puding siap

Kepada penggemar puding kalau anda suka untuk mencuba, ini disediakan 4 variasi puding yang mudah disediakan dan sedap. Tak rugi mencuba, apa kata korang boleh buat lebih dan sedekah kat jiran-jiran atau dijadikan buah tangan bila berbuka di rumah sanak saudara atau kawan-kawan.

4  Puding  Ni Super Sedap Untuk Puasa.
 

PUDING LUMUT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN UNTUK KACANG HIJAU:

1 paket agar-agar serbuk
100gm gula pasir
700ml santan
2 helai daun pandan | ikat simpul
1 sudu makan tepung gandum
Kacang hijau hijau telah direbus secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Lapisan kacang hijau: Masak semua bahan dalam periuk, kacau hingga mendidih atas api sederhana kecuali kacang hijau.
  2. Tutup api, masukkan kacang hijau, kacau hingga rata, tuang acuan (separuh acuan sahaja).

Resipi : @yunirahmadaniramli

PUDING LUMUT PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 paket agar serbuk
150gm gula pasir
2 biji telur ayam, kacau
125ml santan
100ml jus pandan (10 helai daun pandan +air, kisar dan tapis) atau pasta pandan + air
60 ml air masak
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh vanilla esen

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Campurkan semua bahan dalam periuk, masak dengan api sederhana, sekali sekala kacau.
  2. Setelah mendidih kecilkan api sambil menunggu ‘lumut’ terbentuk dengan sendirinya
  3. Setelah terbentuk lumutnya, tutup api, tuang perlahan di atas lapisan putih. H
  4. Setelah hilang wap bolehlah simpan dalam peti ais.

Resipi : Tintin Rayner

SOS GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
15ml air masak
50gm gula Jawa, sisir halus
1/2 sudu makan tepung jagung, larutkan dengan sedikit air.

CARA MEMASAK:

  1. Masak air dan gula hingga larut.
  1. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  2. Masak hingga pekat masak hingga mengental.

Resipi: Ms.rinadedik

  • Setelah masak sos Gula Melaka siap dihidangkan bersama puding tadi.
4  Puding  Ni Super Sedap Untuk Puasa.
 

PUDING TAPAI LAPIS COKLAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN I:
1 paket agar-agar serbuk
800ml santan
100-150gm tape pulut hijau
5-6 sudu makan gula pasir
1 lembar daun pandan
1/2 sdt garam
BAHAN II:
1 paket agar-agar serbuk perasa cokelat
800 ml air
1/2 tin susu pekat manis coklat
100gm coklat | cincang kasar
1 sudu makan serbuk coklat
5-6 gula pasir | jika suka

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Campur semua bahan 1. Kacau rata dan renehkan atas api kecil hingga mendidih.
  2. Tutup api, biarkan hingga hilang wap baru tuang dalam acuan.
  3. Sejukkan dalam peti ais.
  4. Setelah permukaan puding bahagian pertama sedikit keras, mula sediakan puding bahagian kedua.
  5. Campur air, agar agar, gula dan coklat serbuk, kacau rata.
  6. Renehkan atas api kecil sambal kacau , masukkan cincangan coklat, kacau lagi hingga cincangan coklat cair dan mendidih semula.
  7. Tutup api, dan biarkan wapnya hilang baru tuang perlahan atas lapisan puding pertama tadi.
  8. Sejukkan semula peti sejuk. Setelah sejuk sedia dihidangkan.

Resipi: susie.agung

4  Puding  Ni Super Sedap Untuk Puasa.
 

PUDING JAGUNG PANDAN
BAHAN-BAHAN A:
210gm krim jagung manis
100gm gula pasir
50gm tepung beras
40gm tepung ubi
175ml santan
1/4sudu the garam
2 titik pewarna kuning
BAHAN B:
260ml santan
50gm tepung gandum
15gm tepung ubi
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perasa pandan

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Campur bahan A jadi satu dalam blender, kisar hingga halus, tapiskan dalam bekas. Ketepikan.
  2. Campur bahan B jadi satu, bahagikan kepada dua bahagian, satu bagian tambahkan perasa pandan. Satunya biarkan putih.
  3. Sapukan acuan dengan minyak, kemudian masukkan bancuhan bahan A separuh acuan sahaja, kukus hingga setengah masak.
  4. Masukkan adunan putih, kukus lagi setengah masak.
  5. Akhir sekali tuangkan adunan hijau dan kukus semula hingga masak.
  6. Angkat dan biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.

Resipi : @veronicadhani

4  Puding  Ni Super Sedap Untuk Puasa.
puding biskut marie

PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
2 paket agar serbuk | lebih kurang 14gm
1600 susu
200gm gula| ikut kesesuaian rasa
3-4 biji kuning telur |ikut kesesuan saiz
Serbuk kopi segera atau mocha| bancuh dengan sedikit jadikan pes
Biskut Marie secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan susu segar, agar-agar, gula, kuning telur, kacau rata sampai sebati.
  2. Masak menggunakan api sederhana sambal kacau.
  3. Tutup api apabila mendidih.
  4. Ambil lebih kurang 100ml adonan puding campur dengan pes kopi / mocca, lalu percikkan ke sekitar acuan, diamkan hingga ia mengeras.
  5. Kemudian patah-patahkan biskut Marie dan masukkan ke dalam acuan.
  6. Tuang semua adunan puding dalam acuan, biarkan biskut Marie terapung, jika tak cukup tambah lagi biskut hingga memenuhi permukaan acuan.
  7. Tuangkan baki bancuhan pes kopi atau mocha tadi di atas lapisan biskut.
  8. Sejukkan dalam peti ais.

Resipi: @cookingwithhel

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI