Kata orang Thailand syurga makanan,  terutamanya manisan . Ternyata orang Thai memang kreatif dalam mempelbagaikan manisan. Ini RASA kongsikan empat menu manisan yang kalau korang ke sana wajib cuba.  Sedap, sejuk dan memang puas makan.

 4 Menu Manisan Thai Yang Super Sedap & Puas Makan.

RED RUBY

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 mangkuk sengkuang cina | dipotong dadu
  • 20 titis warna merah
  • 1 mangkuk tepung ubi
  • 1 mangkuk santan |kelapa putih
  • 100gm nangka | hiris panjang direbus dengan air gula
  • Air secukupnyan untuk merebus
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rendam sengkuang cina di dalam air yang bercampur dengan warna merah. Biarkan sejam.
  2. Kemudian buangkan air dan tapiskan.
  3. Masukkan ketulan sengkuang ke dalam tepung ubi hingga semua ketulan sengkuang bersalut dengan tepung ubi.
  4. Buangkan tepung ubi yang berlebihan dengan bakul jarang.
  5. Semburkan dengansedikit, kemudian ulangi proses mengaul dengan tepung ubi sekali lagi.
  6. Setelah selesai langkah gaul tepung ubi, ketepikan.
  7. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, kemudian masukkan sengkuang yang telah disalut dengan tepung ubi tadi sehingga timbul.
  8. Keluarkan dan rehatkan dalam bekas air sejuk.
  9. Untuk menghidangkannya , masukkan sengkuang cina ke dalam mangkuk tambahkan di atasnya
  10. Akhir sekali tambahkan dengan dua sudu makan air gula dan tiga sudu makan santan.
  11. Masukkan air sebelum dihidangkan.

4 Menu Manisan Thai Yang Super Sedap & Puas Makan.

CENDOL  THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung beras
  • 200gm tepung
  • 12 mangkuk air pandan

BAHAN-BAHAN KUAH:

  • 500gm gula Thai (Palm Sugar)
  • 300gm gula pasir
  • 1 kg santan
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh tepung beras dan tepung ubi dalam air pandan yang disediakan, tuang dalam periuk kacau atas api perlahan sampai pekat.
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan cendol.
  3. Sediakan bekas berisi air berasingan.
  4. Picit sedikit demi sedikit untuk membentuk Lodchong atu cendol.
  5. Untuk menyediakan kuahnya, campurkan santan dan gula Thai dalam periuk.
  6. Panaskan dengan api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak.
  7. Masukkan gula pasir secukup rasa dan biarkan kepada suhu bilik,
  8. Untuk menghidangkannya, masukkan kepalan ais dalam mangkuk, diikuti cendol.
  9. Akhir sekali tuangkan kuah santan dan sedia dinikmati.

4 Menu Manisan Thai Yang Super Sedap & Puas Makan.

SIRA UBI KAYU THAI

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1500 gm ubi kayu
  • 500 gm gula

BAHAN KUAH SANTAN:

  • 250 gm santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung beras1 sudu teh gula
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Masukan tepung beras, gula, garam dan santan ke dalam periuk kecil.
  2. Panaskan dengan api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak berketul.
  3. Setelah sebati rehatkan sebentar sambil sediakan ubi kayu.
  4. Kopek ubi kayu dan potong size sederhana 4-5cm masukkan ke dalam periuk bersama gula dan masukkan air hinggga meliputi  ubi kayu.
  5. Masak dengan api sederhana selama 1-2 jam atau sehingga ia empuk.
  6. Biarkan pada suhu bilik.
  7. Setela sejuk hidangkan bersama kuah santan.

 4 Menu Manisan Thai Yang Super Sedap & Puas Makan.

KOPI AIS THAI

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm serbuk kopi thai
  • 250ml air
  • 25ml susu pekat
  • 10ml susu cair

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus serbuk kopi Thai selama 15 minit
  2. Kemudian tapis ke dalam gelas.
  3. Masukkan susu pekat dan susu cair, Kacau rata.
  4. Hidangkan bersama ais.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI