5 Cara Elak Kek Melekat Pada Acuan.

Share

Anda yang baru berjinak-jinak untuk baking dan pernah membuat kek dan menghadapi masalah kek yang dihasilkan cantik  gebu tapi sayang kek lekat pada acuan. Aduhaiiii tak cantik bila dikeluarkan dari loyang cacat di sekeliling kek disebabkan melekat pada acuan atau loyang pembakar. Agar perkara ini tidak berulang, cuba anda baca tip untuk mengelakkan kek dari melekat acuan.

Acuan Mesti Kering dan Bersih.

Acuan atau loyang pembakar kek  penyumbang kepada hasil kek yang sukses. Oleh itu anda harus pastikan acuan yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan kering. Sedikit kotaran dan titisan air akan mempengaruhi hasil kek yang dibakar atau dikukus. Antara masalah akan timbul adalah kek sukar dikeluarkan dari acuan.

Oles  Bahagian Dalam Loyang Dengan Margarin Atau Cooking Spray.

Cara ini biasa digunakan oleh kebanyakan bakers. Menggunakan dua bahan ini mampu melicinkan permukaan acuan atau loyang. Derngan cara ini kek mudah dikeluarkan walaupun baru dikeluar dari ketuhar. Harus diigat jangan oleskan margerin atau semburkan cooking spray terlalu banyak, kerana ia akan mempengaruhi rasa kek yang anda hasilkan.

Lapis Acuan Dengan Kertas Baking

Anda juga boleh menggunakan kertas baking untuk melapisi dasar acuan dan bahagian tepinya sekali sebelum anda memasukkan adunan kek di dalamnya. Cara ini juga akan memastikan kek lebih mudah dikeluar dari acuan loyang pembakar mereka.

Gunakan Acuan Atau Loyang Tidak Melekat

Cara ini paling praktis dan mudah. Kerana acuan atau loyang  anti lekat mempunyai permukaan yang tidak melekat dan mudah dikeluarkan bahan yang diisi di dalamnya, namun harga sedikit mahal berbanding acuan atau loyang biasa.

Sejukkan Kek Sebelum Dikeluarkan Dari Acuan

Bila kek sudah masak, anda harus sabar. Jangan terus keluarkan kek dari acuan kerana kek mungkin lekat kerana waktu ini kandungan mentega dalam kek masih panas ini menyebabkan tekstur kek sangat lembut semasa panas. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik supaya kek lebih padat sedikit dan mudah dikeluarkan dari acuan. Gunakan pisau untuk melonggarkan sekeliling acuan agar kek lebih mudah dikeluarkan.

 

Published by
Norasida Myasin