4 Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Sebagai Hidangan Jamu Tetamu Di Aidil Adha Ni.

Share

Hari ini ada tetamu ingin datang bertamu atau anda  mengundang rakan-rakan atau sanak saudara  untuk makan tengahari atau malam, tapi masih tidak tahu nak mak masak menu apa. Ini RASA kongsikan empat menu yang mudah boleh anda masak dan sajikan.

DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan kerisik

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 2.5  halia

Bahan Sangai dan Kisar:

  • 2 Ssudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1/2 sudu makan  jintan putih

Bahan Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntuk bunga cengkih
  • 3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
  2. Seterusnya, masukkan bahan yang di kisar. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

PAJERI NENAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas masak | hiris bulat dan potong dua
  • 500ml santan pekat
  • 5 biji bawang merah  | kisar
  • 2 biji bawang putih  | kisar
  • 2 sudu makan rempah kari | bancuh dengan sedikit air
  • 1sudu makan serbuk cili | bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu makan udang kering | kisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

Rempah Penumis:

  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2.5cm  kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan udang kering, bancuhan rempah kari dan serbuk cili, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan kerisik dan santan. Kacau hingga timbul minyak.
  5. Akhir sekali masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah kuah pekat dan nanas masak, tutup api.
  7. Pajeri sedia dihidangkan.

KARI AYAM 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam  | potong  sederhana, cuci dan tos
  • 500ml santan
  • 4 sudu makan  rempah kari  daging
  • 2 biji kentang  | belah empat
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • 3 biji bawang besar  | kisar
  • 3 ulas bawang putih  | kisar
  • 2.5cm  inci halia |kisar

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yang telah direbus.
  4. Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit,
  5. Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kari daging sedia dihidangkan.

AYAM PERCIK SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah | kisar
  • 4 ulas  bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai hingga wangi bersama daun limau purut.
  2. Masukkan bahan kisar bersama pes cili, tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian tambahkan santan, diikuti ayam.
  4. Biarkan hingga ayam kecut, masukkan pula asam gelugor.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Keluarkan ayam dan ketepikan.
  7. Keringkan kuah hingga pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.
  8. Tutup api dan ketepikan.
  9. Bakar ayam yang telah dikeluarkan tadi dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 10 minit.
  10. Masukkan ayam dalam pinggan dan tuangkan kuah percik di atasnya.
  11. Sedia dihidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin