Sesekali tunjuk pro masak seafood apa salahnya,  oleh itu ada beberapa perkara yang perlu korang buat. Pertama, pastikan semua seafood dalam keadaan segar, kemudian cuci bersih dan tos. Seterusnya pilih resipi yang ringkas tapi sedap, ketiga masak menggunakan api besar dan jangan lebih 10 minit. Akhir sekali terus hidang dan makan seafood selepas masak.

Apa kata,  meriahkan lagi hujung minggu dengan pelbagai jenis seafood yang berbeza masakan dalam satu hidangan di atas meja.  Lebih penting kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya dengan santai di rumah sendiri. Jom cuba…, ia tidak mengecewakan.

5 Cara Paling Senang & Sedap Masak Seafood, Korang Boleh Cuba Ni !

KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ kg ketam- saiz besar
  • 3 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
  3. Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
  4. Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
  6. Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.

5 Cara Paling Senang & Sedap Masak Seafood, Korang Boleh Cuba Ni !

Ads

SOTONG KICAP LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam  kisar kasar
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
  4. Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
  5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
  6. Sedia dihidang.

5 Cara Paling Senang & Sedap Masak Seafood, Korang Boleh Cuba Ni !

KUPANG TUMIS BAWANG PUTIH MENTEGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kupang
  • 5 ulas bawang putih-cincang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • Sedikit garam, gula dan lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
  2. Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
  3. Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
  4. Angkat dan hidangkan.

 5 Cara Paling Senang & Sedap Masak Seafood, Korang Boleh Cuba Ni !

LALA TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg lala-bersih dan tos
  • 2 batang serai –kisar kasar
  • 3 tangkai cili merah-kisar kasar
  • 3 tangkai cili padi-kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih-kisar kasar
  • 1 biji bawang besar-kisar kasar
  • 3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
  • 1 biji tomato-cincang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
  3. Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
  5. Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.

5 Cara Paling Senang & Sedap Masak Seafood, Korang Boleh Cuba Ni !

Ads

 UDANG MADU LEMON MENTEGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XL- bersih dan tos
  • 3 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih-cincang
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 2.5cm halia-hiris halus
  • Sedikit parutan kulit lemon
  • 1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu besar madu
  • ½ cawan susu segar
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
  2. Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
  3. Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
  4. Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
  5. Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
  6. Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
  7. Akhir sekali masukkan udang.
  8. Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI