Hidangan daging memang enak. Tapi jika silap gaya, liat. Bergoyang gigi dibuatnya. Tekstuirnya tidak seperti isi ayam yang lebih lembut dan cepat untuk dimasak. Usah risau, ada petua yang boleh dicuba. Berikut ada 5 cara yang anda boleh cuba untuk pastikan daging yang anda masak lembut dengan cepat serta tidak keras setelah dimasak.
1. Rebus Terlebih Dahulu
Ads
Kaedah ni paling ‘basic’. Mak-mak kita dulu pun bila nak goreng daging, mesti mereka akan rebus daging terlebih dahulu. Setelah empuk, barulah akan digoreng dan sebagainya. Sewaktu merebus daging , ada juga pelbagai bahan yang dicampur supaya daging dapat lembut dengan cepat. Antaranya ialah dengan rebus daging bersama dengan sudu stainless stell, daun pisang abu, daun nangka, tebu, batang ubi kayu, buah pinang tua dan sebagainya. Memang berkesan.
2. Hiris Nipis
Jika anda kesuntukan masa untuk rebus daging tetapi perlu juga masak. Boleh guna kaedah ni. Hiris daging nipis-nipis secara melintang urat. Kemudian masaklah seperti biasa. Anda juga perlu buang segala lemak dan urat yang ada. Barulah daging tidak terlalu liat dan enak untuk dinikmati.
3. Ketuk Daging
Ads
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengetuk daging atau meat tenderizer. Caranya ialah dengan mengetuk daging agar otot-otot yang yang keras menjadi lebih lembut apabila dimasak.
4. Perap Sebelum Masak
Anda juga boleh menggunakan teknik perapan untuk melembutkan daging tetapi kaedah ini memerlukan anda menyiapkannya dengan lebih awal. Caranya mudah sahaja. Perap daging menggunakan bahan-bahan berasid seperti jus limau, lemon, cuka atau jus nanas antara 2-24 jam. Bahan-bahan ini mampu melembutkan daging secara semulajadi bahkan menjadikan daging lebih enak apabila dimasak.
Ads
5. Guna Periuk Tekanan
Cara paling mudah! Jika anda ada periuk tekanan atau ‘pressure cooker’, gunakan sahaja. Lagi jimat masa, mudah dan dijamin lembut masakan anda. Jika guna periuk tekanan niu, tidak perlulah anda nak rebus, perap atau ketuk daging. Sediakan rencah masakan dan masaklah seperti biasa. Memang mudah! Perut pun cepat kenyang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ikan patin antara ikan sungai jadi kegemaran ramai. Enak jika dimasak tempoyak atau asam pedas.
Tapi satu masalah bila nak sediakan ikan patin ni kalau tak kena gaya akan rasa hanyir. Memang akan spoil mood nak makan.
Sebenarnya untuk mengelakkan rasa hanyir ini ada petua yang kena kita praktikkan selain dari basuh dengan asam jawa dan penggunaan tepung gandum.
Namun begitu ramai yang tak tahu akan cara ini. Dikongsi oleh Rosniza Hussin, menurut beliau untuk mengelakkan bau hanyir ketika menyediakan masakan ikan patin kita perlu mencari ‘urat’ ikan ini.
Berwarna putih seakan benang, 4 urat ini terlebih dahulu perlu dibuang semasa membasuh ikan patin atau ikan duri. Beliau juga turut berkongsi caranya.
1. Semasa membersihkan ikan patin yang dipotong cari urat di celah-celah isi ikan. Bila terjumpa, tarik dan buang menggunakan pisau.
2. Bila dah jumpa, senang saja untuk keluarkannya, cuma tarik.
3. Ini dia urat yang buat ikan patin bau hanyir.
Selain ikan patin, perkara yang sama boleh dipraktikkan untuk ikan duri atau ikan sembilang.
Hidangan laut lala kalau direbus saja pun dah cukup sedap, belum lagi jika dimasak pedas, tiga rasa dan sebagainya. Memang menjilat kulit lala dibuatnya.
Cuma satu masalah bila nak masak haiwan laut ini, agak remeh untuk membuang kotoran atau selut yang ada di dalamnya.
Tapi shira.azi berkongsi cara yang mudah sangat untuk kita praktikkan untuk membuat selut dan kotoran dalam siput lala ini. Hanya gunakan cili padi.
Caranya;
1. Masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air.
2. Kemudian potong beberapa tangkai dan masuk dalam besen berisi lala.
3. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka.
4. Boleh dibilas dan sedia dimasak, bila lala dah terbuka senanglah nak makan.
Ada yang panggil cili api, cili padi, cabai burung, lada jarun dan sebagainya. Mesti kebanyakkan kita pernah mengalami cili api cepat kecut atau kering walaupun sudah simpan dalam peti sejuk.
Sebenarnya ada pelbagai cara untuk menyimpan cili api untuk tahan lama. Anda boleh ikuti petua viral yang dikongsi oleh saudari Norizah Karim ini:
“Petua biasa-biasa je… ini petua mak saya… semalam saya tengok dalam peti beku dia banyak cili api yang di frozenkn… cili api ni sebulan dah mak saya simpan.. setahun pun tahan buat mcm ni.”
Buang tangkai cili api dan basuh bersih.
Tos (gunakan tisu dapur untuk menyerap lebihan air)
Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Simpan dalam peti sejuk beku (frozen).
Bila hendak guna ambil mengikut keperluan anda masa itu. (Baki selebihnya biarkan terus frozen)
Biarkn sekejap dekat luar seminit dua sudah tidak perlu di basuh
Info: Ia sangat praktikal bagi yang suka simpn cili dalam kauntiti banyak.
Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula. Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.