4 Resipi Gulai Lemak Cili Padi Mudah & Sedap

Share

Sedapnya masak lemak cili padi. Tak kisahlah bahannya sayur, ikan, daging atau makan laut, memang sedap.

Bagi anda yang memang gemar masakan jenis ini, tentu tidak jemu jika masak dan makan menu masak lemak cili padi. Lagi-lagi rasanya kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya.

RASA kongsikan 4 resipi masak lemak cili padi yang memang mudah dimasak tetapi sangat sedap rasanya!

 

PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

10 biji pisang emas muda | buang kulit ari & belah dua
500ml santan pekat – beli online di sini
50gm ikan bilis – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

12 biji cili padi – beli online di sini
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
2. Renehkan atas api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
4. Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.

 

GULAI LEMAK NENAS IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

½ biji nenas | potong tiga segi
4 ekor ikan masin sepat | goreng
500ml santan pekat
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

1. Didihkan air dalam periuk dan celur nenas seketika. Angkat dan tos.
2. Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
3. Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nenas dan ikan masin.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
5. Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api. Gulai nenas sedia dihidangkan.

 

PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun & hiris kasar
Sedikit daun kaduk | hiris kasar
3 helai daun kunyit | hiris halus
3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
4 batang serai | hiris halus
5 sudu makan tempoyak
500ml santan
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

20 biji cili padi


3cm kunyit hidup
50gm ikan bilis yang telah dikopek

CARA MEMASAK:

1. Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
2. Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
3. Kacau rata, masukkan pula asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
4. Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.

 

GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI

BAHAN-BAHAN:

500gm daging salai | hiris nipis
1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
1kg santan pekat
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
2. Renehkan di atas api sederhana. Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
3. Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff