Ramai di antara masyarakat kita yang masih belum sedar tentang kebaikan pengambilan makanan mengikut sistem piramid makanan. Salah satu sebabnya ialah kerana kekangan untuk mendapatkan sumber bekalan makanan yang segar dan berkualiti.
Kini, ia tidak lagi menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan ratusan outlet Pasar Tani di seluruh negara. Pasar Tani yang telah ditubuhkan sejak tahun 1985 telah menjadi ‘Pasar Pilihan’ lebih dari 35 tahun.
MENEPATI CITARASA PENGGUNA
Pelbagai produk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di Pasar Tani dibawa terus dari ladang kepada pengguna. Pasar Tani adalah medan pertemuan di antara petani dan pengguna.
Lokasinya yang tersusun, bersih serta sistematik dapat menjamin kualiti dan kepuasan kepada para pengunjung.
PEMERIKSAAN BERKALA
Demi keselamatan pengguna, pihak FAMA telah mengambil langkah yang terbaik bagi memastikan penularan penyakit berjangkit COVID-19 dapat dielakan dengan mengamalkan SOP yang sangat ketat.
Pasukan keselamatan sentiasa memantau kehadiran pengunjung di sekitar lokasi Pasar Tani bagi memastikan segala SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi oleh semua pengunjung. Dengan ini, pengunjung boleh berbelanja dengan hati yang senang dan selamat.
FAMA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melakukan pemeriksaan berkala terhadap para peniaga. Ia adalah langkah bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan.
Jadi untuk anda yang menggemari buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai keperluan yang segar, berkualiti dan menepati pelbagai cita rasa, datanglah ke Pasar Tani yang berdekatan dengan lokasi anda.
Jika anda ingin mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan secara atas talian, anda boleh merancang pembelian secara online di Agrobazaar Online: www.agrobazaar.com.my.
Selain itu untuk mendapatkan butiran lanjut atau info-info terkini tentang Pasar Tani, anda boleh melayari Facebook Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Jadilah pengguna yang bijak dengan menyokong produk tempatan bagi menjana ekonomi negara.
Ads
Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Merujuk kepada Piramid Makanan Malaysia 2020 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita disarankan mengambil sekurang-kurang 2 sajian sehari bagi buah-buahan manakala 3 sajian atau lebih sehari bagi sayur-sayuran.
Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan selera anda dalam penyediaan makanan, selain diambil terus sebagai snek atau pembuka selera. Jadi, jom masak dengan bahan-bahan segar, murah dan berkualiti yang boleh didapati hanya di Pasar Tani.
KERABU PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji peria katak | hiris nipis 1 biji bawang besar | hiris 5-6 biji cili padi | hiris Ikan bilis | goreng garing 1 biji limau nipis | ambil airnya Garam secukup rasa Gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Cuci dan rendam peria dengan garam untuk menghilangkan rasa pahit. Angkat dan toskan. 2. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian masukan bawang dan cili padi yang telah dihiris tadi. 3. Perahkan asam limau dan gaul rata. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah penyedap rasa jika suka. 4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan. 5. Sesuaikan rasa agar semua rasa masam, masin dan manis sekata. 6. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
KHASIAT:
Membantu merawat kencing manis, darah tinggi dan melancarkan kitaran haid.
Ads
AIR JAGUNG 3 LAYER
BAHAN-BAHAN: Bahan pes jagung segar 2 tongkol jagung| disagat 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air
BAHAN UNTUK AIR:
1 tin susu cair 1 ketul gula melaka |dijadikan sirap gula melaka 1 sudu makan kordial perasa jagung Air batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Hiris isi jagung dan rebus dengan air dan gula. Sejukkan seketika dan kisar kasar. 2. Kemudian masak sekali lagi sehingga mendidih dan pekat hingga menjadi seperti pes. Ketepikan. 3. Sediakan gelas dan tuangkan sirap gula melaka. Kemudian masukkan ketulan ais batu. 4. Tuang susu cair ikut kuantiti yang dikehendaki. Kemudian tuangkan kordial perisa jagung. 5. Akhir sekali letakkan pes jagung manis segar secukupnya. 6. Sedia untuk dinikmati.
KHASIAT:
Membantu mencegah sembelit dan menguatkan sistem imun badan.
ROCK MELON GRILLED WITH SALMON
Ads
BAHAN-BAHAN:
½ biji rock melon | dipotong memanjang 1 keping ikan salmon | potong nipis 2 ulas bawang putih | diketuk 1 sudu teh serbuk lada hitam ½ sudu makan chili flakes 1 sudu makan mixed herbs Garam secukupnya Minyak zaitun secukupnya. ½ biji lemon
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan rock melon ke dalam bekas. Masukkan sedikit minyak zaitun, lada hitam, dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan. 2. Dalam bekas lain, campurkan ikan salmon bersama mixed herbs, lada hitam dan bawang putih yang diketuk, sedikit garam dan minyak zaitun. Perap 15 minit atau lebih. 3. Panaskan pan dan panggang rock melon hingga warna bertukar sedikit perang. Balik-balikkan agar tidak hangus. Angkat dan ketepikan. 4. Kemudian masukkan salmon yang telah diperap bersama minyak zaitun tadi. Panggang sehingga masak. 5. Angkat dan hidangkan bersama rock melon panggang tadi. Taburkan chilli flakes dan perah sedikit hirisan lemon. 6. Sedia untuk dinikmati.
KHASIAT:
Membantu mengawal kolestrol.
MI SEGERA SUP AYAM UTARA AGROMAS
BAHAN-BAHAN:
1 paket Mi Segera Sup Ayam Utara AgroMas 2 keping isi ayam | dipotong menjadi kepingan kecil 1 biji bawang merah | dicincang 1 ulas bawang putih | dicincang kasar 1 biji telur 5 batang daun sawi ½ batang lobak | dihiris halus 1 biji cili merah | dihiris 1 batang daun bawang | dipotong Minyak untuk menumis Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak. 2. Setelah minyak panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau. 3. Kemudian masukkan hirisan ayam dan kacau rata hingga ayam sedikit masak dan masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan perencah Mi Segera Sup Ayam Utara AgroMas. 4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan telur. Setelah telur sedikit masak kemudian masukkan Mee Sup Utara AgroMas. Kacau. 5. Masukkan lobak merah dan sawi. Biarkan mendidih seketika sehingga mi segera lembut. Tambah air jika perlu. 6. Setelah masak, angkat dan taburkan daun bawang dan cili potong. Sedia dinikmati.
JOM MENANG HADIAH LUMAYAN DENGAN MENYERTAI PERTANDINGAN VIDEOGRAFI AGROMAKANAN!
Anda seorang yang kreatif dalam mengambil video? Jom serlahkan kreativiti anda dengan produk Fama dan menangi hadiah lumayan!
Pelbagai kategori yang boleh disertai, antaranya sayur dan buah, ternakan, akuakultur, industri makanan dan agrotourism.
Untuk menyertai peraduan ini, boleh klik di link yang disediakan:
Seperti yang dijanjikan chewah, haja nak share resipi cookies yang super duper sedap ni. Nak tahu sedap ke tak korang WAJIB la try.
Bahan simple, mudah, Cara buat kalau takde mixer pun takpe. Kita kacau guna senduk kayu je. Kalau senduk kayu takde jugak kena la Beli
BAHAN A 250 gm butter (jenama lurpak) 120-130 gm brown sugar 1 biji kuning telur 2 sudu teh susu segar full cream jenama Dutch lady 1 sudu teh Essen vanilla (imported Essen vanilla lebih wangi)
BAHAN B 300 gm tepung diayak dulu ( haja guna self raising flour) Nak guna tepung gandum pun boleh tapi kena tambah baking powder (serbuk penaik)
BAHAN C 200 gm CHOC CHIP
Cara memasak:
1.
1. Pukul butter yang dah agak lembik( biarkan sekejap suhu bilik) . Pukul butter bersama brown sugar. Kacau adunan sehingga sebati, nampak creamy dan, bertukar warna sedikit. 2.
2. Masukkan telur kuning, esen vanilla dan susu (BAHAN A) Pukul sehingga tiada lagi ketulan gula (sikit2 tu kira halal la). 3.
3. Campurkan BAHAN B (tepung ) ke dalam aduanan tadi. Gaul sehingga sebati. Biar adunan jadi MESRA 4.
4. Last sekali boleh masukkan semua choc chip. Yumeeeh! Gaul biar sebati semuanya. Senangkan?Ok bab bakar kena kenali oven dulu. Oven jenis built in (my oven) 150 , 30 Minit (ni memang ranggup la) ranggup ye bukan hangit. Kalau oven yang lebih kecil boleh cuba dulu 140 darjah, 30 Minit .Make sure PANASKAN OVEN dulu sebelum Bakar cookies.
Katakan nak guna piping beg pun boleh.
5.
Lepas tu boleh terus piping atas Loyang. Siap!!! Tunggu sejuk sikit dah boleh makan. Yumeeeh Makan ni confirm tak makan sesikit.kredit resipi & foto: Haja Saleh
Minat yang mendalam dalam bidang masakan sejak dari kecil lagi membuatkan Mohd Sharifudin bin Saleh bertekad untuk menyertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S. Selain minat, dia sebenarnya mahu mencabar dirinya untuk menghasilkan satu hidangan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Orangnya nampak tenang dan bersahaja. Tentu anda sendiri tidak menyangka bahawa dia adalah seorang bekas askar. Ternyata dia sungguh gembira dan meluahkan rasa syukur pabila namanya diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Apatah lagi team Selatan memperoleh markah tertinggi pada ketika itu.
“Apabila diumumkan berjaya ke peringkat separuh akhir, memang saya sangat teruja. Rasa nak pusing satu mall tapi kenalah control macho,” ujarnya sambil tertawa.
Memilih menu Lamb Chop Hitam Manis Masa’la BABA’S, Sharifudin Saleh cuba mengolah menu dari Barat ini kepada cita rasa timur tengah dan tempatan. Gabungan pelbagai rempah dari BABA’S serta campuran herba dari Timur Tengah mencipta satu rasa yang berbeza dan sempurna dalam hidangan ini.
Rasa seronok dan gembira apabila menerima komen yang positif daripada pihak juri. Maknanya mereka boleh menerima olahan resipi saya. Bila mereka beri pujian, hati saya dah terdetik yang saya ada peluang untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Tak sangka. Ibarat mimpi menjadi kenyataan
Disoal tentang harapan jika menjadi Top 4, tentulah dia mahu menjadi JAGOH RASA BABA’S 2022. Tiada lain yang diharapkan selain menjadi juara dan tentunya dia akan melakukan sehabis baik demi menaikkan nama Team Selatan. Gegau jangan tak gegau, sehingga peluh yang terakhir!
LAMB CHOP HITAM MANIS MASA’LA BABA’S
BAHAN-BAHAN:
500gm lamb chop
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
100gm Serbuk Kari Daging BABA’S
50gm Serbuk Kari Ikan BABA’S
25gm Serbuk Rempah Masala BABA’S
2 sudu makan kicap pekat
10gm madu batu
5gm western herb
1 sudu makan rosemary
1 sudu makan Serbuk Jintan Putih BABA’S
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi dan mentega.
Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan rempah-rempah sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan lamb chop, masak sehingga lembut dan sempurna.
Letakkan madu batu, kicap pekat dan garam.
Bila sudah masak, bolehlah hidangkan mengikut kreativiti anda.
Selamat mencuba.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Rekaan model terbaharu penulen air Ombak Coway memang sangat dinanti-nantikan. Bukan saja bergaya moden, tapi penulen air ini sangatlah membantu kerja-kerja di dapur. Sampaikan Chef Wan pun terpikat dengan penulen air Ombak Coway ni tau. Manakan tidak, kerja memasak di dapur jadi semudah ABC.
Dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan yang bersiaran pada 29 April 2020, Chef Wan dan selebriti jemputan, Lana Nordin seronok memasak menggunakan air daripada penulen air Ombak Coway. Bukan saja air yang keluar daripada penulen ini menyihatkan tubuh, tapi sukatan beza airnya juga memudahkan kerja.
SEBAB-SEBAB PENULEN AIR OMBAK COWAY ADALAH TERBAIK
1) 50 TETAPAN SUHU AIR
Kalau korang nak tahu, penulen air Ombak Coway ni ada 50 tetapan suhu air. Boleh pilih apa jua suhu yang menjadi idaman hati. Nak panas ke, nak sejuk ke, nak sedang-sedang saja ke. Semua ada. Boleh pilih mana satu yang korang nak.
2) TANGKI LEBIH BESAR
Jika anda tinggal dalam keluarga besar lebih daripada tiga orang, penulen air Ombak Coway pasti sesuai dengan anda. Tangki lebih besar membuatkan bekalan minuman daripada penulen air ini mencukupi untuk kegunaan seisi rumah.
3) TETAPAN ISIPADU (KUANTITI) AIR
Senangnya memasak di dapur dengan tetapan isipadu air. Tak perlu susah-susah nak tengok jumlah air yang keluar. Tekan saja, jumlah air yang keluar akan ikut seberapa banyak yang kita mahukan. Dalam episod RASA Nostalgia Ramadan, ketika Chef Wan buat menu Daging Salai Masak Lemak Cili Api, tak perlu sukat air untuk dijadikan kuah. Terus sahaja tekan dan tunggu jumlah air yang sudah ditetapkan. Senang, kan?
LEBIH JIMAT MASA
Sekarang ni, kita semua sangat sibuk. Masa di dapur sangat terhad. Jadi, alangkah baiknya kalau kita dapat jimatkan masa di dapur. Ombak Coway sangat membantu jimatkan masa terutama suri rumah yang perlu bekerja, menjaga anak dan membuat kerja sampingan misalnya bisnes online. Jimatkan masa memasak dan manfaatkan masa untuk sesuatu perkara yang lain.
Anda tak perlu memasak air untuk menyediakan minuman. Anda tak perlu memasak air untuk menyediakan lauk bagi seisi keluarga. Hanya perlu tekan satu butang, segalanya tersedia untuk anda.
Bayangkan, korang ada 50 tetapan suhu air yang boleh dipilih. Daripada suhu 40 darjah selsius hingga 90 darjah selsius. Kemudian, boleh pula pilih kuantiti air yang korang mahu. Tak ada masalah air terlalu sikit atau terlalu banyak. Just nice, ikut jumlah yang korang nak. Kan senang? Jimat masa. Hati tenang, hati riang.
Selain itu, bagi yang ada anak kecil pula, korang tak perlu nak bancuh-bancuh air panas dan air biasa untuk jadikan air hangat. Tetapan suhu boleh dilaras untuk terus sediakan air untuk dibancuh dengan susu iaitu 40 darjah selsius. Untuk baking (50 darjah selsius), untuk bancuh kopi (80 darjah selsius) pun sudah ada tetapan suhunya. Kalau nak rendam mi segera (90 darjah selsius) malam-malam pun, ada suhu yang boleh dilaras sesuai untuk merendam mi segara tau! Hidup sungguh mudah dengan mesin penulen air Ombak Coway ni.
CHEF WAN MENGGUNAKAN OMBAK COWAY
Pada RASA Nostalgia Ramadan episod Lana Nodin, Chef Wan menggunakan Ombak Coway. Memang nampak senang sungguh.
Tutup mata sementara mengisi air. Takkan terlebih isi disebabkan oleh konfigurasi pratetap OMBAK COWAY.
Air yang bersih menjamin kesihatan seisi keluarga.
Korang jangan lupa menonton rancangan RASA Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Khamis sepanjang Ramadan, pada jam 5 petang di Astro Prima dan Prima HD. Bersama-sama kita saksikan bagaimana Chef Wan memasak menggunakan Ombak Coway bersama selebriti jemputan.
Jom klik sini untuk dapatkan info lebih lanjut mengenai OMBAK COWAY.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!