Ads
Home Hobi & Minat 5 Cara Untuk ‘Selamatkan’ Lauk Pauk Yang Terlalu Masin

5 Cara Untuk ‘Selamatkan’ Lauk Pauk Yang Terlalu Masin

Ads

Sukar untuk kita tahu rasa masakan yang dimasak. Jadi bila sampai ‘part’ untuk letak garam, memang main agak-agak je. Kadang-kadang boleh pula kita terlupa sampai dua kali masuk garam.  Dah termasin pula lauknya. Jika anda hadapi masalah ini, cara-cara di bawah boleh anda cuba.

1. CUCI DENGAN AIR: Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan.

2. TAMBAH KARBOHIDRAT: Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak.

Ads

5 Cara Untuk ‘Selamatkan’ Lauk Pauk Yang Terlalu Masin

3. MADU / GULA: Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.

5 Cara Untuk ‘Selamatkan’ Lauk Pauk Yang Terlalu Masin

Ads

4. TAMBAH CECAIR: Untuk jenis hidangan berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan.

5 Cara Untuk ‘Selamatkan’ Lauk Pauk Yang Terlalu Masin

Ads

5. JUS LEMON / LIMAU:

Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI