Ramadan tanpa hidangan nostalgia kala berbuka dan sahur memang tidak lengkap rasanya.Waktu inilah kita mula terkenang keenakan masakan ibu atau terbayang-bayang deretan menu yang selalu disajikan buat sajian berbuka satu keluarga. Satu persatu nostalgia waktu memasak di dapur muncul. Sudah semestinya macam-macam lauk yang mahu kita masak. Belum lagi kuih muih, bubur dan pencuci mulut yang panas dan sejuk mahu dimakan juga. Keseronokan waktu membuat persiapan berbuka mula terbayang-bayang. Kecoh dari dapur hingga ke meja makan.
Kalau anak-anak ramai, pasti macam-macam menu yang diminta. Namun yang pastinya tentu ada dua tiga menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Paling dikenang-kenang bila sudah dewasa dan berumahtangga. Lalu menu itulah yang akan dimasak Kembali sambil mengutip semua kenangan waktu kecil bersama ibu, bapa dan adik beradik. Kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan semua kita ternanti-nanti hadirnya Ramadan.
Mengembalikan nostalgia ini dalam suasana penuh ceria, Rasa Kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA RAMADAN yang akan ditayangkan bermula 12 April 2021 , jam 7.00 malam dari Isnin hingga Jumaat di Astro Prima.
Program memasak Rasa Nostalgia Ramadan kali ini memang istimewa kerana menampilkan lebih 23 selebriti yang memasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat serta tetamu mereka memasak makanan kegemaran yang menjadi nostalgia mereka. Sambil menyediakan hidangan mereka bakal berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini!
Ads
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Saksikan pelbagai celoteh mereka di dapur sambil berkongsi cerita suka duka, ketawa gembira yang menjadi kenangan yang ingin diulang setiap kali datangnya Ramadan. Dengan begitu banyak keseronokan dan warna dalam perbualan, Rasa Nostalgia Ramadan kali ini menggali lebih banyak makanan nostalgia selebriti dan mendedahkan pelbagai aspek kisah dan perjalanan hidup mereka.
Bayangkan bila dua beradik mencuba resipi nostalgia ibu mereka seperti Sharifah Shahira dan Sharifah Sakinah . Bagaimana pula agaknya bila pasangan suami isteri seperti Azad dan Eira Syazira serta Lana Nordin dan suami, Ain Edruce dan Amirul mahu masak cara sendiri. Siapa bakal mengalah. Bagaimana pula agaknya bila ibu dan anak bergabung di dapur. Ayah dan anak. Tentu ada sahaja yang tak kena ya. Ada ke yang tak kenal bahan. Siapa pula lebih hebat. Siapa cepat dan siapa yang lambat buat keje. Tak sabar nak tengok Rosyam Noor memasak dengan anaknya dan Killa Fairy bersama ibunya Rohana Jalil.
Itu belum lagi dua sahabat baik bergabung di dapur. Didi Alias dan Enot, pasti pasti akan bawa macam-macam cerita. Eh CikB dan Dato Sri Vida pun ada. Peh memang meriah dapur dibuatnya. Dan paling best kita akan dapat idea untuk memasak kerana 46 resipi bakal dikongsikan oleh mereka.
Barisan Selebriti Hebat
Inilah barisan artis dan selebriti yang akan menyerikan dapur Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah
Ads
Sh Shahirah & Sh Sakinah, Waris & Ara Johari , Rita Rudaini & Cik Ala , Eira Syazira & Azad Jazmin, Didie Alias & Enot , Ain Edruce & Amirul Hafiz, Lana Nodin & Daud Mckienzie , Mas Idayu & Daini , Ifa Raziah & Aqili , Bella Astillah & Alif Aziz , Norman Hakim & Memey Suhaiza ,Fikry Ibrahim & Cousin, Fizo & Puan Hasnah , Adam Corrie & isteri , Zara Zya & Ibunya, Rahim & isteri, Syafiq Farhain & ibu , Jaafar Onn & Salwa Rosham Nor & Anis, Kilafairy & Rohana Jalil, Atu & Sharif Zero , Cik B & DSV dan DIVA AA
LG PuriCare™️ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™️; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD
Ads
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4 WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah. Perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat malah ia tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Gamat seketika di dalam bilik persediaan apabila sos kari tertumpah ke dalam hidangan yang telah siap disusun kemas. Semuanya terjadi akibat rasa gemuruh dan tangan yang ‘shaking’. Namun, segalanya berbaloi apabila nama Aliff Oslan diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Hilang segala rasa gemuruh dan tidak sangka namanya terpilih ke peringkat separuh akhir.
“Saya memang tak berharap untuk ke peringkat seterusnya kerana ada ramai peserta membawa menu yang lebih menarik. Sejujurnya saya terkejut apabila terpilih ke peringkat yang seterusnya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur,” ujar Aliff Oslan.
Pabila ditanya mengapa berminat untuk sertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S, Aliff akui beliau gemar menghasilkan menu-menu baru yang inovatif sekaligus dapat menambah ilmu dan belajar sesuatu yang baharu.
“Saya memang suka R&D, mengolah menu serta menggabungkan teknik masakan dan menu dari seluruh negara. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengetengahkan menu gabungan masakan Malaysia dan Perancis iaitu Savoury Murtabak Choux Ala BABA’S.
Saya mulakan dengan memilih menu yang sering kita makan dan murtabak adalah pilihan saya. Pada masa yang sama, saya suka buat dessert. Jadi, saya gabungkan choux pastry dengan murtabak dan terhasillah menu ini. Saya cuba untuk kekalkan elemen asli murtabak walaupun hidangan diolah ala Perancis. Alhamdulillah, barisan juri memberi komen yang positif, tambah Aliff lagi.
Adat dalam setiap pertandingan, pastinya setiap peserta mempunyai harapan masing-masing. Begitu juga dengan jejaka berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah IPT. Tipu lah jika tidak berharap untuk berjaya di semi final dan layak ke peringkat akhir.
Saya berharap agar dapat mara ke peringkat akhir kerana mahu buat ibu dan ayah saya bangga. Semuanya bergantung pada rezeki. Semestinya sesiapa yang sertai pertandingan mahu berjaya. Begitu juga dengan saya. Wang kemenangan itu saya akan gunakan untuk menunaikan umrah.
Bukan itu sahaja, wang itu juga saya akan gunakan untuk mewujudkan sebuah ‘pit stop’ untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan serta keperluan pembelajaran sewaktu berada di kolej. Itulah harapan saya.”
SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S
BAHAN-BAHAN (CHOUX PASTRY):
250g air
100gm mentega
Garam
125gm tepung gandum
3 – 4 biji telur gred B
3 tangkai daun kari
Paste Kari BABA’S
CARA MEMASAK:
Panaskan air, mentega dan sedikit garam. Masak sehingga bahan-bahan cair.
Masukkan semua tepung gandum, paste kari dan serbuk daun kari lalu kacau adunan 2-3 minit sehingga sebati menjadi doh.
Masukkan doh ke dalam mesin pengadun bila sedikit sejuk dan pukul adunan sambil masukkan sebiji demi sebiji telur sehingga ia menjadi sedikit lembut dan pekat.
Bila adunan kelihatan pekat dan licin serta tidak terlalu keras, masukkan adunan ke dalam piping bag lalu pipekan di atas loyang yang telah disapu marjerin.
Bakar pada suhu 160C dalam anggaran masa 40 minit sehingga pastry menjadi keperangan dan kembang.
BAHAN-BAHAN (INTI 1):
Daging lembu atau ayam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
Serbuk KARI BABA’S
Serbuk Kurma BABA’S
Gula
Garam
Air
Serbuk kunyit
Telur ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam.
Masukkan telur dan kacau sebati.
BAHAN-BAHAN (INTI 2):
Kentang rebus
Santan
Garam
Susu
Lada putih
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan susu dan santan sehingga mendidih. Ketepikan.
Lenyek kentang bersama bancuhan susu dan santan.
Masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Perasakan dengan lada sulah dan garam.
BAHAN-BAHAN (SOS KARI):
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
Daun kari
Rempah Kari Daging BABA’S
Rempah Kari Ikan BABA’S
Serbuk Cili BABA’S
Air
Jus asam jawa
Santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan bersama bawang dan daun kari.
Masukkan bancuhan serbuk kari. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air dan santan. Masak sehingga mendidih.
BAHAN-BAHAN (JERUK TIMUN DAN BAWANG):
Bawang merah
Timun
Cuka
Gula
Garam
Air
Pewarna merah
CARA MEMASAK:
Hiris bawang dan timun.
Panaskan air, cuka dan campurkan bersama bahan perasa.
Satukan bancuhan dengan bawang dan timun.
Perap seketika sebelum dihidangkan.
CARA PENYEDIAAN SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S:
Gaul inti murtabak bersama bancuhan kentang.
Masukkan inti ke dalam choux pastry.
Siap untuk dihidangkan bersama sos kari dan jeruk bawang dan timun.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Bulan Ramadan disambut dengan penuh kesederhanaan dan tentunya lebih bermakna apabila dapat meraikan bersama insan tersayang. Istimewa dalam Dapur Rasa kali ini menampilkan gandingan Sissy Imann yang telah diberi cabaran untuk menyediakan dua hidangan berbuka kegemaran ayahandanya. Menu-menu ini disediakan dengan penuh keikhlasan dan rasa sayangnya terhadap ayahanda tercinta.
Namun, Sissy Imann tidak keseorangan. Beliau turut dibantu oleh seorang chef yang dikenali ramai iaitu Chef Zam Akmal. Chef Zam juga perlu memasak dua hidangan yang sama seperti Sissy Imann. Tugas ayahanda pula adalah untuk meneka masakan mana satu yang dimasak oleh anaknya. Memang kecoh dibuatnya bila kedua-duanya bergabung. Riuh sekampung!
Sissy Imann dan Chef Zam telah diberi cabaran untuk mencipta dua menu istimewa menggunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan Mentega Anchor. Pastinya hidangan jadi lebih enak apabila menggunakan kedua-dua produk ini.
Memang sempurna kejadian apabila Keju Perfect Italiano Mozzarella diletakkan di dalam Nasi Ayam Sambal Bakar Berkeju dan nasi yang dimasak oleh Chef Zam. Apabila keju mencair, teksturnya menjadi sangat lembut dan mudah ditarik. Cukup sempurna regangannya. Hidangan pula automatik jadi lebih sedap, terasa nikmatnya. Paling penting, keju ini diperbuat daripada 100% keju asli yang berkualiti tinggi dari Australia.
Mentega Anchor pula digunakan untuk resipi Kek Pelangi Butter. Menjadi dan nampak begitu enak. Mana tidaknya, mentega Anchor merupakan 100% mentega tulen dari New Zealand yang berkrim dan kaya. Mentega berwarna kuning keemasan semula jadi ini memberi aroma yang cukup menyelerakan. Diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar yang mempunyai beta kerotin yang tinggi, oleh itu warnanya kekuningan keemasan. Cair di dalam mulut kerana ia adalah produk tenusu yang sebenar.
Dapatkah ayahanda Sissy Imann meneka dengan tepat masakan mana yang dimasak oleh anakandanya? Kalau nak tahu, kena tengok video ini hingga ke penghujung: https://www.youtube.com/watch?v=KxVMTeYHgNQ
Kami kongsikan resipi penuh untuk anda cuba dan rasai sendiri di rumah:
RESIPI SISSY IMANN
NASI AYAM SAMBAL BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih
150gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
Daun pisang
BAHAN AYAM SAMBAL:
400gm dada ayam | direbus & disiat
Sedikit rebusan air ayam
1 batang serai
2 helai daun salam
Garam
Serbuk perasa
Gula
8 biji bawang merah | dikisar
5 biji bawang putih | dikisar
Cili kering | dikisar
1 inci halia |dikisar
Sedikit kunyit |dikisar
Daun bawang
Daun selasih
CARA MEMASAK:
Untuk memasak Ayam Sambal; di atas kuali, tumis bawang merah, bawang putih, cili kering, halia dan kunyit yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Kemudian, masukkan ayam yang telah disiat, garam, serbuk perasa dan gula. Kacau rata.
Masukkan sedikit air rebusan ayam dan masak sehingga sebati dan kuah mengering.
Tambahkan cili padi, hirisan daun bawang dan daun selasih. Gaul sebati. Ayam siap dimasak.
Di atas daun pisang, letakkan nasi secukupnya diikuti ayam sambal tadi. Di atasnya, taburkan Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya.
Bungkus kemas daun pisang dan bakar di atas kuali sehingga keju mencair.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Mentega Anchor Salted
1 cawan gula
2 cawan tepung kek
5 biji telur
¾ cawan susu pekat
Esen vanilla
Ovalette
Pewarna (merah, kuning, hijau, biru)
CARA MEMASAK:
Satukan Mentega Anchor Salted, gula dan ovalette dan pukul hingga kembang atau menjadi warna putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan susu pekat dan kacau rata barulah masukkan tepung kek.
Kemudian, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
Di dalam loyang, masukkan satu senduk adunan setiap warna dan ulang sehingga adunan habis.
Panaskan ketuhar, bakar selama 45 minit pada suhu 130C atau mengikut ketuhar masing-masing.
Siap dan sedia dihidangkan.
RESIPI CHEF ZAM AKMAL
ANCHOR BUTTER RICE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan Beras Basmathi
6 cawan air
100gm Anchor Butter Salted
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
½ sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh chicken powder
1 sudu teh garam
Kismis secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci beras sehingga bersih (rendam beberapa jam)
Panaskan Anchor Butter Salted bersama 3 sekawan. Masukkan halia, bawang putih dan bawang kecil.
Masukkan beras dan bahan lain.
Masukkan ke dalam rice cooker dan masukkan 6 cawan air.
Setelah nasi masak, taburkan daun ketumbar dan kismis.
AYAM SUWIR KEMANGI
BAHAN MEREBUS AYAM:
500gm dada ayam
1 batang serai
1 biji bawang putih
1/2 sudu teh garam
BAHAN KISAR:
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 lada merah
2 inci kunyit
2 ruas halia
5 biji buah keras
Garam secukupnya
BAHAN PELENGKAP:
150gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
5 lembar daun limau
10 biji cili padi
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh gula pasir
2 sudu teh serbuk pati ayam
Daun selasih
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga masak.
Masukkan cebisan ayam dan bahan lain. Masak ikut sesuai citarasa anda.
GUNAKAN DAUN PISANG:
Letakkan Butter rice dan ayam Bersama taburan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan bakar di atas pan beberapa minit setiap bahagian.
Sedia dihidang panas-panas.
KEK BUTTER PELANGI
BAHAN-BAHAN:
250g /2 cawan tepung naik sendiri
200g /1 cawan gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
250gm Anchor Butter -Unsalted
4 biji telur (saiz A atau B)
1 sudu kecil esen vanila
80ml / 1/3 cawan susu penuh krim
CARA MEMASAK:
Ayak tepung naik sendiri, serbuk penaik dan garam (untuk mentega yang tidak bergaram). Kemudian gaul bahan-bahan tadi dengan sudu atau whisk supaya bergaul sekata.
Masukkan butter (pastikan butter telah lembut) dan gula kastor dalam mixer dan putar sehingga kembang atau kuning pucat.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar sehingga kembang sebati.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan adunan kering berselang seli dengan susu full cream sampai habis.
Kacau dengan tangan sehingga sebati untuk elakkan terlebih mengadun.
Gris permukaan loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
Tuang kesemua adunan dalam loyang, ratakan bahagian permukaan dan hentak 2-3 kali untuk mengelakkan gelembung/ rongga besar dalam kek.
Semangat dan tekad untuk menimba ilmu baru dan mencabar diri demi sebuah pengalaman yang tidak pernah dirasai, menjadi pendorong kepada Nurazimah Binti Ahmad Afandi untuk menyertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’Sini.
Berbekalkan sebuah resipi kegemaran keluarga, Nurazimah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Long memberanikan diri menghantar penyertaan di laman web RASA.
Nah, betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia bukanlah siapa-siapa. Bukan seorang chef terkenal, bukan juga tukang masak handalan restoran ternama, tapi keenakan hidangan yang disajikan air tangan seorang ibu yang mengusahakan perniagaan Sambal Hitam Bentong secara kecil-kecilan ini berjaya memikat hati para juri.
Teruja dan berasa sangat bertuah. Itulah rasa yang dapat Kak Long luahkan bila dapat masuk pertandingan ini kerana semua peserta yang hadir hebat-hebat belaka. Malah hidangan mereka semua sangat menarik.
Semasa sesi penjurian dijalankan, perasaan gementar tu memang Kak Long tak boleh nak sorok. Maklumlah ini kali pertama Kak Long mengikuti pertandingan memasak yang diadilli juri profesional dan kelilingi jurugambar. Terima kasih kepada para krew yang ada pada hari acara tersebut kerana semuanya sangat membantu dan sentiasa memberikan kata-kata positif.
Guna dua jenis rempah iaitu Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S dan Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’Sadalah rahsia keenakan hidangan Shell Out Kasih BABA’S. Ditambah dengan penggunaan gula melaka menjadikan lebih rasa yang lebih unik dan sedap.
“Menu ini adalah rekaan Kak Long sendiri yang asalnya dimasak untuk keluarga tersayang. Ia merupakan juadah kegemaran suami serta anak-anak dan sebab itu Kak Long ingin berkongsi hidangan kegemaran keluarga ini kepada semua.
Sekiranya ada rezeki menjadi Top 4, Kak Long akan buat yang terbaik untuk berjaya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk tunjukkan kepada anak-anak bahawasanya ibu mereka ini seorang yang kuat semangat dalam usaha untuk beroleh sesuatu kejayaan. Malah Kak Long juga berimpian untuk memajukan lagi perniagaan Sambal Hitam Kak Long Bentong supaya lebih dikenali”, ujarnya dengan penuh bermakna.
SHELL OUT KASIH BABA’S
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam
1/2kg udang
5 ekor sotong
1/2 lala
2 ekor udang lobster
BAHAN-BAHAN TUMIS:
3 biji bawang merah (*)
5 biji bawang putih (*)
1 inci halia (*)
3 sudu lada kering kisar (*)
20gm udang kering (*)
1 paket kecil Serbuk Cili BABA’S
1 paket kecil Serbuk Kari Ikan BABA’S
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 1/2 cawan air rebusan makanan laut
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1 biji brokoli yang telah dicelur
CARA MEMASAK:
Bersihkan semua makanan laut dan rebus hingga masak. Ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda (*) dan tumis sehingga garing.
Setelah garing, masukkan Serbuk Cili BABA’S dan Serbuk Kari Ikan BABA’S bersama air rebusan makanan laut tadi.
Kacau bahan tumis sehingga pecah minyak dan barulah masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan sedikit penambah perasa. Sebatikan.
Setelah sos masak, masukkan makanan laut yang telah direbus tadi bersama-sama dengan brokoli yang telah dicelur.
Gaul rata hingga bersalut semuanya.
Shell Out Kasih BABA’S sedia untuk dihidangkan.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.