Menjamu ahli keluarga tersayang dengan menu nusantara pasti memberikan kelainan. Makanan yang mempunyai sentuhan hidangan Thailand, Indonesia dan juga Malaysia ini pastinya enak dan membuka selera. Malah boleh juga dijadikan sebagai hidangkan sempena hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Maklumlah, lain dari kebiasaan. Tapi masak untuk makan tengahari biasa-biasa pun boleh. Sedap! Cubalah. Anda pasti suka.

 

1. SALAD DAGING THAI

5 Idea Masakan Mudah Inspirasi Dari Menu Popular Seluruh Nusantara.

BAHAN-BAHAN:

  • 450gm daging batang pinang | panggang
  • Sedikit minyak masak
  • 1 cawan daun bayam
  • 1/2 cawan  daun pudina
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 6-8 biji tomato ceri | belah dua

BAHAN SOS:

  • 1/4 cawan jus limau nipis
  • 5 sudu makan sos ikan
  • 4 biji cili padi | hiris
  • Gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Hiris nipis daging yang telah dipanggang tadi.
  2. Untuk menyediakan sos, campurkan sos ikan, jus limau nipis, hirisan cili padi dan gula perang  dalam mangkuk, Kacau rata dan sebati.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daging bersama tomato ceri, daun bayam, pudina dan ketumbar ke dalam mangkuk salad. Tuangkan sos dan gaul rata.
  4. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Campurkan sos dan gaul salad hanya bila sedia dihidangkan.

 

2. TEMPE GORENG KEJU

5 Idea Masakan Mudah Inspirasi Dari Menu Popular Seluruh Nusantara.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tempe | hiris kecil
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 tangkai daun bawang | hiris halus
  • 50gm keju Cheddar | parut
  • 100gm bawang besar | cincang
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan serbuk roti
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskan.
  2. Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
  3. Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
  4. Masukkan pula bawang besar, hirisan daun bawang  bersama garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur ke dalamnya dan adun rata.
  6. Sediakan loyang yang dialas dengan plastik yang disapu dengan minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
  7. Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
  8. Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
  9. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
  10. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili.

INFO CHEF:  Jika belum sedia digoreng, simpan masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

 

3. AYAM PANGGANG KARI THAI SOS KACANG

5 Idea Masakan Mudah Inspirasi Dari Menu Popular Seluruh Nusantara.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan minyak sayur
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh halia yang telah dikisar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit parut  kulit limau nipis
  • 1/2 sudu  garam

BAHAN SOS:

  • 200gm  santan
  • 3 sudu makan mentega kacang
  • 2 sudu makan pes kari merah
  • 3 sudu makan  kicap cair
  • 3 sudu makan jus limau nipis
  • Sedikit garam jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Potong dadu isi dada ayam 2cm X 2cm, cuci bersih dan toskan.
  2. Campurkan semua bahan perapan, kicap cair, gula perang, minyak, serbuk kari, halia, bawang putih , serbuk jintan dan parutan kulit limau di dalam mangkuk.
  3. Gaul rata, kemudian masukkan ayam. Gaul lagi hingga sebati.
  4. Balut mangkuk dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya  empat jam. Perap lebih lama lebih sedap.
  5. Bagi menyediakan sos,  campurkan santan, mentega kacang, gula perang, kicap cair dan  pes Kari Merah Thai dalam periuk, kacau rata dan didihkan atas api sederhana hingga kuah pekat.
  6. Tutup api dan ke tepikan.
  7. Sementara itu, panaskan pemanggang.  Cucukkan ayam yang telah diperap dengan lidi sate hingga habis.
  8. Panggang lebih kurang 10 minit (sentiasa balik-balikkannya).
  9. Setelah masak hidangkan bersama dengan sos kacang yang telah dimasak tadi.

INFO CHEF:  Lebih lama diperap, ayam lebih lembut dan sedap.

 

4. SALMON PIDANG MASAM MANIS

5 Idea Masakan Mudah Inspirasi Dari Menu Popular Seluruh Nusantara.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 1/2 liter air
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 3 cm halia | hiris nipis
  • 4cm lengkuas | hiris nipis
  • 10-15 biji cili padi
  • 3 batang serai | titik
  • 2 helai daun salam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh belacan | bakar
  • 3 biji tomato | potong kiub
  • 300gm nanas | potong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan salmon bersama  jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian  bilas dengan air bersih.
  2. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
  3. Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
  4. Seterusnya masukkan Salmon, hirisan tomato dan nanas.
  5. Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api, sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Ikan Salmon tidak perlu dimasak terlalu lama kerana isinya akan menjadi keras.

 

5. AYAM KUNYIT KEDAYAN

5 Idea Masakan Mudah Inspirasi Dari Menu Popular Seluruh Nusantara.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  | potong kecil 
  • 2 sudu makan pes cili kisar
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter santan
  •  Garam, gula  secukup rasa
  • Minyak masak  
  • Air | jika perlu

BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
  3. Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugur.
  4. Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
  5. Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Anda boleh juga menggunakan asam jawa mengantikan asam keping.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI