4 Menu Sambal Kering Cili Padi Ikan Mudah Dimasak, Sedap Rasanya

Share

Kalau masakan berasaskan cili padi, memang ramailah peminatnya. Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, memang sedap dan terbaik.

Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas tetap menjadi pilihan!

Jom kita cuba 4 resipi ikan dan cili padi sebagai hidangan pemikat selera.

 

KERISI GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
20 biji cili padi | hiris – beli online di sini

BAHAN KISAR:

5 ulas bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
2 biji cili merah – beli online di sini


2cm halia – beli online di sini
1 batang serai – beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

 

SAMBAL KERING IKAN SELAR

BAHAN-BAHAN:

8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 batang serai

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.


3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Tumiskan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

 

IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus

BAHAN KISAR:

15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
6. Gaul rata dan tutup api. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.

 

IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG

BAHAN-BAHAN:

200gm ikan bilis besar | basuh & toskan
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih titik
2 biji cili merah
8 biji cili padi
Sedikit gula
Garam jika perlu
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng & menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
3. Tumis hingga wangi dan layu. Masukkan ikan masin. Kacau rata.
4. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff