Aneka Sambal Daging Yang Memang Win!

Share

Tak tahu nak masak apa? Haa ini ada Rasa kongsikan resipi 4 sambal daging yang berbaloi untuk anda cuba kerana ia senang dan tidak banyak menggunakan bahan tapi rasa memang confirm win dan sedap!

SAMBAL DAGING MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus
  • 4 sudu makanpes cili  kering
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
  4. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
  5. Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  7. Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
  8. Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.

SAMBAL DENDENG 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 2 biji bawang besar | potong dadu
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • Garam dan gula jika perlu
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 batang serai | hiris

BAHAN REMPAH PENUMIS

  • 1 batang serai
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
  2. Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
  3. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
  4. Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
  5. Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
  6. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
  8. Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .

SAMBAL SERAI ISI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | hiris  kecil
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 biji limau nipis | jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rsa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 3 batang serai | hiris
  • 3 helai daun limau purut | carik-carikkan
  • 3 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
  3. Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
  4. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
  5. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, terus kacau seketika.
  7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.

SAMBAL DAGING BERKACANG

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | hiris nipis dan kecil
  • 150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 250ml air
  • 200ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 batang serai

REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
  3. Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
  5. Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
  6. Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
  7. Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
  8. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  9. Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.
Published by
Amanina