5 Idea Masakan Daging Yang Mudah & Sangat Sedap Dimakan Bersama Nasi Putih.

Share

Koleksi resipi daging yang ringkas dan mudah disediakan. Bagi ibu-ibu yang buntu memikirkan menu yang sesuai dimasak untuk keluarga, RASA kongsikan beberapa cadangan masakan yang boleh anda hasilkan menggunakan daging segar. Memang sangat sedap. Selamat mencuba!

 

1. DAGING DENDENG HITAM BASAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | cuci bersih dan rebus
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1 helai daun salam
  • Rempah menumis  | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

BAHAN MAYANG HALUS:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 batang serai

BAHAN KISAR :

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3 batang serai

BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:

  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Hiris nipis daging yang telah direbus, kemudian titik hingga nipis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak,  tumiskan rempah menumis dan bahan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan pula bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan goreng sangai dan kisar. Terus kacau hingga bahan tumisan  betul-betul garing.
  4. Masukkan air asam, daging dan sedikit air. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa,
  6. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Tutup api.
  7. Daging dendeng basah sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika mahu dendeng kering, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Dan semasa menumis tidak perlu masukkan air.

 

 

2. DAGING GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang| hiris nipis
  • 1 biji bawang Holland |  hiris bulat
  • 1 batang seleri | hiris serong
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan yogurt
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

BAHAN  REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunya lawang
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari,  diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
  3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
  4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
  5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas .

 

 

3. DAGING GORENG BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang| hiris nipis cuci dan tos
  • 10 batang serai |hiris halus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang besar | hiris halus
  • 20 biji cili padi | hiris
  • 4 helai daun limau purut | hiris
  • Garam, gula, perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 8  ulas bawang merah
  • 6 ulasa bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai dan daun limau purut hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar dan cili padi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula hirisan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Apabila daging telah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

 

 

4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
  • 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 1 biji bawang besar  | hiris
  • 4 ulas bawang putih |cincang
  • 3cm halia | hiris halus memanjang
  • 2 batang serai | titik
  • 2 biji cili merah | hiris serong
  • 2 biji cili hijau | hiris serong
  • 1 batang seleri |hiris serong
  • 1 sudu  serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
  3. Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
  5. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  6. Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
  7. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Kacau lagi seketika dan tutup api.
  9. Daging  Goreng Kunyit sedia dihidangkan.

 

5. GULAI DAGING UTARA

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm daging batang pinang | dihiris
  • 400gm daging tetel | dipotong halus
  • 125ml santan segar
  • 1 liter air bersih
  • 2 sudu makan rempak kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 batang lobak merah | potong  dadu
  • 2 bji kentang | belah empat
  • Minyak untuk menumis

 BAHAN TUMIS:

  • 2 batang serai | dititik
  • 4 ulas bawang putih | dipotong nipis
  • 5 ulas bawang merah | dipotong nipis
  • 2sm halia | dipotong nipis

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 5gm bunga lawang
  • 3gm bunga cengkih
  • 2sm kulit kayu manis
  • 3gm buah pelaga

 BAHAN KISAR:

  • 4 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 6sm halia | dikisar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama daun pandan, kemudian biarkan sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga garing.
  4. Apabila rempah garing, masukkan daging dan biarkan selama 20 minit atau sehingga lembut.
  5. Akhir sekali, masukkan santan , kentang dan lobak merah
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api dan biarkan gulai mereneh seketika dan hingga ia timbul minyak.
  8. Tutup api dan Gulai Daging sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur