Bila tiba musim perayaan, pastinya banyak jemputan majlis serta kenduri kendara yang perlu dihadiri. Bila dah namanya majlis makan-makan, tentunya pelbagai jenis hidangan dihidangkan. Ada yang berminyak, berempah, manis, pedas, sejuk. Cukup lengkap! Bila dah makan banyak, pasti perut pun rasa kurang selesa dan sebu. Tapi jangan risau kerana anda boleh atasinya dengan cara-cara berikut.
5 CARA REDAKAN PERUT SEBU SELEPAS MAKAN HANYA GUNA BAHAN SEMULAJADI
1. AIR LEMON SUAM
Ads
foto: www.popsugar.com
Mulakan pagi anda dengan minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sedikit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.
2. AIR HALIA SUAM
foto: www.thevitaminbox.com
Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia, masukkan ke dalam air dan didihkan. Jika suka boleh tambahkan madu dan perahan jus lemon.
3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
foto: www.wired.com
Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafein. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak. Pengambilan air suam juga membantu anda untuk berasa lega dengan lebih cepat.
Ads
4. REHATKAN SISTEM PENGHADAMAN
foto: www.tasteofhome.com
Setelah banyak hari makan makanan berat, elakkan makanan begitu seketika. Ini kerana sistem penghadaman anda perlu berehat. Ambil makan yang ringan seperti sup, bubur dan aiskrim. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan hingga lumat. Jika makan terlalu laju, makanan yang dimakan tidak dapat hancur dengan sempurna menyebabkan perut berasa tidak selesa & lambat hadam.
Ads
5. SENAMAN RINGAN
foto: sarafresh.com
Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjogging, yoga atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan seterusnya menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kari antara masakan paling digemari rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India semua sukakannya. Pergilah kemana sahaja, pasti mudah nak cari sajian ini. Andai ke Pulau Pinang, memang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar dan Kari Kepala Ikan. Perghh..memang terbaik. Jauh nak tuju? Usah risau, serata Malaysia ada banyak ‘lubuk’ kari terbaik. Google sahaja. Pasti ada info.
Kata orang, petua kalau nak tahu kari tu ‘pure’ ke tidak, bila makan dan basuh tangan dengan sabun, bau kari tu masih kuat melekat. Itulah hidangan kari yang terbaik. Selain itu, biasanya restoran-restoran Nasi Kandar yang lama dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain juga antara yang menawarkan sajian kari terbaik. Anda boleh cuba.
Para pelancong yang datang banyak yang tertanya-tanya akan rahsia keenakan kari yang mereka nikmati di negara ini. Memang ada beza dari segi rasa. Kalau nak tahu, rahsia keenakan kari di Malaysia tentunya dari rempah-rempah terbaik yang digunakan. Adunan serta campuran rempah-rempah bermutu menghasilkan rasa yang unik serta tersendiri. Ibarat makan kari di negara India! Memang kaw!
Jika anda nak hasilkan sendiri sajian kari di rumah, ada kalanya rasa & aroma kari yang dihasilkan tu tidak ‘mari’ dan tidak se ‘kaw’ kari yang disajikan di restoran. Bahan dan lengkap, namun rasa masih ‘kureng’. Kenapa ya? Ha…Kalau nak tahu, ada teknik dan rahsia sebenarnya untuk dapatkan kari yang enak dan lazat ni. Menurut Chef Adu;
“ Biasanya saya akan tumis rempah ratus yang ‘whole’ (kasar) terlebih dahulu sebelum masukkan serbuk kari dan sebagainya. Kemudian barulah masukkan daun kari, bawang dan rempah kari. Kenapa letak rempah ratus terlebih dahulu? Supaya kari kita berbau lebih kuat. Biasanya rempah ratus yang kita masukkan pada awal masakan akan mencetuskan rasa yang paling kuat di penghujung masakan, meletup sedap dan kaw rasanya.”
KARI DARAT DAGING KERBAU
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kerbau
500ml santan
3 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu makan rempah kari daging
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4cm halia
3cm lengkuas
BAHAN TUMIS DARAT:
4 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Daging dicuci bersih dan rebus lebih kurang 30 minit,
Kemudian, daging rebus dihiris nipis dan ketuk supaya lembut. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis dan kisar hingga wangi.
Masukkan pula pes cili, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan santan dan daging, kacau sekali sekala dan biarkan kari mereneh lebih kurang 10-15 minit.
Lengkapkan rasa dengan memasukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Untuk bahan tumisan, panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis semua bahan tumisan hingga wangi.
Akhir sekali tuangkan bahan tumisan dalam periuk kari daging tadi. Kacau rata.
Kari sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Tujuan daging direbus dan ketuk, supaya ia lembut dan cepat dimasak. Ini kerana daging kerbau agak keras dan liat. Boleh juga diganti dengan daging lembu.
Siapa kata untuk mendapatkan kulit yang cerah harus menggunakan ubat tambahan? Tidak perlu! Terdapat beberapa jenis bahan semulajadi yang mampu membuatkan kulit wajah anda cerah, malah lebih putih dan halus. Yang penting perlu rajin mempraktikkannya..Selamat mencuba!
MADU
Selain antibakteria, madu juga berfungsi sebagai agen pemutih dan pelembap kulit. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu menyapu madu tersebut di wajah anda. Biarkan selama lima minit kemudian cuci dengan air suam.
BETIK
Sepotong buah betik juga boleh membuatkan wajah anda menjadi cerah taw! Caranya dengan menggosokkan betik pada wajah anda selamat 2 hingga 3 minit. Kemudian bilas wajah anda. Mudah kan?
LEMON
Potong lemon kepada beberapa keping kemudian sapu hirisan lemon tersebut pada wajah anda selama lima minit. Kemudian bilas. Haa lepastu kita tengok hasilnya..
TIMUN
Timun bukan sahaja boleh menyegarkan mata, tetapi anda juga boleh menggunakan hirisan timun tersebut untuk diletakkan di wajah anda. Biarkan beberapa minit. Bukan boleh mencerahkan wajah tetapi juga menyihatkan kulit wajah.
KUNYIT
Tahukah anda kunyit sebenarnya antiseptik dan antibakteria yang baik? Disebabkan itu masker kunyit baik untuk mencerahkan wajah. Caranya, campurkan susu dengan kunyit terlebih dahulu, kemudian sapu pada wajah dan bilas setelah 10 minit. Untuk memudahkan, anda boleh cari masker dari kunyit di pasaran.
ALOE VERA
Sekiranya anda mempunyai masalah warna kulit tidak sekata, gel aloe vera boleh menjadi cara yang baik untuk mengatasi masalah tersebut dan akan memberikan tona kulit yang lebih sekata.
LIMAU
Vitamin C yang terdapat dalam limau amat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Anda hanya memerlukan setengah cawan air limau dan setengah sudu teh kunyit kemudian sapu diseluruh wajah. Biarkan kering kemudian baru bilas.
Cucur udang memang sedap. Apatah lagi jika anda orang Utara, biasanya cucur udang ni dinikmati bersama kuah kacang. Untuk sarapan pagi atau minum petang, cucur udang adalah antara pilihan menu yang sesuai dihidangkan. Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandi’ minyak.
Ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup.
CUCUR UDANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit
200gm taugeh
1 pokok kucai
2 biji cili merah | dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
*Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ia akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
*Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
*Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.