Nak buat cookies atau biskut raya sendiri, pasti anda mahukan resipi yang sedap dan mudah disediakan.  Berikut lima cookies ringkas sedap. Yang boleh dijadikan hidangan Hari Raya mahu hari-hari biasa yang disediakan oleh Chef Kecik Cakes & Café (Ig:chefkecilcakes)

 

5 Cookies  Ringkas & Sedap, Boleh Cuba Raya Ni!

COOKIES  CHOCOLATE CHIPS

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm mentega
  • 300gm gula perang
  • 2 biji telur
  • 450gm tepung gandum
  • 10gm soda bikabornat
  • 100gm kacang pican
  • 200gm chocolate chips

CARA MEMASAK:

  1. Pukul gula dan mentegha hingga kembang.
  2. Masukkan telur, pukul lagi.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan soda bikarnonat.
  4. Seterusnya masukkan chocolate chips dan kacang pecan.
  5. Gaul rata hingga menjadi doh lembut.
  6. Mengunakan sudu ambil doh lebih kurang 10gm dan susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan parchmenet paper.
  7. Masukkan dulang dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 180C selama 15-18 minit.
  8. Setelah masak, sejukkan sebelum sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

5 Cookies  Ringkas & Sedap, Boleh Cuba Raya Ni!

MAKMUR HAZELIN

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 50gm gula aising
  • 100gm kacang Hazel
  • 500 tepung
  • 105gm minyak sapi
  • 15gm tepung jagung
  • Sedikit pewarna hijau

BAHAN HIASAN:

  • 200gm gula aising

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega, minyak sapi, kemudian campurkan dengan gula aising, telur dan pewarna. Kacau seketika.
  2. Tambah ke dalamnya campuran tepung gandum dan tepung jagung.
  3. Adun hingga menjadi doh lembut.
  4. Ambil secubit doh, masukkan kacang hazel di tengahnya kemudian bulat-bulatkan.
  5. Susun dalam dulang pembakar, kemudian bakar dengan suhu 175C selama 12-15 minit.
  6. Angkat dan gaulkan dengan gula aising.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.

5 Cookies  Ringkas & Sedap, Boleh Cuba Raya Ni!

MULTI GRAIN COOKIES

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 150gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 100 susu tepung
  • 225gm tepung jagung
  • 125 tepung ubi
  • 50gm tepung gandum
  • 100 multi grain

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan putur lagi.
  3. Seterusnya masukkan campuran susu tepung, tepung jagung, ubi dan gandum ke dalam adunan.
  4. Gaul sebati menjadi doh lembut.
  5. Ambil doh, golekkan dengan multi grain.
  6. Susun dalam dulang pemakar.
  7. Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit-20 minit.

5 Cookies  Ringkas & Sedap, Boleh Cuba Raya Ni!

CHARCOOL COOKIES

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 250gm mentega
  • 100gm gula perang
  • 2 biji telur
  • 5gm esen vanila
  • 15gm  koko hitam
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 260gm tepung gandum
  • 100gm chocolate chips
  • 50gm cornflaks | masuk dalam bahan
  • 100gm cornflaks  | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega dengan gula perang hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan putur lagi.
  3. Tuangkan koko hitam, serbuk koko tepung yang digaul bersama serbuk penaik. Adun lagi.
  4. Masukkan chocolate chips dan cornflaks, adun hingga menjadi doh lembut.
  5. Ambil doh, golekkan dengan multi grain.
  6. Susun dalam dulang pemakar.
  7. Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit-20 minit.

5 Cookies  Ringkas & Sedap, Boleh Cuba Raya Ni!

 BISCOFF BISCUIT

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 140gm gula icing
  • 40gm kuning telur
  • 350gm tepung gandum
  • 100 biscoff crumbs
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega, gula icing, telur kuning dan garam sehingga adunan berubah warna.
  2. Masukkan pula tepung, adun rata kemudian masukkan Biscoff crumbs hingga menjadi doh lembut.
  3. Wrapkan dengan plastik warp dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  4. Jika suka boleh tambahkan dengan badam atau hazelnut cincang.
  5. Kemudian bentukkan doh seperti selinder.
  6. Potong nipis dan susun dalam dulang pembakar,
  7. Masukkan dalam ketuhar, bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit.
  8. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

 

.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI