5 Cara Elak Minyak Masak Jadi Hitam Selepas Guna

Share

Sudahlah harga minyak masak mahal, kemudian baru sekali dua guna untuk menggoreng warna minyak dah hitam. Tak boleh guna lagi, jawabnya terpaksalah buang, terasa rugi. Jika minyak yang telah digunakan berwarna hitam ia bukan hanya merubah aroma minyak tetapi paling bahaya boleh mengundang penyakit walaupun baru sekali atau dua menggunakannya.

Tapi jangan bimbang, ini ada tip boleh dipraktikkan untuk mengatasi minyak goreng dari cepat bertukar warna hitam.

Api tidak terlalu panas
Api yang terlalu panas menjadikan minyak cepat panas dan bertukar warna coklat dan jika digunakan lebih dari sekali bertukar menjadi hitam. Makanan juga menjadi terlalu berminyak dan garing di luar tetapi masih mentah di dalam. Suhu sesuai untuk menggoreng secara deep-fry adalah 180 celsius.

Selepas guna tapis minyak
Selepas angkat makanan yang digoreng, pastikan sisa tepung atau makanan terlerai dalam minyak dibuang atau diasingkan. Ini kerana sisa ini boleh menyebabkan minyak cepat menjadi hitam. Tapis minyak yang telah digunakan untuk menggoreng supaya tidak ada sisa goreng dalam minyak yanag anda simpan.

Simpan minyak dengan cara yang betul
Walaupun tidak digunakan, minyak masak juga boleh berubah menjadi hitam jika tidak disimpan dengan baik. Oleh itu elakkan simpan minyak yang dari terdedah pada cahaya atau dekat dengan sumber panas. Dua perkara ini boleh meenyebabkan minyak menjadi hitam.

Asingkan minyak
Jika perlu simpan minyak yang telah digunakan, jangan campurkan dengan bekas simpanan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng makanan lain sebelumnya . Ia untuk mengelakkan pertindihan rasa . Contoh minyak yang telah digunakan menggoreng ikan tidak boleh dicampurkan dengan minyak menggoreng cucur.

Elak guna minyak berulang
Penggunaan minyak tidak boleh lebih dari tiga kali. Ada beberapa cara untuk pastikan minyak yang disimpan tidak boleh digunakan lagi. Jika minyak yang disimpan berbau tengik dan berbuih itu tandanya, tidak boleh lagi digunakan.

Published by
Norasida Myasin