5 Bahan Ini Boleh Dijadikan ‘Smoothie’, Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi .

Share

Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan.

Kredit foto: greenbelttp.com

Tapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.

Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.

1. NENAS


Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.

2. JUS OREN


Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.

3. KULIT KAYU MANIS


Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.

4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)


Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.

5. MADU


Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…

RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan kecil nenas dipotong dadu
  • 1 cawan ‘rolled’ oats (empingan oat yang sudah digelek dan belum dimasak)
  • 2 cawan air
  • 1 gelas jus oren
  • 1 batang kulit kayu manis
    1 sudu teh madu semulajadi (mentah)

CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat.
2. Biarkan oat sejuk
3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit

Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.

MAHU MENCARI MESIN PEMERAH JUS UNTUK MEMBUAT SMOOTHIE, JOM LAYARI DI SINI, BANYAK TAWARAN DAN PILIHAN MENARIK MENANTI ANDA. 

ANDA JUGA BOLEH MENCARI PILIHAN PENGISAR ATAU BLENDER DI SINI, PILIH AJA YANG BERKENAN DI HATI.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

ATAU JUGA RESIPI INI:

 

Published by
Faridah Talib