Hidangan daging memang enak. Tapi jika silap gaya, liat. Bergoyang gigi dibuatnya. Tekstuirnya tidak seperti isi ayam yang lebih lembut dan cepat untuk dimasak. Usah risau, ada petua yang boleh dicuba. Berikut ada 5 cara yang anda boleh cuba untuk pastikan daging yang anda masak lembut dengan cepat serta tidak keras setelah dimasak.

1. Rebus Terlebih Dahulu

5 Cara Mudah Untuk Empukkan Daging Dalam Masa Singkat

Kaedah ni paling ‘basic’. Mak-mak kita dulu pun bila nak goreng daging, mesti mereka akan rebus daging terlebih dahulu. Setelah empuk, barulah akan digoreng dan sebagainya. Sewaktu merebus daging , ada juga pelbagai bahan yang dicampur supaya daging dapat lembut dengan cepat. Antaranya ialah dengan rebus daging bersama dengan sudu stainless stell, daun pisang abu, daun nangka, tebu, batang ubi kayu, buah pinang tua dan sebagainya. Memang berkesan.

Ads

2. Hiris Nipis

5 Cara Mudah Untuk Empukkan Daging Dalam Masa Singkat
foto: dramafever.com

Jika anda kesuntukan masa untuk rebus daging tetapi perlu juga masak. Boleh guna kaedah ni. Hiris daging nipis-nipis secara melintang urat. Kemudian masaklah seperti biasa. Anda juga perlu buang segala lemak dan urat yang ada. Barulah daging tidak terlalu liat dan enak untuk dinikmati.

3. Ketuk Daging

5 Cara Mudah Untuk Empukkan Daging Dalam Masa Singkat

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengetuk daging atau meat tenderizer. Caranya ialah dengan mengetuk daging agar otot-otot yang yang keras menjadi lebih lembut apabila dimasak.

Ads

4. Perap Sebelum Masak

5 Cara Mudah Untuk Empukkan Daging Dalam Masa Singkat
foto: omnivorescookbook.com

Anda juga boleh menggunakan teknik perapan untuk melembutkan daging tetapi kaedah ini memerlukan anda menyiapkannya dengan lebih awal. Caranya mudah sahaja. Perap daging menggunakan bahan-bahan berasid seperti jus limau, lemon, cuka atau jus nanas antara 2-24 jam. Bahan-bahan ini mampu melembutkan daging secara semulajadi bahkan menjadikan daging lebih enak apabila dimasak.

Ads

5. Guna Periuk Tekanan

5 Cara Mudah Untuk Empukkan Daging Dalam Masa Singkat

Cara paling mudah! Jika anda ada periuk tekanan atau ‘pressure cooker’, gunakan sahaja. Lagi jimat masa, mudah dan dijamin lembut masakan anda. Jika guna periuk tekanan niu, tidak perlulah anda nak rebus, perap atau ketuk daging. Sediakan rencah masakan dan masaklah seperti biasa. Memang mudah! Perut pun cepat kenyang.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI