4 Menu Strawberi Kesukaan Anak. Kek, Biskut, Trifles ..Sedapnyaa.

Share

Buah strawberi yang merah ranum tu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pasteri yang lain.

Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan anti oksidannya juga memang gerenti sedap bila dibuat kek dan pasteri. Ni min kongsikan sajian pencuci mulut kek dan pasteri untuk dicuba.

1. STRAWBERRY TRIFLES



BAHAN KEK:

  • 150gm tepung kek
  • 150gm mentega
  • 150gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk penaik

BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLES:

  • 3-4 biji strawberi | dipotong
  • 300ml krim putar | pukul hingga kembang

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan.
2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati.
3. Tuang adunan di dalam loyang 10 x 10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak.
4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang.
5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya.
6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan sejuk.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak, manis dan masam yang seimbang
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25

2. STRAWBERRY CHEESECAKES BAR



BAHAN-BAHAN:

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 250gm mentega
  • 100gm gula kastor
  • 12 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 280gm tepung gandum serba guna
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam

BAHAN LAPISAN KRIM KEJU:

  • 225gm krim keju
  • 90gm gula ising
  • 3 biji telur
  • Jem strawberi secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Tekan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar.

Info chef: Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan ada sedikit masam strawberi
Jenis masakan : Kek
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25

3. STRAWBERRY SHORTCAKE COOKIES



BAHAN-BAHAN:

  • 260gm buah strawberi | potong dadu
  • ½ sudu teh jus lemon
  • 75gm gula kastor
  • 122gm tepung red rose
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ¼ sudu teh garam
  • 36gm mentega
  • 70gm Heavy cream

CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 180 ˚C.
2. Satukan buah strawberi, dan jus lemon biarkan seketika.
3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Kemudian masukkan heavy cream gaul hingga menjadi doh dan masukkan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
5. Sudukan di atas loyang.
6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
7. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan panas.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Ada rasa masam dan lemak mentega
Jenis masakan : Kudapan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25

4. STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON



BAHAN-BAHAN:

  • 500gm doh puff pastry
  • 1 biji telur
  • 7-8 biji buah strawberi

BAHAN KRIM KEJU COKLAT:

  • 50gm gula ising
  • 20gm serbuk koko
  • 225gm krim keju
  • ½ sudu esen vanila

CARA MEMASAK:
1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil.
2. Bakar dengan suhu 200 ˚ C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika.
3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila.
4. Pukul lagi hingga kembang.
5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff pastri. Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Boleh juga tabur dengan manik coklat jika suka di atas krim keju coklat.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Pastri rangup bila dikunyah
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25

Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.

Published by
Faridah Talib