Kepada penggemar puding kalau anda suka untuk mencuba, ini disediakan 4 variasi puding yang mudah disediakan dan sedap. Tak rugi mencuba, apa kata korang boleh buat lebih dan sedekah kat jiran-jiran atau dijadikan buah tangan bila berbuka di rumah sanak saudara atau kawan-kawan.
PUDING LUMUT PANDAN BAHAN-BAHAN 1 paket agar serbuk 150gm gula pasir 2 biji telur ayam, kacau 125ml santan 100ml jus pandan (10 helai daun pandan +air, kisar dan tapis) atau pasta pandan + air 60 ml air masak 1/4 sudu teh garam 1/2 sudu teh vanilla esen
CARA MEMBUAT:
Ads
Campurkan semua bahan dalam periuk, masak dengan api sederhana, sekali sekala kacau.
Setelah mendidih kecilkan api sambil menunggu ‘lumut’ terbentuk dengan sendirinya
Setelah terbentuk lumutnya, tutup api, tuang perlahan di atas lapisan putih. H
Setelah hilang wap bolehlah simpan dalam peti ais.
Resipi : Tintin Rayner
SOS GULA MELAKA BAHAN-BAHAN: 15ml air masak 50gm gula Jawa, sisir halus 1/2 sudu makan tepung jagung, larutkan dengan sedikit air. CARA MEMASAK:
Masak air dan gula hingga larut.
Masukkan bancuhan tepung jagung.
Masak hingga pekat masak hingga mengental.
Resipi: Ms.rinadedik
Setelah masak sos Gula Melaka siap dihidangkan bersama puding tadi.
PUDING TAPAI LAPIS COKLAT BAHAN-BAHAN: BAHAN I: 1 paket agar-agar serbuk 800ml santan 100-150gm tape pulut hijau 5-6 sudu makan gula pasir 1 lembar daun pandan 1/2 sdt garam BAHAN II: 1 paket agar-agar serbuk perasa cokelat 800 ml air 1/2 tin susu pekat manis coklat 100gm coklat | cincang kasar 1 sudu makan serbuk coklat 5-6 gula pasir | jika suka
Ads
CARA MEMBUAT:
Campur semua bahan 1. Kacau rata dan renehkan atas api kecil hingga mendidih.
Tutup api, biarkan hingga hilang wap baru tuang dalam acuan.
Sejukkan dalam peti ais.
Setelah permukaan puding bahagian pertama sedikit keras, mula sediakan puding bahagian kedua.
Campur air, agar agar, gula dan coklat serbuk, kacau rata.
Renehkan atas api kecil sambal kacau , masukkan cincangan coklat, kacau lagi hingga cincangan coklat cair dan mendidih semula.
Tutup api, dan biarkan wapnya hilang baru tuang perlahan atas lapisan puding pertama tadi.
Sejukkan semula peti sejuk. Setelah sejuk sedia dihidangkan.
Resipi: susie.agung
PUDING JAGUNG PANDAN BAHAN-BAHAN A: 210gm krim jagung manis 100gm gula pasir 50gm tepung beras 40gm tepung ubi 175ml santan 1/4sudu the garam 2 titik pewarna kuning BAHAN B: 260ml santan 50gm tepung gandum 15gm tepung ubi 1/4 sudu teh garam 1/2 sudu makan perasa pandan
CARA MEMBUAT:
Ads
Campur bahan A jadi satu dalam blender, kisar hingga halus, tapiskan dalam bekas. Ketepikan.
Campur bahan B jadi satu, bahagikan kepada dua bahagian, satu bagian tambahkan perasa pandan. Satunya biarkan putih.
Sapukan acuan dengan minyak, kemudian masukkan bancuhan bahan A separuh acuan sahaja, kukus hingga setengah masak.
Masukkan adunan putih, kukus lagi setengah masak.
Akhir sekali tuangkan adunan hijau dan kukus semula hingga masak.
