Menu sayur campur memang tak pernah mengecewakan. Samada dicampur dengan daging atau makanan lauk atau digoreng bersama cendawan lagilah bertambah sedap rasanya.
Menu sayur kalau nak masak kena kreatif biar Nampak ada warna sikit. Jangan goreng lama sangat pulak, hilang pulak khasiatnya. Ni min kongsikan lima aneka menu sayur campur untuk uolz.
CARA MEMASAK :
1.Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan. 2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang. 3. Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air. 4. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak sekejap. 5. Masukkan terung goreng. Kacau rata tabur Maggi Cukup Rasa keatasnya. Kacau sebati Tutup api dan siap!
2. ASPARAGUS SOS TIRAM
.
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
4 biji cili padi merah, dititik
4 biji cili padi hijau, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil1 asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian lembut. 2. Kemudian letak bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut. 3. Kemudian kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang anda inginkan. Cuci dan toskan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum, masukkan sos tiram dan udang. Kacau rata.
5. Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa. 6. Masak hingga asparagus lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 7. Hidangkan panas bersama nasi hangat.
3, BROKOLI + CENDAWAN SOS TIRAM
.
BAHAN-BAHAN :
4 jejari ketam (dipotong)
250 gm brokoli
1/2 biji lada benggala
1 tin cendawan butang
2 ulas bawang putih (dimayang)
2 ulas bawang merah (dimayang) 3 sudu besar sos tiram (dicairkan dengan ¼ cawan air)
Minyak (untuk menumis)
Garam secukup rasa
Lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan brokoli dan celur. Potong lada benggala dan celur. Toskan cendawan butang.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga garing. Kemudian masukkan jejari ketam dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan cendawan butang.
3. Akhir sekali masukkan brokoli serta lada benggala dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada sulah. 4. Biarkan ia seketika di atas api. Angkat dan hidangkan.
4. LEMAK CILI API DAN KACANG PANJANG
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg perut yang siap direbus – hiris ikut suka
5 batang kacang pancang – potong serong
1 batang lobak merah – potong ikut suka
1 batang serai – dititik
200ml air
200ml santan pekat
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm kunyit hidup
1 genggam udang kering – direndam hingga lembut
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan serai diikuti dengan perut dan lobak merah. Gaul sebati.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih atau sehingga perut menjadi benar-benar lembut.
4. Masukkan kacang panjang dan biarkan sehingga berubah warna menjadi hijau tua..
5. Tuangkan santan pekat, diikuti dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau sekali sekala supaya tidak pecah santan.
7. Apabila kuah mula mendidih, padamkan api dapur.
5. SAYUR CAMPUR ALA CINA
Ads
.
BAHAN-BAHAN : 50gm bunga kubis.
5 ulas kacang buncis.
1 biji lada benggala – dipotong dadu.
2 biji lobak merah – dipotong nipis.
5 ulas bawang putih – dikisar.
2 sudu besar sos tiram.
sedikit stok ayam.
50ml air.
2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.
2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).
10gm bawang merah – digoreng (untuk hiasan).
CARA MEMASAK : 1.Panaskan kuali , masukkan minyak dan tumis bawang putih 2.Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
3.Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4.Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5.Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.
Sumber ; FB Ilham Resepi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tidak perlu pening jika stok serbuk kari habis sebab mudah sahaja untuk buat rempah kari ikan sendiri. Kita boleh ubah resipi ikut selera sendiri bila buat rempah kari sendiri seperti lebihkan cili jika ingin pedas atau lebihkan kunyit untuk warna yang lebih terang.
REMPAH KARI IKAN
BAHAN-BAHAN:
10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
CARA MENYEDIAKANNYA:
Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
Sedia untuk dibuat kari .
INFO:
Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.
Menjadi rutin bagi ibu-ibu terutamanya yang berkerjaya untuk mencari seleksi resipi yang mudah dan cepat masak. Paling penting ia sedap serta digemari suami serta anak-anak.
Masakan rakyat Malaysia banyak menggunakan kicap dan sos. Ayam Masak Kicap, Daging Dendeng, Nasi Ayam, Mi Goreng Mamak, Char Kuetiau, Sizzling Yee Meedan Nasi Goreng adalah antara sajian popular dan menduduki carta teratas dalam senarai menu kegemaran ramai.
Terdapat pelbagai pilihan rangkaian jenama kicap dan sos di pasaran. Tapi tahukah anda jenama mana yang halal dan 100% dimiliki bumiputera? Rangkaian produk Jalen adalah jawapannya.
SEJARAH JALEN
Jalen Sdn. Bhd. mula menyertai industri kicap pada tahun 1981. Dikenali sebagai Jalil Enterprise, perniagaan ini beroperasi di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hanya dengan 40 orang pekerja sahaja.
Produk permulaan hanyalah Kicap Manis, Kicap Masin, Sos Cili A, Sos Cili B dan Sos Tomato yang diedarkan ke kedai-kedai runcit.
Masa silih berganti dan syarikat Jalil Enterprise semakin dikenali ramai. Maka pada tahun 1990, nama perniagaan telah ditukar kepada Jalen Sdn. Bhd. untuk memenuhi keperluan entiti perniagaan yang lebih besar dan lebih maju.
Tahun itu juga menyaksikan penguasaan pasaran Jalen dimana kilang telah berpindah ke lokasi yang lebih luas di Kempas Lama. Sejak itu Jalen terus berkembang dengan lebih pesat dengan penambahan beberapa produk baharu seperti cuka, taucho dan sos tiram.
Kini Jalen berdiri megah dan bangga dengan barisan produk kicap (kicap manis, kicap, kicap berkualiti premium, kicap masin dan kicap masin), produk sos ( sos cili, sos tomato, sos tiram, sos lada hitam, sos cili thai, dan sos cili bawang putih) serta kordial berperisa seperti Sarsi, Mangga, Oren, Barli, Laici, Mawar, dan Anggur yang memenuhi rak pasar raya besar ternama di seluruh Malaysia bahkan menembusi pasaran luar negara seperti Singapura, Brunei, Mauritius dan Maldives.
SELEKSI PRODUK TERBAIK
Jalen menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik yang sesuai digunakan rakyat Malaysia di semua peringkat. Antara pilihan produk Jalen yang menjadi pilihan para suri rumah di Malaysia adalah: • Jalen Kicap Manis • Jalen Kicap Lemak • Kicap Lemak Manis (Premium Soy Sauce) • Jalen Kicap Pekat • Jalen Sos Cili • Jalen Sos Tiram
Malah Jalen juga mengeluarkan produk terbaharu iaitu Jalen Kicap Istimewa, Jalen Sos Cili Bawang Putih dan juga seleksi Minuman Sedia Minum (ready to drink) yang tentunya membantu para ibu menyediakan sajian enak persis air tangan chef ternama dengan lebih mudah dan cepat.
Tidak perlu berasa ragu untuk menggunakan produk Jalen setiap hari dalam masakan anda kerana kesemua produk Jalen adalah: • Halal • Diperbuat daripada bahan organik • Mudah didapati • Memiliki jangka hayat yang panjang
Masak apa pun pasti enak dengan Jalen. Istimewa buat anda, RASA ingin berkongsi seleksi resipi sedap, mudah dan cepat masak yang boleh dihasilkan menggunakan seleksi produk Jalen. Cubalah. Pasti anda dan keluarga sukakannya.
1. DAGING GULAI KICAP BAHAN-BAHAN:
• 2kg daging
• 2 biji bawang besar | dihiris
• 20 sudu makan Jalen Kicap Lemak Manis
• 2 sudu makan Jalen Sos Cili
• 2 susu makan Jalen Sos Tiram
• 4 gelas air
• Garam dan gula secukup rasa
• Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
• 24 biji bawang merah
• 12 ulas bawang putih
• 8cm halia
• 30 tangkai cili kering
BAHAN TUMIS:
• 2 batang kulit kayu manis
• 6 kuntum bunga lawing
• 6 kuntum bunga cengkih
• 8 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan daging, Jalen Sos Cili dan Jalen Sos Tiram. Gaul sebati.
4. Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan Jalen Kicap Lemak Manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
5. Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan dikala berbuka.
2. DAGING GORENG REMPAH KERING BAHAN-BAHAN:
• 1kg daging – hiris nipis
• 1 biji bawang Holland – hiris bulat
• 1 batang seleri – hiris serong
• 3 tangkai daun kari – lurutkan dari tangkai
• 2 sudu makan rempah kari daging
• 2 sudu makan Jalen Kicap Manis
• 1 sudu makan Jalen Sos Cili
• 1 sudu teh serbuk kunyit
• Garam secukup rasa
• 1 sudu makan yogurt
• 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
• 1 batang kulit kayu manis
• 3 kuntum bunya lawang
• 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
• 6 ulas bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 3 cm halia
• 2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis, daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari. Kacau rata hingga timbul minyak.
3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu dan empuk.
4. Apabila daging layu masukkan yogurt, Jalen Kicap Manis, Jalen Sos Cili, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
5. Apabila air daging kering, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas.
3. DAGING KICAP PEDAS BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging batang pinang
1 biji bawang besar – hiris
5 ulas bawang putih – diketuk
1 inci halia – dititik
2 sudu besar cili kering kisar
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 keping kulit kayu manis
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk
1 sudu kecil serbuk rempah sup
2 sudu besar Jalen Sos Tiram
2 sudu besar Jalen Kicap Manis
2 sudu makan Jalen Sos Cili
Sedikit hirisan daun bawang
1 biji tomato – buang biji
10 biji cili padi
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging dicuci bersih, hiris nipis. Perap bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng kilas daging dalam minyak yang betul-betul panas sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan guna kuali yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan rempah sup. Masak guna api perlahan.
5. Seterusnya masukkan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak.
6. Masukkan daging yang telah digoreng dan juga serbuk lada hitam. Gaul sebati.
7. Kemudian masukkan Jalen Sos Tiram Jalen, sedikit air, Jalen Kicap Manis, Jalen Sos Cili dan cili padi. Renihkan selama 20 minit.
8. Sekiranya kuah kurang pekat, boleh tambah sedikit lagi Jalen Sos Tiram dan juga Jalen Kicap Manis.
9. Akhir sekali masukkan daun bawang dan hirisan tomato. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
4. SEMUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
• 800gm daging batang pinang – hiris nipis
• 6 ulas bawang merah – hiris
• 1 helai daun salam
• 2 biji cili merah – hiris
• 1/2 cawan Jalen Kicap Manis
• 1/2 sudu makan Jalen Kicap Pekat
• 1/2 cawan minyak masak
• 1/2 sudu makan gula
• Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
• 1 1/2 sudu teh lada hitam
• 1 sudu teh jintan manis
• 1 sudu teh jintan putih
• 3 kuntum bunga cengkih
• 1 batang kulit kayu manis
• 4 biji buah pelaga
• 6 ulas bawang putih
• 4cm halia
CARA MEMASAK:
1. Perap bahan kisar dengan daging selama sejam.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah untuk dijadikan bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dan goreng daging sehingga airnya betul-betul keluar.
4. Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk.
5. Masukkan Jalen Kicap Manis, Jalen Kicap Pekat, gula dan garam. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan sedikit air.
7. Kuantiti air bergantung kepada kelikatan kuah yang anda suka.
CARA MEMASAK:
1. Masak air sampai menggelegak, masukkan daging. Rebus dalam 30 minit.
2. Keluarkan daging, hiris nipis dan tumbuk. Air rebusan daging jangan dibuang.
3. Gaulkan daging dengan ½ cawan Jalen Kicap Manis dan juga 2 sudu makan Jalen Kicap Pekat. Perap dalam 15 minit.
4. Goreng daging yang telah diperap tadi. Jangan garing. Hanya goreng sekejap sahaja. Angkat dan ketepikan.
5. Goreng separuh garing semua bahan A dan ketepikan.
6. Panaskan minyak, masukkan serai, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sekejap.
7. Masukkan semua bahan tumis yang dikisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.
8. Masukkan daging, kacau. Seterusnya masukkan juga air rebusan daging. Jumlahnya agak-agak dalam semanguk. Tujuannya untuk renehkan daging.
9. Masukkan daun limau purut dan asam keping.
10. Tambahkan Jalen Kicap Manis dan Jalen Kicap Pekat dengan secukupnya. Jangan banyak. Tuang sedikit demi sedikit sambil dirasa. Bimbang terlebih masin.
11. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
12. Masukkan bahan goreng (bahan A) dan masak sehingga daging betul-betul sebati dengan bahan lain.
13. Jika suda Daging Dendeng yang berkuah, jangan masak hingga pekat.
14. Perasakan jika perlu. Tidak perlu letak garam kerana kicap sudah memberikan rasa masin.
15. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
6. DAGING MASAK HITAM BAHAN-BAHAN:
• ½ kg daging – hiris
• 1 biji tomato – kisar
• 4 sudu makan Jalen Kicap Manis
• 4 sudu makan Jalen Kicap Lemak
• 2 sudu makan Jalen Kicap Pekat
• Gula melaka secukupnya
• Sedikit santan pekat
BAHAN TUMIS:
• 2 helai daun pandan
• 1 batang serai
• Rempah 4 sekawan
• Sedikit daun kari
• Minyak masak
BAHAN KISAR:
• 1 biji bawang besar
• 3-4 biji bawang merah
• 2-3 ulas bawang putih
• 1 batang serai
• 1cm lengkuas
• 2cm halia
BAHAN SANGAI & KISAR KERING:
• 1 sudu teh biji ketumbar
• ½ sudu teh jintan manis
• ½ sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis daun pandan, serai, dau kari dan rempah 4 sekawan terlebih dahulu.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Kalau suka pedas,boleh tambah cili kisar sekali.
3. Kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak.
4. Sementara tu sangai Ketumbar, Jintan manis dan Jintan putih. Guna api perlahan jangan sampai hangus. Bila warna sedikit gelap, tutup api.
5. Kisar kering bahan sangai tadi. Boleh juga guna rempah serbuk tapi lagi sedap guna rempah biji.
6. Kisar sebiji buah tomato. Bijinya buang terlebih dahulu.
7. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak, masukkan bahan sangai dan tomato kisar.
8. Perap hirisan daging dengan Jalen Kicap Manis dan Jalen Kicap Lemak. Sukatan kicap sampai agak tenggelam separuh daging. Biarkan minimum selama 30 minit. Kemudian masukkan daging dalam bahan tumis tadi.
9. Masukkan 2 sudu besar Jalen Kicap Pekat.
10. Masak sampai daging empuk. Guna api kecil sahaja.
11. Kemudian masukkan gula melaka dengan secukupnya. Jangan banyak kerana sudah guna kicap manis.
12. Bila daging sudah betul-betul empuk, akhir sekali letak sedikit santan pekat untuk memberikan rasa lemak pada kuah. Kacau sebati dan tutup api. Siap.
Sekarang ni ramai yang work from home. Walaupun work from home, tak semestinya kita ada banyak masa nak memasak, kan? Bekerja dari rumah kadangkala lebih sibuk sebab kena uruskan juga anak-anak terutama kalau anak masih kecil.
Salah satu tip untuk memasak lauk yang simple dan cepat, carilah lauk yang tak menggunakan banyak bahan. Misalnya lauk kentang bilis berlada ni. Ringkas sungguh. Nak membuatnya pun senang.
Kentang boleh mengenyangkan. Manakala ikan bilis pula cukup rasa masinnya. APabila dimasak bersama cili yang ditumis garing, memang sangat sedap.
Cubalah, mesti puas hati.
KENTANG DAN BILIS BERLADA
Nampak sedap, kan?
BAHAN-BAHAN
100 gram ikan bilis (digoreng garing) BELI DI SINI
3 biji ubi kentang (dipotong baji dan digoreng)
3 sudu makan minyak masak (untuk menumis)
1/2 sudu teh garam (BELI DI SINI)
100 gram cili merah (dikisar)
50 gram cili padi merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar) (BELI DI SINI)
1 helai limau purut (dikisar)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.