Ramadan yang tiba disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Bulan penuh rahmat yang datang setahun sekali ini semestinya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Pada masa ini, kaum ibu tentunya antara yang paling sibuk dalam menyediakan pelbagai masakan kegemaran keluarga untuk bersahur dan berbuka.

Daging Bakar, Ayam Butter, Kek Mentega, Murtabak Keju, Pizza yang dilimpahi keju Mozarella, Susu Bandung, Puding Lemak Berkrim dan banyak lagi menu adalah antara juadah penambat selera dikala berbuka.  Sedap dan mudah dimasak. Malah gabungan resipi baru dan lama ini juga menjadikan tradisi bertukar juadah antara jiran tetangga jadi lebih mengujakan. Mana tidaknya, menu yang dikongsi lain daripada kebiasaan.

Ramai juga yang sudah mula membuat biskut raya. Bila menjengah ke dapur, semerbak aroma wangi biskut dibakar. Bau harum dan lemak mentega membuatkan anak-anak tidak sabar untuk mencuba. Sesekali, terkenang keenakan Semperit Keju air tangan ibu di kampung. Rindunya.   Diam tak diam, kemeriahan dan keterujaan bulan Ramadan dan menyambut Raya kian hangat terasa. Memang seronok dapat memasak pelbagai menu. Lebih menggembirakan bila melihat insan tersayang makan dengan penuh berselera.

Nak tahu macam mana hasilkan masakan yang sedap? Ini rahsianya. 

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

Mentega Tulen Lebih Enak

Masak menggunakan mentega tulen atau ‘pure butter’ menjadikan masakan anda jadi lebih enak daripada biasa. Ini kerana mentega tulen diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi seterusnya menghasilkan makanan yang sangat menyelerakan. Jenama mentega tulen terbaik tentunya Anchor Butter. Diperbuat daripada 100% susu dari lembu yang diberi makan rumput segar di New Zealand, oleh itu menteganya berwarna kuning keemasan secara semula jadi. Ia merupakan mentega yang penuh dengan rasa, paling halus dan berkrim.

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera 4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

Anchor Butter memberikan rasa yang lebih sedap kepada masakan kerana kandungan lemak susu semula jadinya yang tinggi. Dari masakan tradisional seperti nasi tumis bersama lauk pauk hinggalah ke hidangan barat seperti ayam panggang dan pasta. Menu gabungan tradisional dan barat juga menjadi semakin enak bila menggunakan Anchor Butter.

Dalam pembuatan kek, kelembutan dan keenakan produk yang menggunakan mentega tulen memang tak perlu disangkal lagi. Ia membangkitkan aroma yang lebih harum selain menjadikan kek lebih gebu, rasa lemak dan lazat. Bahkan

Didatangkan dalam dua pilihan iaitu salted and unsalted butter, kedua-duanya boleh digunakan dalam masakan dan juga pembuatan kek serta biskut.  Pilih sahaja mana satu mentega yang sesuai dengan masakan kegemaran anda. Jika menggunakan salted butter, pastikan anda mengawal penggunaan garam agar masakan sempurna rasanya.

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

Mentega Pengganti Minyak

Ads

Mentega boleh dicairkan dan dijadikan pengganti kepada minyak masak. Masakan bertumis, dan bakar jadi lebih enak dan beraroma bila menggunakan mentega. Di bulan Ramadan ini, menu Ayam Panggang, Murtabak, Sate, Roti John dan sebagainya boleh anda hasilkan dengan mudah. Malah kalau tiada selera di waktu sahur, sapu sahaja Anchor Butter pada roti bakar.  Sangat sedap. Anchor Butter juga sesuai digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis nasi seperti Nasi Ayam, Nasi Beriani, Nasi Mentega, Nasi Minyak dan Nasi Kebuli yang sesuai dihidangkan pada hari raya nanti.  Hasilnya nasi yang dimasak jadi lebih gebu, enak dan wangi.

Makanan Lebih Menarik Dengan Keju

Hari ini keju bagaikan sudah menjadi bahan wajib dalam pelbagai masakan di Malaysia, malah penggunaannya telah banyak diadaptasi ke dalam masakan tempatan seperti lempeng, murtabak, pelbagai menu ayam, kuih muih pedas, manis dan banyak lagi. Peminatnya bukan dalam kalangan orang muda sahaja, malah menjadi kegemaran di pelbagai peringkat usia. Antara keju popular yang selalu digunakan ialah Mozarella, Parmesan dan juga Cheddar. 

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

Bagi penggemar keju mozzarella, Perfect Italiano Mozzarella Cheese adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan masakan yang enak dan menyelerakan bila dimakan.

Di musim Ramadan ini, sangat enak kalau dapat berbuka dengan Murtabak Cheese  https://bit.ly/3gtgcsz Inti yang enak ditambah pula dengan limpahan keju Perfect Italiano Mozzarella menjadi ia sebagai menu yang ditunggu-tunggu untuk dijamah. Tentunya pengalaman menikmati makanan tempatan yang ditambah sedikit sentuhan moden ini memberikan rasa lebih menyeronokkan.

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

Jika mahu menikmati piza ‘homemade’ dengan rasa keju yang hebat penuh aroma (all rounded/full flavour), keju Perfect Italiano Perfect Pizza sangat disyorkan. Ia mengandungi  campuran keju Cheddar, Mozarella and Parmesan yang menjadikan piza ‘homemade’ anda seakan dari restoran terkenal! Sangat memuaskan dan tentunya enak hingga ke suapan terakhir.

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

Keju jenis ini juga sangat sesuai dijadikan penambah rasa masakan yang rasanya lebih tawar. Taburlah keju ini di atas nasi goreng atau jadikan ‘topping’ untuk aneka sayuran panggang. Rasa tentunya lebih enak malah kelihatan lebih mewah.

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

Ada bermacam lagi menu yang sedap dan mudah yang boleh dihasilkan di sepanjang bulan Ramadan ini. Istimewa buat anda, dikongsikan empat resipi istimewa yang sesuai dicuba ketika sahur, berbuka puasa dan juga hari raya. Selamat mencuba!

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

LEMPENG CHEESE SAYURAN DAN UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM
  • 100gram keju PERFECT ITALIANO MOZARELLA– parut
  • 100gram mentega tanpa garam ANCHOR
  • 1 biji telur
  • 6-8 ekor udang sederhana – cincang kasar
  • 2 tangkai daun bawang – cincang halus
  • 4 biji cendawan butang – cincang halus
  • 1 biji lobak merah – parut halus
  • 1 biji cili merah – cincang halus
  • 1 labu bawang besar – cincang halus
  • 1 sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada sulah
  • ½ sudu teh chilli flakes

CARA MEMASAK:

  1. Satukan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM bersama air lalu bancuh hingga sebati.
  2. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, bancuhan susu dan telur. Kacau semua bahan hingga sebati dan agak likat.
  3. Masukkan semua bahan lain kecuali keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA dan gaul sebati.
  4. Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.
  5. Cairkan satu sudu makan mentega tanpa garam ANCHOR dalam kuali leper (non stick).
  6. Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dalam kuali. Tabur parutan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA dan masak untuk beberapa minit.
  7. Masak lempeng hingga keperang-perangan dikedua-dua bahagian. Ulangi proses hingga kesemua bancuhan lempeng habis. Hidangkan panas.

Klik link untuk video cara membuat: https://fb.watch/4X9-fhlMF3/

 

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

MINI MURTABAK DAN KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 10-12 keping kulit popiah size kecil
  • 1 cawan cincangan ayam – rebus
  • 3 biji telur
  • 150gram keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA – parut
  • 30gram mentega bergaram ANCHOR (salted)
  • 1 labu bawang besar – cincang
  • 1 tangkai daun bawang – cincang
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur bersama serbuk kari, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
  2. Masukkan cincangan bawang, ayam, daun bawang diikuti dengan parutan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA. Kacau sebati.
  3. Ambil sekeping kulit popiah, letak sesudu inti telur tadi lalu lipat empat segi dan letak sedikit kuning telur di penghujung kulit popiah (supaya inti tak terkeluar) lalu rapikan lipatan.
  4. Cairkan mentega ANCHOR di dalam kuali. Goreng 2-3 biji murtabak mini hingga keperang-perangan. Ulangi proses hingga semua murtabak habis digoreng.
  5. Hidangkan panas. Jika suka boleh dimakan dengan sos atau hirisan cili padi.

Klik link untuk video cara membuat: https://bit.ly/3aNguXD

 

Ads

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

MAC AND CHEESE RENDANG

BAHAN A:

  • 200gram macaroni – celur hingga lembut
  • 1 sudu makan parsley kering

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 2 cawan rendang daging
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA – parut
  • 2 sudu makan mentega bergaram ANCHOR (salted)
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

  1. Cairkan mentega ANCHOR di dalam kuali. Masukkan tepung gandum bersama air rebusan daging. Didihkan dengan api yang kecil sambil mengacau terus.
  2. Masukkan rendang daging dan kacau rata. Tambah garam jika perlu. Tutup api.
  3. Masukkan macaroni dan ¾ cawan parutan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA Kacau sebati.
  4. Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit mentega bergaram ANCHOR. Tuang campuran macaroni tadi ke dalam periuk.
  5. Tabur cincangan parsley dan lebihan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA di atasnya.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga keju cair. Hidangkan panas.

 

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

SEMPERIT KEJU SUSU

BAHAN-BAHAN:

  • 227gram mentega bergaram ANCHOR (salted)
  • 380gram tepung jagung
  • 130gram gula aising
  • 100gram PERFECT ITALIANO PARMESAN CHEESE POWDER
  • 3 sudu makan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • Coklat chips – untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bergaram ANCHOR, gula aising, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM, PERFECT ITALIANO PARMESAN CHEESE POWDER, tepung jagung, tepung kastard dan tepung beras. Gaul sebati.
  3. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan semperit. Terap doh mengikut acuan membentuk bunga dahlia. Hias dengan coklat chips.
  4. Bakar doh di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180c selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.

Klik link untuk video cara membuat: https://bit.ly/3aNmSy6

 

Ads

4 Resipi Mudah Untuk Puasa Dan Raya Guna Mentega & Keju. Harum Enak Menambat Selera

 

PERADUAN BERGANDA DARI RASA DAN ANCHOR

Jangan lupa sertai Peraduan Masak, Kongsi & Menang #LebihEnakLebihCeria Bersama Anchor setiap minggu dan menang hadiah wang tunai! Berjumlah RM300 untuk 3 pemenang setiap minggu bermula 14 April sehingga 12 Mei 2021. Wah, meriahnya boleh dapat duit raya! Untuk sertai pastikan anda menonton video-video resipi untuk sahur, berbuka dan raya yang RASA kongsi setiap minggu di FB dan Instagram Majalah Rasa. Siapa tahu anda mungkin salah seorang pemenangnya. Klik di sini untuk cara menyertai https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10159303207333739

 

Bukan itu sahaja, nak menang lagi hadiah. Ada lagi peraduan menarik untuk anda sertai daripada Anchor. Peraduan Riang Raya & Menang Bersama Anchor. Anda hanya perlu beli produk Anchor di Pasaraya atau ditalian ini https://rb.gy/1fucc9  dan berpeluang memenangi hadiah Thermomix dan Le Creuset! Lanjut di https://www.facebook.com/434634456743577/posts/1649131521960525/

 

Wah meriahnya Ramadan dan Raya kali ini. Jom sertai peraduan hebat bersama Rasa dan Anchor. Setahun hanya sekali. Masa untuk meraikan keriangan dan menang berganda ini.

 

Klik link ini untuk mendapatkan pelbagai resipi enak menggunakan keju. https://www.facebook.com/AnchorDairyMalaysia/  

https://www.facebook.com/AnchorDairyMalaysia/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI