46 Artis & Selebriti Meriahkan Rancangan Memasak Rasa Nostalgia Ramadan

Share

Ramadan tanpa hidangan nostalgia kala berbuka dan sahur memang tidak lengkap rasanya.Waktu inilah kita mula terkenang keenakan masakan ibu atau terbayang-bayang deretan menu yang selalu disajikan buat sajian berbuka satu keluarga. Satu persatu nostalgia waktu memasak di dapur muncul. Sudah semestinya macam-macam lauk yang mahu kita masak. Belum lagi kuih muih, bubur dan pencuci mulut yang panas dan sejuk mahu dimakan juga. Keseronokan  waktu membuat persiapan berbuka mula terbayang-bayang.  Kecoh dari dapur hingga ke meja makan.

Kalau anak-anak ramai, pasti macam-macam menu yang diminta. Namun yang pastinya tentu ada dua tiga menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Paling dikenang-kenang bila sudah dewasa dan berumahtangga. Lalu menu itulah yang akan dimasak Kembali sambil mengutip semua kenangan waktu kecil bersama ibu, bapa dan adik beradik. Kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan semua kita ternanti-nanti hadirnya Ramadan.

Mengembalikan nostalgia ini dalam suasana penuh ceria, Rasa Kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA RAMADAN yang akan ditayangkan bermula 12 April 2021 , jam 7.00 malam dari Isnin hingga Jumaat  di Astro Prima.

Program memasak Rasa Nostalgia Ramadan kali ini memang istimewa kerana menampilkan lebih 23 selebriti  yang memasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat  serta tetamu mereka memasak makanan kegemaran yang menjadi nostalgia mereka.  Sambil menyediakan hidangan mereka bakal berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini!

Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria

Saksikan pelbagai celoteh mereka di dapur sambil  berkongsi cerita suka duka, ketawa gembira yang menjadi kenangan yang ingin diulang setiap kali datangnya Ramadan. Dengan begitu banyak keseronokan dan warna dalam perbualan, Rasa Nostalgia Ramadan kali ini  menggali lebih banyak makanan nostalgia selebriti dan mendedahkan pelbagai aspek kisah dan perjalanan hidup mereka.

Bayangkan bila dua beradik mencuba resipi nostalgia ibu mereka seperti Sharifah Shahira dan Sharifah Sakinah .  Bagaimana pula agaknya  bila pasangan suami isteri seperti Azad dan Eira Syazira serta Lana Nordin dan suami, Ain Edruce dan Amirul mahu masak cara sendiri.  Siapa bakal mengalah. Bagaimana pula agaknya  bila ibu dan anak bergabung di dapur. Ayah dan anak. Tentu ada sahaja yang tak kena ya. Ada ke yang tak kenal bahan. Siapa pula lebih hebat. Siapa cepat dan siapa yang lambat buat keje. Tak sabar nak tengok Rosyam Noor memasak dengan anaknya dan Killa Fairy bersama ibunya Rohana Jalil.

Itu belum lagi dua sahabat baik bergabung di dapur. Didi Alias dan Enot, pasti pasti akan bawa macam-macam cerita. Eh CikB dan Dato Sri Vida pun ada. Peh memang meriah dapur dibuatnya. Dan paling best kita akan dapat idea untuk memasak kerana 46 resipi bakal dikongsikan oleh mereka.

Barisan Selebriti Hebat

Inilah barisan artis dan selebriti yang akan menyerikan dapur Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah

Sh Shahirah & Sh Sakinah, Waris & Ara Johari , Rita Rudaini & Cik Ala , Eira Syazira & Azad Jazmin, Didie Alias & Enot , Ain Edruce & Amirul Hafiz, Lana Nodin & Daud Mckienzie , Mas Idayu & Daini , Ifa Raziah & Aqili , Bella Astillah & Alif Aziz , Norman Hakim & Memey Suhaiza  ,Fikry Ibrahim & Cousin, Fizo & Puan Hasnah , Adam Corrie & isteri , Zara Zya & Ibunya,  Rahim & isteri,  Syafiq Farhain & ibu , Jaafar Onn & Salwa  Rosham Nor & Anis, Kilafairy & Rohana Jalil, Atu & Sharif Zero , Cik B & DSV dan  DIVA AA

LG PuriCare™️ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti

Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™️; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD

Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4 WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah. Perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat malah ia tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.  

Published by
Team Rasa