selangor.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Oreo merupakan salah satu makanan yang sangat digemari terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Jom kita lihat olahan resipi berasakan oreo yang boleh dihasilkan dan dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga atau rakan-rakan. Selamat mencuba!
KEK OREO
BAHAN-BAHAN
250 gm butter
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri – (resipi ini guna tepung kek)
1 sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo – kisar halus (boleh dikisar sekali dengan krimnya)
CARA PENYEDIAAN
Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ya.
Campurkan oreo dan kacau rata.
Adunan dibahagikan kepada 3 dan dibakar berasingan.
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak
BUTTERCREAM
BAHAN-BAHAN
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
CARA PENYEDIAAN
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak masing-masing.
CARA MENDECO KEK
BAHAN-BAHAN
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
CARA PENYEDIAAN
Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.
HIASAN COKLAT
BAHAN-BAHAN
Coklat compound secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
INFO: Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.
Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhana. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk lapis coklat, ambil 2 cawan adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ia terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan ia tidak melekat di jari)
Carik sedikit dipermukaannya dengan garfu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
Ulang cara yang sama kecuali adunan coklat untuk lapis atas sekali.
Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
Selalunya kalau waktu sahur masakan yang dihidangkan mestilah yang mudah dan sedap dimakan. Apa kata cuba resipi yang Azzaliza kongsikan ni, serunding telur pedas nampak menarik dan menyelerakan!
Kalau ada sambal belacan lebih tu jangan dibuang. Kalau dulu rumah saya wajib ada sambal belacan tiap kali makan tapi ayah, dia nak sambal belacan yg fresh. So saya kumpul sambal belacan tu buat serunding telur. Makan dengan nasik panas buat pedas-pedas perghhhhh lawan plak ngn ikan masin memang terbaik la. Selain buat lauk sahur, makan dengan roti, moi/bubur nasi pun sedap. –Azzaliza
RESIPI SERUNDING TELUR PEDAS
Bahan-bahan:
Cili merah
Cili api -lagi pedas lagi sedap
Belacan
Garam sikit
Gula sikit
* semua tumbuk lagi sedap. Sbb nk kurangkan air masa menumis
Bawang besar 2 biji potong dadu
5 ulas bawang putih cincang
Sos tiram 1 sudu besar
Asam jawa paste 1 sudu kecik or bleh ganti ngn lemon juice
Telur 3-5biji
Cara memasak:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dengan 1 senduk minyak. Pakai minyak banyak sikit nanti telur tak garing.
Lepas tu masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing. Kalau kisar jangan guna air banyak, lepas tu tak perlu tambah air.
Masukkan sos tiram dan asam jawa kacau sebati kemuadian pecahkan telur. Goreng sampai telur tu garing dan keluar minyak.
Jika nak kurangkan minyak lepas masak dah siap masak letak atas kitchen towel/ tisu. Siap !
Nota: Kalau tak makan belacan boleh tukar letak ikan bilis tumbuk atau udang kering tumbuk tapi jangan letak banyak sebab akan menghilangkan rasa telur. Saya pernah improvise resipi asal ni letak kentang potong dadu dan tambah lada hitam bagi lagi pedas menyengat pun sedap jugak!
Sesekali menikmati sajian Maggi Goreng Specialala restoran Mamak ni memang terasa keenakannya. Bagi anda yang suka sangat makan Maggi Goreng, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni antara yang boleh dicuba.
Nampak sangat membuka selera. Sebenarnya menu yang seakan restoran ni boleh sahaja kita masak sendiri di rumah. Cukup segala bahannya, pasti terasa enak. Saling tak tupah macam dekat kedai.
Bagi penggemar menu ni, tak perlu risau. Bila-bila terasa nak makan, boleh dah masak sendiri. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MAGGI GORENG SPECIAL SEDAP ALA RESTORAN MAMAK
BAHAN-BAHAN: 3 paket mi segera perisa Kari – mi direbus 1/2 masak 3 paket perencah mi segera Kari 3 biji telur Sawi dan tauge secukupnya 1 biji tomato Lobak merah 7 ulas bawang putih – ditumbuk 5 biji bawang merah – dihiris 1 biji cili merah – hiris 1 biji cili hijau – hiris 3 sudu makan cili kisar – beli online disini Fishball Meatball 1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini 1½ sudu makan sos cili – beli online disini 1½ sudu teh sos tomato – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu teh sos ikan – beli online disini 1½ sudu makan kicap – beli online disini 1 sudu kecil kicap cair – beli online disini Serbuk lada putih – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Tumiskan bawang putih sehingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang merah. Masak hingga keperangan.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan fishball dan meatball.
5. Masak sebentar dan masukkan 2 biji telur. Masak seperti telur hancur.
6. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.
7. Seterusnya masukkan sawi, tauge, lobak merah, tomato dan mi segera yang telah direbus separuh masak. Gaul sehingga rata.
8. Masukkan pula sos ikan dan kicap cair jika kurang masin.
9. Masukkan serbuk lada putih dan lagi 1 biji telur. Gaul sebati sehingga berasap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!