Syawal bakal berakhir sekolah pula banyak yang menganjurkan Majlis Hari Raya dan juga sambutan Hari Guru. Ada masanya buntu tak tahu apa menu yang sesuai nak dibawa anak-anak untuk memeriahkan majlis yang dibuat. Ini 10 idea menu yang dikongsikan oleh ibu-ibu melalui grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Paling penting menarik dan mudah untuk disediakan.

  1. Puding Karamel

BAHAN-BAHAN:

16 gram serbuk agar-agar (saya tambah sukatan) – beli online disini

4 cawan air

1 tin susu cair – beli online disini

1 cawan susu pekat – beli online disini

Pewarna kesukaan

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana…kacau hingga larut..apabila dah mendidih ganas tutup api.
  2. Tuangkan dlm acuan bentuk kecil-kecil (contoh bentuk dinasor) dan keraskan dalam peti ais.

5 Idea Menu Potluck Anak Ke Sekolah. Mudah Je Nak Buat

Kredit: Intan Ghadzali

  1. Makaroni Cuppizza

BAHAN-BAHAN:

Ads

Makaroni – beli online disini

Bawang putih – beli online disini

Isi ayam

Sos Spaghetti – beli online disini

Mix herbs – beli online disini

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Pizza cheese

CARA MEMASAK:

1.Rebus macaroni sehingga masak dan toskan

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan isi ayam. Masak isi ayam sehingga masak
  2. Masuk macaroni yang telah direbus, sos spaghetti, kalau nak masuk veges boleh, letak mix herbs, garam sikit.
  3. Ambil tortilla wrap, potong bentuk tiga segi, letak dalam cup.
  4. Masukkan pula macaroni yang telah dimasak tadi ke dalam cup.
  5. Pecah telur, letak garam & black pepper sikit. Whisk.
  6. Tuang telur ke dalam cup agak-agak tenggelam
  7. Tabur cheese pizza dan sprinkle sedikit mix herbs
  8. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah 15 minit, + api bawah 10 minit. Tak nak atas garing sangat nanti.
    5 Idea Menu Potluck Anak Ke Sekolah. Mudah Je Nak Buat
    Kredit: Sharinaz Redwan

 

  1. Roti Wrap

BAHAN-BAHAN:

Roti gardenia di gelek nipis (buang tepi)

Sosej yang direbus

Salad

Sos cili

Cheese

Mayonis

Biji selasih atau bijan hitam

CARA PENYEDIAAN:

1.Buang tepi roti dan gelek nipis

Ads

2.Lapiskan roti dengan daun salad, cheese dan sosej

3.Gulungkan roti

  1. hiaskan dengan sos cili, mayonis dan sos keju
  2. Taburkan dengan biji selasih atau bijan hitam

5 Idea Menu Potluck Anak Ke Sekolah. Mudah Je Nak Buat

Kredit: Ashila Musa

  1. Makaroni Bakar

BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.

5 Idea Menu Potluck Anak Ke Sekolah. Mudah Je Nak Buat

Kredit foto: Nuralia Idayu

  1. Beef Spaghetti In Cup

BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti beli online disini
1 biji bawang holland – potong dadu beli online disini
1paket daging cincang
1 botol sos pasta mushroom beli online disini
1 botol sos pasta traditional beli online disini
1 tin cendawan – potong nipis beli online disini
3 sudu besar sos cili beli online disini
2 sudu besar cili kisar beli online disini
4 ulas bawang putih – dicincang beli online disini
2 biji tomato – potong dadu
500gm bebola daging
2 helai daun bay beli online disini
Sedikit serbuk lada hitam beli online disini
Sedikit Italian herbs beli online disini
Sedikit oregano beli online disini
1 kiub pati daging beli online disini
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.

  1. Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau.
    3. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering.
    4. Kemudian masukkan kesemua sos pasta, sos cili, kiub pati daging dan sedikit air.
    5. Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak.
    6. Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api.
  2. Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.

5 Idea Menu Potluck Anak Ke Sekolah. Mudah Je Nak Buat

Ads

Kredit resepi: Nur Masri

Kredit Foto: Rosliza Basharudin

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Nasi Goreng Senang Disediakan, Sedap Berkhasiat

Cuaca Panas Begini, Nikmatnya Dapat Air Longan Herbs Tanpa Soda

Rendang Ayam Versi Berkuah Untuk Potluck

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI