4 Pemanis Mulut Berasaskan Sagu.

Share

Sagu antara bahan mentah yang menjadi carian ramai para suri rumah untuk dipelbagaikan menu kuih, bubur mahupun puding. Tambah santan, susu dan gula melaka, memang terbaiklah rasanya. Untuk itu, kali ini RASA sediakan empat menu pembuka selera berasaskan sagu biji yang mudah untuk anda semua cuba.

SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN
2 cawan sagu putih
5-6 cawan air
Pewarna hijau
2 helai daun pandan

BAHAN KUAH:
1 tin susu cair
1 ketul gula melaka
1/4 gula merah
3/4 cawan air
1 helai daun pandan

BAHAN SAMPINGAN:
Laici/ longan dalam tin secukupnya
500ml santan/susu cair

CARA MEMBUAT:

  1. Cuci bersih sagu dan rendam bersama perwarna hijau lebih kurang 20 minit, kemudian toskan.
  2. Panaskan air bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan sagu.
  3. Sentiasa kacau supaya sagu masak sekata hingga tidak ada biji-biji putih.
  4. Kemudian tuang dalam tapisan dan lalukan di bawah air paip mengalis. Ketepikan.
  5. Sementara itu sediakan air gula melaka. Masukkan air, gula melaka dan daun pandan dalam periuk.
  6. Renehkan hingga gula hancur. Tutup api dan biarkan sejuk.
  7. Untuk menghidangkan, masukkan air gula melaka dala, gelas atau acuan lebih kurang 2 sudu makan. Masukkan sagu dan akhir dengan santan atau susu cair.
  8. Sejukkan sebelum sedia dihidangkan. Jika suka boleh tambah laici atau longan dalam tin.

@langsingonline

SAGU MUTIARA & TALAM HUNKWE
BAHAN-BAHAN:
HANKWE:
10 helai daun pandan
400ml air | untuk dikisar dengan pandan

95gm (1 bungkus tepung Hunkwe
100ml santan
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
SAGU:
100gm sagu kasar
2 sudu makan gula
1 helai daun pandan
1.5 liter air
Sedikit perwarna merah
KUAH GULA MELAKA:
3 keping gula Melaka
100ml air
400ml santan
1 helai daun pandan

CARA MEMBUAT:

  1. Untuk menyediakan talam Hankwe: Bancuh tepung hankue dengan santan dan air pandan yang dikisar dengan 400ml air tadi.
  2. Tambah gula dan garam, kacau rata.
  3. Renehkan atas api sederhana dan sentiasa kacau. Apabila pekat, kecilkan api, terus kacau hingga berkilat. Tutup api.
  4. Masukkan dalam loyang dan ke ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sagu, renehkan air dalam periuk bersama perwarna merah dan daun pandan.
  6. Apabila mendidih masukkan sagu. Sentiasa kacau hingga tidak sagu berwarna merah jernih.
  7. Buang airnya, dan biarkan sagu dalam air sejuk, setelah sejuk tapis airnya.
  8. Masukkan dalam bekas dan ketepikan.
  9. Untuk air gula melaka, Campurkan air, daun dan gula melaka, renehkan hingga gula hancur.
  10. Masukkan santan, kacau sekejap dan tutup api.
  11. Untuk menyedkan, potong dadu besar talam hankwe dan masukkan dalam mangkuk hidangan bersama sagu, tuang kuah.
  12. Sedia dihidangkan.

By @ibueo.haura

SAGU MANGGA & KUAH SANTAN
BAHAN-BAHAN:
250ml santan
2 sudu makan gula pasir
1/4 sudu teh garam
50gm sagu kasar
Sedikit perwarna hijau
1 biji magga harum manis | potong dadu kecil

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan santan bersama gula dan garam, kemudian renehkan atas api kecil hingga mendidih.
  2. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak santan tidak pecah. Angkat dan sejukkan.
  3. Kemudian renehkan air dalam periuk bersama pewarna hijau.
  4. Masukkan sagu, kacau dan masak sehingga sagu menjadi warna hijau jernih. Angkat dan rendamkan bersama air sejuk.
  5. Setelah sejuk toskan, kemudian masukkan dalam santan bersama hirisan mangga.
  6. Sedia dihidangkan. Jika belum sedia dihidangkan simpan dalam peti sejuk.

By @aniktriwina


BUBUR SAGU PANDAN
BAHAN-BAHAN:
200gm biji sagu kasar
250gm gula pasir
3 helai daun pandan simpulkan
2,5 liter air
Pewarna hijau pandan secukupnya

KUAH SANTAN:
600ml santan
1/2 sdt garam
3 helai daun pandan simpulkan

CARA MEMBUAT:

  1. Didihkan 2.5 liter air, masukkan biji sagu, daun pandan dan tambahkan perwarna hijau dan gula pasir.
  2. Masak hingga sagu berwarna hijau jernih. Angkat dan Ketepikan.
  3. Untuk kuah, campurkan semua bahan dan renehkan atas dapur menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak pecah santan.
  4. Untuk menyediakannya, masukkan sagu dalam mangkuk dan tuangkan kuah santan di atasnya.
  5. Sedia dihidangkan panas-panas, atau disejukkan dahulu dalam peti ais.

By @yanthiaguez

.

Published by
webadmin