400 Geng Motosikal Yamaha MT09, Serbu Restoran Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat, Johor

Share

Disebabkan cabaran di TikTok Nasi Pakistan No 1 oleh group motor Suzuki, akhirnya geng motosikal Yamaha MT09 terpanggil untuk menyahut cabaran tersebut. Cabarannya adalah untuk berkonvoi dan singgah di kedai makan itu sebagai tanda sokongan.

Melalui salah seorang peserta konvoi itu, Miza Hue, majalah RASA berpeluang mencatatkan momen tersebut. Difahamkan, konvoi ini adalah daripada pelbagai group motor Yamaha MT09 itu sendiri.

“Asalnya konvoi ini hanyalah untuk 20 rider sahaja. Tujuannya pun hanya untuk pergi makan-makan. Namun tak sangka dapat sambutan sehingga 400 biji motosikal dengan 450 peserta,” katanya.

Konvoi motosikal.
Miza Hue dan suaminya.
Penuh gaya!
Miza Hue (kiri sekali) bersama rakan seperjuangan yang mempunyai hobi bermotosikal.

Konvoi dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat, Johor itu berlangsung pada Ahad, 27 November 2022 yang lalu.

Inilah restoran yang menjadi destinasi pilihan peserta konvoi kali ini.

BARYANI LAMBSHANK

Menu paling menarik di restoran Nasi Pakistan No 1, Batu Pahat ialah Baryani Lambshank. Dikatakan menu ini mendapat sambutan paling tinggi di restoran ini. Dimiliki oleh Azrul Hisyam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Arab.

“Ramai peserta konvoi yang makan Baryani Lambshank. Cita rasa manusia berbeza-beza. Ada yang kata biasa-biasa sahaja. Ada yang cakap sedap. Tapi so far, semua yang datang makan di sini berpuas hati dengan makanan yang dihidang,” tambahnya.

Baryani Lambshank.
Lambshank yang menjadi kegemaran pelanggan.

Namun, bukan itu sahaja menu yang ada. Ada banyak lagi pilihan yang boleh dijadikan sajian menjamu selera di Restoran Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat.

Set kambing.
Set ayam.
Set siakap.
Sup tulang merah pun ada.
Nasi putih dan siakap.

Menurut Miza lagi, “Saya sarankan kepada penggemar nasi beriani supaya cuba makan di sini sebab bagi saya sendiri, Baryani Lambshank memang terbaik! Cuma, kalau konvoi ramai-ramai macam kami ni, silalah buat tempahan dengan pemilik restoran seawal mungkin. Ini supaya anda semua tak perlu beratur panjang sangat.”

Pelbagai gaya apabila sudah lapar!
Jemput makan!
Miza berpuas hati dengan menu yang dihidang di Restoran Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat.
Miza bersama pemilik restoran, Arab.

Kredit: Facebook Miza Hue & Facebook Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat

Published by
Maryam Elyas