Petang-petang macam ni, memang enak kalau makan aneka pengat kampung. Bukan guna bahan yang sukar pun. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Jom cuba!
1. PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Ads
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Untuk kuah pengat yang cantik, sentiasa kacau agar santan tidak berketul.
2. PENGAT LABU
BAHAN-BAHAN:
300gm labu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukup nya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk.
Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Jangan masak labu terlalu lama untuk menggelakkan ia terlebih lembik.
3. PENGAT KELADI
BAHAN-BAHAN:
Ads
300gm Keladi
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
Masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Rendam sagu mata ikan sehingga kembang dengan sedikit air untuk menghasilkan sagu mata ikan yang benar-benar jernih apabila masak.
4. PENGAT NANGKA
Ads
BAHAN-BAHAN:
6 ulas nangka yang dihiris
1 liter air
100gm gula pasir atau mengikut selera
200gm santan pekat
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak.
Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan. Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubahsuai jumlah gula mengikut citarasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nak rempeyek sedap rangup, bolehlah ikut resipi perkongsian ct suryati ini. Rahsianya kenalah masukkan sedikit kapur makan dalam ramuannya. Kalau bancuh tu usah terlalu cair dan jangan terlalu pekat .
Sebelum goreng tu test lah sekeping dua dulu untuk tengok nampak tebal atau nipis sangat. Nanti bolehlah adjust bancuhan tepungnya. Barulah menjadi rangup rempeyeknya.
REMPEYEK RANGUP
.
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung beras
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis * 3 sudu besar jintan kasar * 3 sudu besar ketumbar biji
CARA MEMASAK : 1. Bahan bertanda * ini dikisar kering. Nak guna lebih pun boleh. 2. Air secukupnya (empunya resipi buat sukatan 5 cawan dulu, tengok mcm pekat baru tambah sikit2) 3. Bilis dan kacang (empunya resipi jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah digoreng) 4. Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. 5. Empunya resipi selalu test goreng seketul dua dulu pas bancuh, tengok struktur kuih, baru lah nampak tebal ke nipis sangat ke. 6. Kalau tebal, boleh tambah air sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik. 7. Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yg direndam dalam kuali bersama minyak yg betul-betul panas. Rempeyek yang okay, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
8. Jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak-banyak, satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaalah sedap.
Kredit resepi : ct suryati.
Resipi Dapur Bidadari
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN PERALATAN RUMAH, BOLEH LAYARI JOM DI SINI.BANYAK TAWARAN DAN PILIHAN MENARIK.
Jom cuba buat Puding Biskut Marieperkongsian saudari Hamidah HA ni. Manisan mudah ini sesuai dinikmati pada bila-bila. Andai anda bakal menerima kunjungan tetamu yang tiba-tiba nak datang ke rumah, Puding Biskut Marie ni antara yang sesuai dihidangkan. Nak buat pun hanya guna bahan-bahan yang ringkas sahaja. Makan sejuk-sejuk, hmmm…memang sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Kisar susu cair, susu pekat manis, teluru, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan. 2. Kemudian bancuh serbuk koko dan milo bersama dengan sedikit air suam. Ketepikan. 3. Masak serbuk agar-agar dan air hingga larut dan mendidih. 4. Tambahkan mentega dan kacau hingga cair. 5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga sebti. Guna api yang perlahan kerana adunan akan menjadi pekat. Teruskan mengacau. 6. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko & milo. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. 7. Teruskan memasak sehingga adunan berkilat dan ada meletup-letup kecil. Ini menandakan puding telah masak. Padamkan api. 8. Ambil loyang bersaiz 7×7 dan alas denga plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya mudah nak mengeluarkan puding dari loyang nanti. 9. Masukkan sedikit adunan puding ( lapisan koko). Ratakan ke keseluruhan loyang. 10. Susun biskut Marie satu persatu diatas lapisan koko. Patahkan sedikit jika ada ruang kosong. 11. Tuangkan adunan koko selapis lagi dan susun biskut Marie seperti langlah pertama tadi.Ulang proses hingga habis. Lapisan atas mestilah lapisan koko. 12. Sejukkan puding dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dinikmati.
INFO CHEF: 1. Resepi ni kurang manis dan tak letak gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah lebih susu pekat atau gula. 2. Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali. 3. Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yang lutsinar tu pun boleh guna juga. 4. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar atau Nestum di atas puding jika suka.
Aneka resipi biskut raya berasaskan coklat yang bakal menjadi rebutan kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan manis, gabungan coklat dalam biskut dilihat sangat menyelerakan! Jom cuba. Pasti raya anda nanti jadi lebih meriah.
1. COKLAT BADAM
BAHAN-BAHAN:
250gm coklat susu compound
50gm pes kacang hazel
Badam jejari secukupnya |dipanggang
CARA MEMASAK:
Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.
Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.
Info Chef: Pastikan hirisan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan rangup kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat masakan.
2. BISKUT BADAM SALJI
BAHAN A:
250gm mentega
150gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
50gm sebuk badam
BAHAN B:
350gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm tepung susu
40gm tepung jagung
Sedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.
Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.
Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.
Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.
Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.
3. BISKUT NESTUM RANGUP
BAHAN-BAHAN:
80gm gula perang
125gm mentega
180gm tepung gandum
20gm nestum
50gm chocolate chip
2 sudu makan susu tepung
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit coklat masakan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli adunan hingga sebati.
Masukkan doh ke dalam beg piping dan bentukkan menjadi bulat.
Susun di dalam loyang pembakar yang sudah dilapikkan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 170 C selama 10 minit. Sejukkan.
Apabila sejuk, paipkan dengan coklat masakan di atasnya dan biarkan sejuk.
4. BISKUT HATI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
60gm gula aising
125gm tepung gandum
80gm tepung jagung
2 sudu makan susu tepung
1 biji telur
1 bar coklat masakan
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
Satukan mentega bersama gula aising dan pukul hingga kembang.
Masukkan telur bersama esen vanila. Kacau sebati.
Masukkan susu tepung bersama tepung kemudian pukul lagi hingga menjadi adunan.
Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk hati. Susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit.
Cairkan coklat masakan secara ‘double boiler’ dan celupkan separuh biskut ke dalam coklat. Sejukkan.
Info Chef: Pastikan biskut disejukkan terlebih dahulu selepas dibakar kemudian barulah dicelupkan ke dalam coklat masakan.
5. COCO CRUNCH BERSALUT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
200gm bijirin coco crunch
150gm bubble rice
1 bar coklat masakan
CARA MEMASAK:
Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.
6. LIDAH KUCING COKLAT KEJU
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
170gm gula kastor
100ml putih telur
170gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm serbuk koko
1/4 sudu makan emplex
1 sudu teh coklat emelco
Sedikit keju cheedar |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayak tepung, serbuk koko dan juga emplex. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.
Sambil putar hingga sebati, tambahkan coklat emelco dan gaul hingga rata.
Masukkan campuran tepung dan gaul sekali lagi hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Taburkan keju cheddar di atasnya.
Bakar dalam ketuhar ada suhu 150°c selama 10 hingga 15 minit.
Info Chef: Adunan lebih mudah dimasukkan ke dalam beg piping dan kemudian dipaipkan ke dalam acuan lidah kucing.
7. PRETZEL COKLAT MINI
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
120gm gula aising
100ml telur
50ml susu UHT
10 gula kastor |yang telah di gaul dengan vanilla
450gm tepung
10gm serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk badam |untuk hiasan
Sedikit coklat masakan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula aising dan telur hingga kembang.
Kemudian masukkan susu UHT, gula kastor, tepung dan juga serbuk koko.
Gaulkan hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan ke dalam beg piping dan bentukkan menjadi seperti pretzel.
Bakar pada suhu 150 selama 15 minit dan sejukkan.
Celupkan dalam coklat yang telah di cairkan menggunakan kaedah double boiler, kemudian taburkan dengan serbuk badam.
8. BISKUT COKLAT CIP
BAHAN A:
30gm gula castor
120gm gula perang
120gm mentega
125ml minyak jagung
1 biji telur gred B
¼ sudu teh garam
½ sudu teh susu segar
½ sudu teh esen vanila
BAHAN B:
240gm tepung gandum |diayak
3 sudu teh serbuk koko |diayak
3 sudu teh tepung jagung |diayak
½ sudu teh tartar krim |diayak
½ sudu teh soda bikarbonat |diayak
120gm badam
200gm coklat chip
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk besar dan kacau hingga sebati.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dengan spatula.
Kemudian masukkan badam dan juga coklat chip. Sebatikan.
Sudukan ke dalam loyang yang dilapikkan dengan kertas minyak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 20 minit.
Info Chef: Jika tidak sukakan badam, anda boleh juga menggantikannya dengan walnut atau jenis kekacang lain yang menjadi kesukaan anda.
9. BISKUT SYILING COKLAT CIP
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
170gm gula kastor
100gm putih telur
170gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm serbuk koko
1/4 sudu teh emplex
1 sudu teh coklat emelco
Sedikit coklat chip |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama serbuk koko dan emplex. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukan putih telur sedikit demi sedikit.
Sambil putar hingga sebati, tambahkan coklat emelco dan gaulkan hingga rata.
Masukkan campuran tepung dan gaulkan sekali lagi hingga sebati.
Masukkan ke dalam beg piping dan paipkan di atas acuan khas. Taburkan coklat cip di atasnya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 10 hingga 15 minit.
10. SAMPERIT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
80gm gula aising
80gm tepung kastard
125gm tepung gandum
1 biji kuning telur
3 sudu makan serbuk koko
Sedikit esen vanilla
Sedikit coklat urai |untuk hiasan
Sedikit coklat masakan |dicairkan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
Kemudian masukkan kesemua jenis tepung dan uli hingga sebati.
Canai adunan nipis dan potong memanjang.
Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit dan sejukkan.
Apabila sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dan taburkan dengan coklat urai.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: