Senang je nak rebus ayam? Hanya perlu cuci bersih isi ayam kemudian masukkan dalam periuk bersama air kemudian rebus. Bila masak, tutup api dan angkatkannya. Hakikatanya kalau tidak betul caranya, isi ayam yang direbus tak masak sekata dan empuk. Kalau nak tahu bagaimana caranya, follow tip ini.
Rebus Ayam Dalam Periuk Yang Sesuai.
Ini penting, sebelum merebus ayam pastikan saiz periuk digunakan bersesuaian dengan jumlah ayam yang akan direbus. Jika periuk terlalu kecil, ayam sukar dikacau atau dibalikkan. Hal ini menyebabkan isi ayam tidak masak sekata, kalau periuk terlalu besar pula korang memerlukan lebih banyak air mengambil masa lama untuk didihkan air. Isi ayam berisiko hancur. Sebaiknya gunakan periuk sesuai dengan saiz ayam yang akan direbus. Saiz periuk sesuai untuk merebus seekor ayam tanpa potong adalah bersaiz 8 liter. Manakala untuk merebus ayam telah dipotong, periuk bersaiz 16-18cm sudah mencukupi.
Ads
Masukkan Air dan Ayam Sekali.
Untuk merebus, masukkan ayam dalam periuk dan tuangkan air sejuk biasa hingga meliputi paras ayam. Cara ini untuk memastikan ayam dan air boleh masak bersama. Kalau masukkan ayam dalam air yang telah dipanaskan, bimbang suhu tingg tersebut akan menyebabkan ayam masak sebelum direbus.
Masukkan Garam dan Bawang Putih
Sebelum merebus, korang boleh menambahkan garam dan beberapa ulas bawang putih ke dalam periuk berisi ayam. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam yang direbus. Jika merebus ayam seekor tanpa dipotong. Korang boleh masukkan lebih kurang 2 sudu makan garam dan 3 ulas bawang putih. Selain memberikan rasa dan aroma, ia membantu menanggalkan kotoran yang melekat pada ayama.
Ads
Tutup Periuk Semasa Merebus
Tutup periuk semasa merebus ayam, ia supaya ayam cepat masak dan aromanya tidak keluar. Selain itu pastikan korang menggunakan api sederhana supaya ayam cepat empuk dan masak sekata.
Ads
Waktu Merebus Berbeza Ikut Saiz dan Bahagian Ayam
Setiap potongan ayam mempunyai waktu merebus yang berbeza, apa lagi untuk ayam seekor. Untuk mendapatkan waktu merebus yang sesuai. Berikut bahagian ayam dan waktu merebusnya:-
Dada ayam tanpa tulang : 15-20 minit
Dada ayam dengan tulang :30 minit
Paha ayam : 30-40 minit
Ayam seekor : 1 jam
Isi ayam yang telah direbus ini boleh disiat-siat dan digunakan untuk campuran soto, sup, bubur atau ditambah dalam mi goreng atau dijadikan campuran bahan penumis sayur. Airnya boleh disimpan untuk dijadikan stock ayam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nak tahu cara mudah kilatkan sinki lama? Ha…Ni caranya. Sinki ‘stainless steel’ yang bersih dan cantik sebenarnya membantu memberikan ‘mood’ yang elok serta menaikkan semangat memasak geng mak-mak. Bila nampak kemas, barulah bersemangat nak cuba menu yang sedap-sedap. Sinki ni pun bukan jenis yang boleh pakai buang. Lama kelamaan, ia akan kelihatan pudar dan kusam. Untuk kilatkan sinki ni, tak susah mana. Ada cara yang boleh dicuba. Guna tepung gandum je. Jom tengok cara-cara yang anda kena buat.
CARA KILATKAN SINKI GUNA TEPUNG GANDUM
BAHAN-BAHAN:
Air sabun panas – sabun bancuh dengan air panas
Tuala kecil
Tepung gandum
Span cuci pinggan
CARA-CARA:
1. Basahkan sinki dan cuci menggunakan air sabun panas.
2. Lap sinki menggunakan tuala hingga betul-betul kering.
3. Tabur tepung gandum di permukaan sink. Jika kurang yakin, boleh je tabur tepung di separuh bahagian sinki terlebih dahulu untuk lihat perbezaannya.
4. Gosok permukaan sinki menggunakan span basuh pinggan yang kering. Lakukan seperti anda kilatkan kereta. Hasilnya, sisa makanan yang melekat akan tertanggal dan permukaan sinki anda akan lebih berkilat.
5. Ulang cara ini sebulan sekali untuk hasil yang sempurna dan berpanjangan.
Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.
Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai.
1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempa Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhal.
2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuihtradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.
3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee Ini kerana ia mampu menghasilkan produk yanglebih kental.
4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai untuk menghasilkan rempeyek dan apam. Jika buat apam,rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup.
Bagi yang suka makan ulam raja, boleh usahakan tanam sendiri pokoknya. Mudah bila nak buat ulam, petik saja.
Cuma bila pokok ulam raja ini naik subur kenalah rajin buat penjagaan agar sentiasa keluar pucuk baru dan rimbun.
Tip tanam pokok ulam raja supaya kekal rimbun, banyak pucuk baru
Tip paling penting untuk memastikan pokok ulam raja ini rimbun adalah dengan selalu memetik pucuknya. Walaupun tak makan tetap kena sentiasa petik pucuknya.
Bila selalu petik pucuk, tunas baru akan keluar lebih banyak. Terus petik, jangan biarkan pokok berbunga. Jika pokok ulam raja sudah berbunga ia adalah tanda pengakhiran kitaran hidup pokok.
Pokok akan kuning dan kering dan seterusnya akan mati. Tapi kebiasaannya bunga yang keluar akan gugur dan menumbuhkan benih baru, jadi bolehlah cabut pokok lama untuk beri ruang pada pokok baru tumbuh.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira