4 Masakan Batawi Sedap Terangkat, Wajib Cuba!

Share

Alahai sedap dan ranggupnya Ayam Goreng Serunding, kena pulak dengan Semur Daging Batawi yang lembut kaya dengan rasa rempah ratusnya dan ditambah pula dengan hidangan  Ikan Gurame Bersama Bumbu Gulai yang lemak-lemak pedas dan Kepitang Sos Merah yang pedas manis, memang makan berpeluh punya kerana empat menu autentik Batawi ini memang sedap dan comfirm makan nasi bertambah-tambah. Bila sedap admin kongsikan resipinya untuk kita cuba bersama.

AYAM GORENG SERUNDING

BAHAN BAHAN:

  • 800gm ayam | dipotong 4
  • 100ml air kelapa
  • 2 lembar daun salam
  • 2 batang serai
  • 80gm gula merah
  • 1 liter minyak masak

BAHAN KISAR UNTUK AYAM:

  • 150gm bawang merah
  • 50gm bawang putih
  • 3gm serbuk ketumbar
  • 20gm garam
  • 15gm kunyit hidup
  • 10gm buah keras

BAHAN SERUNDING:

  • 200gm kelapa parut kasar
  • 50g asam jawa
  • 2 helai daun salam
  • 1 batang serai
  • 20gm garam
  • 20gm gula pasir
  • 100gm minyak masak

BAHAN KISAR SERUNDING:

  • 3gm biji ketumbar
  • 3gm biji jintan manis
  • 50gm bawang putih
  • 60gm lengkuas
  • 150gm bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Rebuskan ayam, kemudian gaulkan bersama bahan kisar , air kelapa, gula merah, daun salam, dan serai. Biarkan dalam 1 jam.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
  3. Untuk serunding pula, panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar, daun salam, dan serai sampai harum.
  4. Tambahkan garam dan gula pasir. Gaul rata.
  5. Masukkan kelapa parut dan air asam jawa. Masak sampai kering.
  6. Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding.
  7. Hiaskan bersama daun ketumbar dan cili merah.

SEMUR DAGING BETAWI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang
  • 2 helai daun salam
  • 3biji bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis
  • 1 biji buah pala
  • 2 biji buah tomato
  • 150gm kicap manis
  • 100gm bawang merah | goreng untuk hiasan

BAHAN KISAR:

  • 50ml minyak masak
  • 200gm bawang merah besar
  • 40gm bawang putih
  • 20gm buah keras
  • 10gm garam
  • 3gm serbuk lada sulah
  • 5gm serbuk ketumbar
  • 5gm serbuk jintan manis
  • 50gm hali

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah hiris sampai wangi. Masukkan bahan kisar, daun salam, cengkih, kayu manis dan biji pala sehingga naik wangi.
  2. Masukkan daging, gaul daging sehingga berubah warna. Tambahkan tomato dan gaul sampai layu. Masukkan kicap manis dan gaul lagi sehingga rata.
  3. Tuangkan air rebus sampai daging empuk.
  4. Taburkan bawang merah goreng dan hidangkan.

IKAN GURAME BBUMBU GULAI

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan gurame | potong 2 bahagian (ikan tilapia)
  • 20 helai daun kemangi (daun selasih)
  • 1 biji santan kelapa
  • 40gm Air asam jawa (untuk melumuri ikan)
  • 4 biji belimbing buloh
  • 2 helai sireh
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 helai daun salam
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 20gm garam
  • 15gm gula

BAHAN KISAR:

  • 60gm bawang putih | hiris nipis
  • 200gm bawang merah | hiris nipis
  • 20gm kunyit hidup
  • 3gm serbuk ketumbar
  • 40gm buah keras
  • 50gm halia

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan sehingga bersih dan potongkan dua bahagian. Kemudian lumurkan ikan secara menyeluruh dengan menggunakan air asam jawa.
  2. Selepas itu rendamkan ikan dalam 10 minit.
  3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar. Kemudian tambahkan daun sireh, daun limau purut dan juga daun salam. Masukkan air.
  4. Masukkan ikan gurame, kemudian masukan pula belimbing buloh.
  5. Tambahkan pula cili hijau dan merah yang sudah dipotong sebelumnya, serta masukan pula bawang merah yang sudah dihiris, gula, garam, dan gaulkan rata sehingga masak.
  6. Setelah gulai sudah pekat masukkan daun kemangi ke dalam gulai yang sedang dimasak tadi.
  7. Setelah dirasa masak sempurna, angkat dan hidangan.

KEPITING SAUS MERAH (KETAM)

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor kepiting (ketam) | dipotong 2 bahagian
  • 30gm bawang putih | dicincang kasar
  • 100gm bawang merah | dicincang kasar
  • 30gm halia | dicincang halus
  • 10gm cili kering | dicincang halus
  • 30gm sos tomato
  • 30gm cili boh
  • 15gm kicap manis
  • 15gm garam
  • 20gm gula pasir
  • 100ml air
  • 5gm daun bawang | dihiris halus
  • 200ml minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Gorengkan ketam sampai berubah warna. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi baunya. Tambahkan cili kering. Tumiskan sampai layu.
  3. Masukkan ketam dan gaul rata.
  4. Tambahkan sos tomato, cili boh, kicap manis dan garam. Gaulkan sehingga rata.
  5. Tuang air dan masak sehingga sos pekat. Tambahkan daun bawang. Biarkan sebentar lalu angkat dan hidangkan.

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin