Mak selalu cerita zaman dulu takda elektrik, kalau nak simpan daging tahan lama hanya dengan cara salai dan pekasam je sebagai cara awet daging tersebut sepaya tahan lama. Menariknya daging salai dan pekasam ini boleh diolah dengan pelbagai menu yang sangat sedap. Sekarang tradisi membuat daging salai masih diusahakan kerana permintaan terhadapnya adalah tinggi.

Lebih menarik sekarang ini, daging salai bukan hanya dimasak gulai lemak semata, ramai yang telah mengolahnya menjadi menu-menu yang menarik dan sedap. Tak percaya boleh cuba empat menu yang disediakan oleh Puan Rosniza Mohamad, Pengurus Pemasaran & Promosi D5 Agro Resources yang menjual daging salai frozen D5alaiking telah berkongsi empat resipi menggunakan Daging Salai D5alaiking keluarannya.


4 Variasi Menu Daging Salai Padu Sedapnya.
.

DAGING SALAI TELUR HANCUR

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm daging salai | hiris nipis dan kecil
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 ulas bawang putih | titik
  • 5 biji cili padi | hiris
  • Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyaka masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng sekejap daging salai. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bawang besar dan bau putih.
  3. Setelah wangi, masukkan hirisan cili padi dan cili benggala, kacau rata dan masukkan cili benggala.
  4. Seterusnya masukkan daging salai dan kacau rata.
  5. Tolakkan ke tepi kali daging salai, kemudian masukkan telur dalam kuali.
  6. Kacau rata seketika, kemudian tolakkan semula daging salai ke tengah Bersama telur pecah.
  7. Kacau rata dan lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan perasa.
  8. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging salai sedia dihidangkan.

4 Variasi Menu Daging Salai Padu Sedapnya.
.

KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:

  • 150gm daging salai | hiris nipis
  • 3 batang Kacang Panjang | hiris
  • 1/2 biji tomato | potong dadu
  • Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
  • 3-4 biji cili padi | hiris
  • Sedikit suhun | celur dan tos
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 biji limau nipis | perah dan ambil jus sahaja
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kacang tanah goreng | kisar kasar

CARA MEMASAK:

  1. Daging salai celur sekejap, angkat dan tos.
  2. Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan hirisan Bersama daging salai, gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, jus limau garam dan gula perang.
  4. Gaul rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan, gaul rata.
  5. Kerabu daging salai sedia dihidangkan.

4 Variasi Menu Daging Salai Padu Sedapnya.
.

AGLIO OLIO DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 paket pasta | rebus dan tos
  • 150gm daging salai | hiris nipis dan kecil
  • 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
  • 1 sudu the mix herbs
  • 1 sudu the serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak zaitun

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan pasta dan cili benggala. Gaul rata.
  4. Perasakan dengan garam, mix herbs dan lada hitam.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan pasta sedia dihidangkan.

4 Variasi Menu Daging Salai Padu Sedapnya.
.

TALAM BERLAUK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit sos cili

BAHAN TUMIS DAGING SALAI:

  • 50gm daging salai | hiris nipis dan kecil
  • 1/2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 ulas bawang merah | cincang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN TABUR:

  • Sedikit hirisan daun sup
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Seddikit bawang goreng
  • Sedikit hirisan cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan tumis daging salai, panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
  2. Campurkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau rata dan masukkan daging salai, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah cukup rasa, ketepikan.
  5. Seterusnya sediakan adunan talam, campurkan tepung gandum, tepung jagung dan santan di dalam blender, kisar hingga rata.
  6. Masukkan dalam periuk, hingga pekat dan berwap.
  7. Tuangkan ¾ adunan dalam Loyang yang dialas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  8. Kukus dalam pengukus yang telah sedia dipanaskan sebelumnya.
  9. Apabila keras sedikit, taburkan tumisan daging salai di atasnya dan tuang lebihan bancuhan tadi, kukus semula hingga masak.
  10. Setelah sejuk, sapukan permukaan talam dengan sos cili, dan taburkan dengan hirisan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.
  11. Potong dan Talam Berlauk sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI