Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran. Pun begitu, ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ranggup, kadang lemau atau kurang sedap. Apa kata untuk rasa yang sedap, ranggup anda cuba buat sendiri berpandukan tip cara membuat Kacang Salut Tepung RASA kongsikan ini:-

Cara Buat Kacang Salut Tepung Paling Mudah & Sedap.

Guna Kacang Tanah Yang Telah Dikupas:
Pilihan terbaik adalah kacang tanah yang telah dikupas kulit arinya. Selain memudahkan kerja, ia lebih sedap. Jika sukar cari kacang tanah yang telah dibuang kulit ari, beli sahaja kacang biasa kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian kupas kulit ari hingga bersih.

Ads

Cara Buat Kacang Salut Tepung Paling Mudah & Sedap.

Goreng Sangai ¾ Masak:
Goreng sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah supaya teksturnya lebih rangup dan bangkit aromanya. Semasa menggoreng sangai, anda perlu sentiasa mengacaunya supaya tidak hangus. Goreng ¾ masak sahaja kemudian sejukkannya.

Campurkan Kacang Tanah Dengan Telur Serta Ramuan Lain:
Gaulkan kacang tanah yang telah digoreng sangai dengan campuran telur dan ramuan (bawang putih yang telah dikisar halus, sedikit gula halus dan garam). Pastikan semua kacang disaluti dengan campuran telur tadi.

Cara Buat Kacang Salut Tepung Paling Mudah & Sedap.

Ads

Salut Kacang Tanah Dengan Tepung Gandum dan Tepung Ubi Kayu:
Keenakan Kacang Tanah Salut Tepung bergantung pada kerangupan lapisan tepung yang menyaluti kacang tanah. Untuk mendapatkan kerangupan itu anda perlu campurkan tepung gandum dengan tepung Ubi Kayu dengan nisbah 4:1. Pastikan salutan juga salutan itu nipis untuk memastikan kerangupannya. Caranya masukkan kacang tanah yang digaul rata dengan bahan perencah sedikit demi sedikit ke dalam aduanan tepung gaul dengan tangan supaya salutan tepung merata dengan elok Kemudian ambil kacang menggnakan penapis jarang dan ketuk-ketuk penapis untuk membuang lebihan tepung.

Goreng Dengan Api  Sederhana kecil:
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana kecil. Pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya kacang terendam sepenuhnya dalam minyak. Goreng hingga kulit luar kacang menjadi coklat muda. Segera angkat dan toskan minyAK, setelah sejuk kacang sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

Ads

Cara Buat Kacang Salut Tepung Paling Mudah & Sedap.

KACANG TANAH SALUT TEPUNG:
BAHAN-BAHAN:

  • 600gm kacang tanah | kupas, sangai, biarkan dingin dulu
  • 2 biji telur
  • 4 sudu makan  | margerin yang dicairkan
  • 150gm gula halus
  • 6 ulas  bawang putih | dikisar
  • 1/2 sudu teh  garam
  • 400gm  tepung gandum
  • 100 tepung ubi
  • minyak goreng
    CARA MEMASAK:
  1. Campurkan telur, margerin, bawang putih, gula halus dan garam , kacau rata.
  2. Tuangkan 2 sudu makan  adunan telur ke dalam kacang, gaul hingga rata.
  3. Tuangkan ke dalam bekas  campuran tepung gandum dan tepung ubi.  gaul gunakan rata dan pastikan ia tidak melekat.
  4. Tuang pula dalam bekas jarang dan ayak supaya lebihan tepung jatuh ke bawah.
  5. Lakukan proses yang sama hingga kacang habis.
  6. Goreng dalam minyak panas di atas api sderhana hingga warna kecoklatan.
  7. Angkat dan toskan minyak, setelah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI