4 Resipi Berasaskan Seafood Yang Confirm Bikin Hujung Minggu Anda Meriah

Share

 

 

 

Hujung minggu ni korang dah ada perancangan nak masak apa? RASA nak kongsi resipi seafood yang mesti sedap dinikmati bersama keluarga.

Ikan, kerang, udang dan ketam menjadi pilihan peminat seafood. Kalau makan di luar boleh tahan harganya. Jadi belilah bahan mentah dan masak sendiri. Puas makan, kan?

Ikan Bakar Portugal

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung
1 biji limau nipis (diperah airnya)
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa
Satu sudu besar gula
Daun pisang – pelapik ikan
Aluminum foil
2 batang kacang bendi
Sedikit minyak masak

Bahan-bahan (kisar):
4 tangkai cili merah
1 inci halia
½ inci lengkuas
1 kuntum bunga kantan
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
100 gm cili kering

Cara membuatnya:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik baunya.
2.Tambahkan air perahan limau nipis, gula dan garam.
3.Bersihkan ikan dan daun pisang.
4.Bungkus daun pisang, ikan dan kuah dengan aluminium foil. Lipatkan kemas-kemas setiap sisi.
5.Bakar di atas kuali leper lebih kurang 15 minit.
6.Sedia untuk dimakan bersama sambal belacan atau air asam cili padi untuk menambahkan lagi selera.

Kerang Goreng

Bahan-bahan:

½ kg kerang
25gm cili kering
3 sudu besar udang geragau
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos tiram

Cara membuatnya:
1.Kisar semua bahan kecuali kerang, gula, garam dan sos tiram.
2.Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3.Masukkan gula, garam dan sos tiram. Kemudian masukkan kerang.
4.Gaul sehingga sebati dan tunggu sehingga kerang masak. Siap untuk dimakan.

Tomyam Kelapa Muda

Bahan-bahan:
5 ketul isi ayam (dipotong dadu atau potng kecil)
3 ekor sotong sederhana besar (dipotong 4 setiap seekor)
4 ekor udang
2 batang serai (diketuk)
4 helai daun limau purut (disiat)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Lengkuas sebesar ibu jari (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji bawang holland (dihiris bulat)
1 biji tomato (dibelah 4)
5-7 biji cili padi (dibelah 2)
1 sudu besar air perahan limau
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu minyak masak
500ml air rebusan ayam
Garam secukup rasa
1 sudu sos ikan
1 sudu besar susu cair
100gm lobak merah
Daun ketumbar
Bekas kelapa

Cara membuatnya:
1.Masukkan minyak masak ke dalam periuk panas. Tumiskan serai, halia, lengkuas dan bawang putih.
2.Masukkan isi ayam dan air. Kacau dan biarkan seketika sehingga ayam mulai empuk.
3.Masukkan daun limau purut, cili padi, tomato, air perahan limau dan sos ikan. Kacau sebati.
4.Masukkan sotong dan udang dan kacau seketika.
5.Apabila sotong dan udang mulai masak, tambahkan lobak merah, bunga kobis, bawang Holland, susu cair dan garam.
6.Tutup api apabila sayur sudah masak. Letakkan daun ketumbar. Masukkan ke dalam kelapa yang sudah dikosongkan bahagian dalamnya.

Mi Kuah Ketam

Bahan-bahan:
200gram mi kuning
100 gram isi ketam (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
4 ekor udang
2 ekor sotong (dipotong empat)
100gm lobak merah (dipotong kecil)
100gm kobis bunga (dipotong kecil)
50gm kailan
2 sudu besar tepung jagung
5 biji cili padi (dipotong kecil)
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. Masukkan isi ketam yang dipotong kecil.
2.Apabila sudah masak, masukkan sos tiram. Goreng seketika. Masukkan air mengikut keperluan.
3.Kemudian masukkan udang dan sotong serta lobak merah.
4.Apabila sudah mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis dan garam.
5.Masukan mi dan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
6.Setelah mendidih, matikan api dan hidangkan.

 

Selamat berhujung minggu!

Published by
Maryam Elyas