Angkat dan biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
PUDING BISKUT MARIE BAHAN-BAHAN: 2 paket agar serbuk | lebih kurang 14gm 1600 susu 200gm gula| ikut kesesuaian rasa 3-4 biji kuning telur |ikut kesesuan saiz Serbuk kopi segera atau mocha| bancuh dengan sedikit jadikan pes Biskut Marie secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan susu segar, agar-agar, gula, kuning telur, kacau rata sampai sebati.
Masak menggunakan api sederhana sambal kacau.
Tutup api apabila mendidih.
Ambil lebih kurang 100ml adonan puding campur dengan pes kopi / mocca, lalu percikkan ke sekitar acuan, diamkan hingga ia mengeras.
Kemudian patah-patahkan biskut Marie dan masukkan ke dalam acuan.
Tuang semua adunan puding dalam acuan, biarkan biskut Marie terapung, jika tak cukup tambah lagi biskut hingga memenuhi permukaan acuan.
Tuangkan baki bancuhan pes kopi atau mocha tadi di atas lapisan biskut.
Sajian India ni ada banyak variasinya. Daripada daging lembu, ayam , sayur-sayuran, makanan lautnya juga sungguh sedap untuk dicuba. Resipi yang min kongsikan ini adalah dari negeri-negeri Utara dan juga Selatan benua India. Walaupun keduanya menggunakan rempah ratus , tapi ada bezanya.
.
Sebelah utara gemar memasukkan yogurt dan krim masakan sebagai antara ramuan.Jom kita cuba ‘follow
resipi dari Hotel Summit, Subang USJ ini yang diketuai oleh Chef Eksekutifnya , Chef Sakya Hamid. Memang terbaiklah. Beliau pernah meraih pengalaman bertugas di India.
1. UDANG MAKHNI (Utara India)
.
BAHAN-BAHAN :
15 ekor udang saiz sederhana | dibersihkan
Bahan perapan udang :
1 sudu bawang putih | ditumbuk halus
½ sudu teh halia
½ atau sudu kecil serbuk cili | ikut kepedasan yang disukai
1sudu teh air perahan limau
½ sudu teh jintan manis | ditumbuk dan disangai
½ sudu teh ketumbar | ditumbuk dan disangai
1 sudu teh bawang merah | ditumbuk halus
*Perap udang selama 10-15 minit dengan bahan-bahan diatas, bahan-bahan di ambil (sedikit) dari sukatan bahan ramuan tumis di bawah.
Bahan tumis :
2 sudu makan tomato puri segar
5 ulas bawang putih | dicincang halus
300gm halia | dicincang halus
300gm bawang merah | dikisar
2 sudu makan serbuk cili | campurkan sedikit air, jadikan pes
2 sudu teh air perahan limau
2-3biji buah pelaga
4-5 biji bunga cengkih
2 sudu makan biji ketumbar | dikisar dan sangai
1 sudu teh jintan manis | dikisar dan sangai
2 kuntum bunga lawang
2-3 helai daun salam
1 sudu teh serbuk garam masala
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun ketumbar secukupnya | dihiris
Sedikit krim masak | jika mahu
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali . Masukkan biji ketumbar dan bunga lawang, pelaga, cengkih,bawang putih, halia, bawang merah dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk cili dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan puri tomato diikuti daun salam.
4. Masukkan udang yang telah diperapkan dan sedikit air serta krim masam. Masak dengan api yang sederhana sehingga masak.
5. Masukkan garam masala dan garam secukup rasa, biarkan sebentar dan sajian siap dihidang. Taburkan dengan daun ketumbar.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Rasa udang berempah dan sedikit rasa masam pedas yang enak.
Jenis masakan : Sajian utama, udang
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF: Jika inginkan aroma dan rasa yang lebih sedap, goreng dulu tanpa minyak (sangai) jintan manis dan ketumbar sebelum dikisar atau ditumbuk
2. KARI KETAM GOAN ( Utara India)
.
BAHAN-BAHAN :
4-5 ekor ketam | yang telah dibersihkan
250gm cili giling @ kisar
4 ulas bawang putih | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
200gm halia | dikisar
1 ½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
1 ½ sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh air limau
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
4 sudu makan santan pekat
180ml air
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan pijarkan minyak panas. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar iaitu halia, bawang besar dan bawang putih, tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling (pes cili) dan biarkan sampai terbit minyak, masukkan kesemua serbuk rempah ratus dan bahan lain, biarkan hingga cukup masak.
3. Masukkan air asam jawa, air limau dan air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ketam dan perlahankan api dapur kepada sederhana.
5. Selepas itu baru masakkan santan pekat dan masukkan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Rasa ketam pedas berlemak santan dan kaya dengan rasa rempah ratus.
Jenis masakan : Sajian utama, ketam
Anggaran kos : RM 23
INFO CHEF : Jika mahu menambahkan lagi keenakan , ketam perlulah diperap terlebih dahulu dengan rempah dan halia.
3. SOTONG CALAMARI ROGEN JOSH (Utara India)
.
BAHAN-BAHAN:
400-500gm sotong besar (calamari) | dibersihkan
2 biji bawang besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
½ ibu jari kunyit hidup | dkisar @ tumbuk halus
3 sudu teh serbuk cili | tambahkan sedikit air jadikan pes
3 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk jintan manis
4 biji buah pelaga
½ sm kulit kayu manis
½ sudu teh biji jintan manis
2 helai daun salam
Minyak masak secukupnya
180ml air
4 sudu besar santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama biji jintan manis, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan pes serbuk cili dan tumis sehingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan, dan masukkan serbuk rempah (jintan manis dan jintan putih) yang telah dicampurkan (digaul sekali).
4. Masak sehingga rempah dan bahan bahan lain sampai pecah minyak dan masukkan sedikit air dan santan pekat.
5. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Sotong segar menerbitkan rasa manis kuah
Jenis masakan : Sajian utama, sotong
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Usah memasukkan santan terlalu banyak 3-4 sudu makan sudah memadai, kerana masakan India ini memang sedikit kuahnya.
4. KARI IKAN MORINGA (Selatan India)
.
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan kekacang
300gm batang moringa (kelur) | dipotong 5sm
4-5 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili
5 biji bawang kecil | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1/2sm halia | dikisar
1 sudu makan puri tomato
2 sudu makan air asam jawa
Daun kari secukupnya
2 batang cili hijau | dibelah dua
1 biji tomato | dibelah empat
Minyak masak secukupnya
3-4 sudu makan santan segar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan daun kari dan tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan serbuk kari yang telah digaul dan dan dijadikan pes. Dan pes serbuk cili merah tumis hingga pecah minyak. Masukkan puri tomato.
3. Kemudian masukkan buah tomato dan cili hijau, pastikan api tidak terlalu besar.
4. Masukkan air asam jawa, batang moringa (kelur) , santan dan akhir sekali ikan.
5. Biarkan hingga batang moringa dan ikan empuk, masukkan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Ikan segar dan batang moringa mencipta kelainan rasa yang enak
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 13
INFO: Di kalangan masyarakat India , daun dan batang moringa memang menjadi ramuan masakan dan dipercayai mempunyai manfaat kesihatan.
5. KUPANG MASALA ( Selatan India)
.
BAHAN-BAHAN :
15ekor kupang | dibersihkan
1sm kulit kayu manis
1 sudu teh biji ketumbar
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar | dicincang hingga halus
3ulas bawang putih | dikisar
1sm halia | dikisar
1 sudu teh serbuk cili | campur sedikit air jadikan pes
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh garam masala
½ sudu teh asam jawa pekat
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, biji ketumbar, bunga lawang, buah pelaga.
2. Masukkan bawang besar, halia, bawang putih, kacau hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit air.
4. Masukkan garam masala kacau hingga pecah minyak, masukkan kupang dan kecilkan api ke nyalaan sederhana.
5. Masukkan air asam jawa pekat dan garam secukup rasa, biarkan beberapa minit dan hidangkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Kelazatan kupang berempah tiada tandingan
Jenis masakan : Sajian utama, kupang
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Seperti juga makanan laut yang lain, usah dimasak atas api terlalu lama agar kupang kekal berjus.
6. KARI UDANG PEKAT ( Selatan India)
.
