5 Idea Masakan Menggunakan Pressure Cooker. Sangat Mudah!

Share

Periuk tekanan atau ‘pressure cooker’ memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti rendang daging, sup tulang dan sebagainya. Namun kini, terdapat pelbagai lagi resipi lain yang boleh dimasak menggunakan periuk tekanan ni. Meh cuba resipi-resipi ni. Memang mudah!

1. AYAM PANGGANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih | kisar – beli online DISINI
  • 1 inci halia | kisar – beli online DISINI
  • 3 sudu jintan manis | kisar kering
  • 3 sudu jintan putih | kisar kering
  • 3 sudu sos tiram – beli online DISINI
  • 4 sudu madu – beli online DISINI
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk cili – beli online DISINI
  • Sedikit lada hitam | kisar kering – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 3-4 jam. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
  2. Masukkan ayam dan lebihan air perapan ke dalam inner pot.
  3. Set high pressure 8 minit dan tutup periuk.
  4. Setelah tamat masa, buka penutup terbalikkan ayam. Tutup penutup dan set lagi ‘high pressure’ selama 8 minit.
  5. Setelah siap, tukar mode ‘stir fry’ dan kacau sedikit ayam. Masak anggaran 5 minit.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Zainab Zainun

2. PULUT KUNING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras pulut | rendam 1/2 jam bersama sedikit serbuk kunyit
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan’
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Tapis pulut yang telah direndam. Masukkan ke dalm periuk.
  2. Tambahkan garam, daun pandan dan air.
  3. Letak mood ‘high pressure’, set selama 6 minit.
  4. Setelah masak, keluarkan wap, masukkan santan dan ratakan.
  5. Tutup periuk dan tekan reheat/warm selama 5 minit.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Nota: Santan anggaran 1 – 1 1/2 cawan.

Kredit resipi & gambar: Izwany Abd Malek

3. KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula kastor – beli online DISINI
  • 1 buku mentega – beli online DISINI
  • 1 sudu esen vanilla – beli online DISINI
  • 2 cawan tepung self raising flour
  • 1/2 cawan serbuk koko

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur, gula, mentega dan esen vanilla hingga sebati.’
  2. Kemudian masukkan tepung. Adun rata.
  3. Bahagikan adunan kepadaq dua bahagian. Satu pada adunan asal dan satu bekas ditambah dengan serbuk koko.
  4. Tuang adunan berselang seli ke dalam acuan.
  5. Alas inner pot dengan redai besi. Letak acuan dan tutup periuk.
  6. Selaraskan tombol pressure, set ‘high pressure’ selama 60 minit.
  7. Buka periuk dan lihat kek. Jika permukaan kek nampak perang, tandanya kek telah masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.

Kredit resipi & gambar: Jay Anne Zaihan

4. SARDIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 8 ekor ikan selayang | dibuang kepala dan ekor, bersihkan
  • 1 cawan puri tomato
  • 2 biji tomato cincang
  • 1 biji bawang besar | hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih | cincang
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu halba campur | kalo tak suka boleh skip atau letak sikit je
  • Sedikit air | jumlah agak-agak supaya tak kering dan melekat pada periuk

 

CARA MEMASAK:

  • Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih.
  • Masukkan tomato cincang dan ikan.
  • Masukkan puri tomato dan halba campur.
  • Masak dengan api sangat perlahan. Saya guna periuk ajaib. Saya masak selama 8 jam sampai tulang lembut. Sambil-sambiltu check air supaya tak melekat ikan kat periuk. Boleh guna slow cooker.
  • Boleh frozen kan. Masuk dalam pek kecil dan bekukan. Ambil satu setiap kali masak

Nota 1: saya tak letak garam atau gula ya. Boleh tambah jika suka

Nota 2 : Kalau guna noxxa, masak ‘high pressure’ dalam 90 minit.

Nota 3 : Air jangan banyak sangat. Sekadar untuk bagi ikan tak melekat pada periuk. Check air selalu. Kalau air banyak sangat ikan mudah hancur.

Kredit resipi & gambar: Azie Zahra Al-Bakri

5. NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras wangi siam | bersihkan
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 biji bawang merah | dihiris
  • 2cm halia | dihiris nipis
  • Sedikit halba
  • Garam dan gula secukupnya
  • 500gm santan | santan ni kira sekali dalam 1pot yang digunakan untuk masak nasi yang awal.

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan beras, air dan 1 cawan santan. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan halia, bawang merah, halba dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
  3. Masak guna ‘high pressure’ selama 7 minit.
  4. Setelah amsak, masukkan baki santan dan gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama gulai ikan dan acar.

Kredit resipi & gambar: Nurul Syuhada Firhan

 

Anda mencari PERIUK KACA? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma