5 Cara Mudah & Berkesan Untuk Redakan Perut Sebu Selepas Berbuka.

Share

Bila tiba waktu berbuka, pastinya banyak hidangan tersedia diatas meja. Maklumlah bila ke bazar, rambang mata memilih. Air, kuih muih, lauk pauk. Semua terasa sedap. Ada yang berminyak, berempah, manis, pedas, sejuk. Cukup lengkap! Bila dah makan banyak, pasti perut pun rasa kurang selesa dan sebu.  Nak solat pun rasa sengkak. Tapi jangan risau kerana anda boleh atasinya dengan cara-cara berikut.

 

5 CARA MUDAH REDAKAN PERUT SEBU SELEPAS BERBUKA HANYA GUNA BAHAN SEMULAJADI

 

1. AIR LEMON SUAM

foto: www.popsugar.com

Jika rasa tak selesa, minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sedikit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.

 

2. AIR HALIA SUAM

foto: www.thevitaminbox.com

Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia, masukkan ke dalam air dan didihkan. Jika suka boleh tambahkan madu dan perahan jus lemon.

 

3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

foto: www.wired.com

Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafein. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak. Pengambilan air suam juga membantu anda untuk berasa lega dengan lebih cepat.

 

4. REHATKAN SISTEM PENGHADAMAN

foto: www.tasteofhome.com

Makan dengan banyak secara sekaligus, menyebabkan perut ‘terkejut’. Sebaiknya, berbukalah dengan mengambil makan yang ringan seperti  kuih, sup dan bubur terlebih dahulu dan brulah diikuti dengan hidangan yang lebih berat. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan hingga lumat. Jika makan terlalu laju, makanan yang dimakan tidak dapat hancur dengan sempurna menyebabkan perut berasa tidak selesa & lambat hadam. 

 

5. SENAMAN RINGAN

foto: sarafresh.com

Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjogging, yoga atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan seterusnya menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat. Solat terawih pun boleh membantu anda berasa lega tau. 

 

Published by
Nur