BAHAN-BAHAN :
400gm udang | dibersihkan
*Perapkan dengan sedikit kayu manis bunga lawang,biji ketumbar,buah pelaga yang telah dikisar halus dicampur bersama sedikit serbuk chili, garam masala
1 biji bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
½ ibu jari halia | dicincang halus
1 sudu teh serbuk cili | dijadikan pes
1 1/2 sudu makan serbuk kari ikan
½ sudu teh garam masala
½ sudu teh air asam jawa pekat
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak tunggu sehingga Pijar.
2. Mula menumis bahan bahan seperti bawang besar, halia bawang putih yang telah dicincang, sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan serbuk chili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan dan garam masala yang telah digaulkan bersama.
4. Tumis bahan-bahan ramuan sehingga pecah minyak , dan baru masukkan udang yang telah diperap tadi ke dalam masakan .
5. Masukkan sedikit air asam sedikit dan garam, tunggu 5 minit dan boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Kari udang pekat tanpa kuah ini kaya dengan rasa kari dan rempah
Jenis masakan : Sajian utama, udang
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kari ini memang kering dan tidak berkuah, namun rempahnya cukup sebati dalam udang.
RESIPI : CHEF SAKYA HAMID, CHEF MOHD AZIZI HAMZAH, CHEF MOHD AZHAR JEMANGIN, CHEF HAMID WAHAB & CHEF SULAIMAN SALIH
TERIMA KASIH : Summit Hotel Subang ,USJ,Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, Selangor
Menurut empunya resipi, menu ni dipelajari dari orang Indonesia sendiri. Mesti padu. Bagi anda yang suka makan ikan bakar tu, boleh cuba resipi pes ni pulak. Selain cencaru, boleh juga aneka ikan lain yang menjadi kegemaran. Pasti layan! Tengok gambarnya pun dah rasa sedap. Jadi, bolehlah cuba masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
CENCARU BAKAR INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan cencaru – belah macam dalam gambar
2 batang serai
1 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan biji ketumbar
8 biji cili padi – jika taknak pedas, kurangkan.
1 biji cili merah
7 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan gula
1 biji buah keras
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi @ nipis – ambil jus sahaja
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan lain dan kisar hingga halus.
Letak ikan atas pemanggang ( boleh guna kuali atau pembakar bbq) dan sapu rempah kisar tadi dengan secukupnya.
Tutup ikan menggunakan penutup periuk supaya ia masak sekata. Jangan lupa untuk sapu rempah 2-3 kali pada ikan.
Bila ikan kelihatan separuh masak, sapu lagi rempah. Kemudian biar sehingga ikan masak.
Bila tiba hujung minggu atau hari cuti, pastinya ada yang nak masak menu istimewa buat anak-anak dan suami. Antara yang mudah disediakan adalah aneka nasi tumis seperti Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Tomato dan lain-lain. Bagi yang tidak biasa, pasti rasa susah nak dapatkan nasi yang cantik dan masak sempurna.
Usah risau. Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai ni. Pasti anda rasa lebih yakin.
CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA
Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Ha..mudah kan? Ni RASA belanja satu resipi nasi mudah. Selamat mencuba!
NASI BRYIANI AYAM YOGURT
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
400gm ayam | potong sederhana
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan yogurt
1 biji Lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Saffron | direndam dalam 1/2 cawan air panas
Gula & Garam
Air secukupnya
Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang,kayu manis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata sehingga masak.
Masukkan tomato puri dan yogurt perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan beras basmathi dalam periuk nasi bersama air secukupnya, tuangkan bahan tumisan tadi kacau mesra masak seperti biasa.
Apabila hampir masak,masukkan air safron,tutup dan biar masak.
Setelah masak percikkan sedikit pewarna kuning dan masukkan daun pudina segar dan tutup 5 minit Lgi.
Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Elakkan rendam beras Basmathi, terlalu lama dan kerap digaul semasa memasak. Ia akan menyebabkan beras patah dan nasi tidak cantik selepas dimasak.
Tengah ‘usha’ RICE COOKER baru? Meh RASA kongsikan seleksi terbaik yang anda boleh pilih DISINI.
Nak lebih banyak resipi NASI best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!