Mulakan pagi dengan sesuatu yang enak dan membuka selera untuk memulakan hari dengan penuh kecintaan. Dengan sedikit bahan sahaja, kita sudah boleh menyediakan sarapan enak dan berkhasiat. Bahan utama seperti telur, ayam, daging, salad dan keju lazimnya selalu ada di rumah. Jadi, apa tunggu lagi? Jom buat sarapan yang sedap ni.

CONGEE DAGING

5 Idea Menu Sarapan Yang Pasti Ceriakan Hari Korang

BAHAN-BAHAN
1 cawan beras wangi
8 cawan air rebusan tulang
2 potong hirisan halia
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
2 pokok daun bawang
2 pokok daun ketumbar
200 gram daging panggang (dihiris nipis)

CARA MEMASAK
1. Basuh beras tiga kali. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang. Kacau sedikit dari semasa ke semasa.
2. Masukkan halia. Masak sampai beras kembang dan pekat. Perasakan dengan garam dan lada sulah, minyak bijan dan sos tiram. Kacau sebati dan masak lagi.
3. Potong daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan dalam bubur dan kacau sebati. Tuang ke dalam mangkuk. Kemudian letak hirisan daging, daun bawang atau bawang goreng.

Ads

 

HEALTHY SANDWICH

5 Idea Menu Sarapan Yang Pasti Ceriakan Hari Korang

BAHAN-BAHAN
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)

CARA MEMASAK
1)Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2)Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3)Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.

 

TELUR SCRAMBLE DENGAN BACON DAGING

5 Idea Menu Sarapan Yang Pasti Ceriakan Hari Korang

BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
50 ml susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega
Roti toast
Bacon daging

CARA MEMASAK
1. Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur.
3. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.

Ads

 

ROTI PITA KEJU

5 Idea Menu Sarapan Yang Pasti Ceriakan Hari Korang

BAHAN-BAHAN
10 gram yis roti
Sedikit air
1 liter susu segar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
500 gram tepung gandum
200 gram keju mozarella

CARA MEMASAK
1. Satukan yis roti dengan sedikit air dan biarkan selama 10 minit.
2. Sediakan 500 ml susu. Masukkan gula, garam, minyak zaitun dan yis tadi.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli tepung sambil masukkan lebihan susu. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Pastikan tepung tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Rehatkan doh selama 30 minit sehingga tepung naik dua kali ganda. Uli kembali dan jadikan bebola tepung dalam anggaran 70 gram – 100 gram setiap satu.
5. Ambil sebiji tepung ulian tadi dan buka sedikit dengan tangan. Masukkan keju dan tutup kemaskan kembali. Uli roti menjadi sedikit leper tetapi jangan terlalu nipis.
6. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak sehingga naik warna setiap bahagian. Potong dan terus makan makan panas-panas.

Ads

TORTILA KELEDEK MANIS

5 Idea Menu Sarapan Yang Pasti Ceriakan Hari Korang

BAHAN-BAHAN
Doh roti pita
1 biji keledek sederhana besar (direbus)
1 biji kentang (direbus)
½ biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah (dihiris nipis)
Sedikit biji sawi
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk ketumbar
Hirisan daging siap masak

CARA MEMASAK
1. Ambil sebiji doh roti pita dan uli sampai leper, nipis dan bulat. Masak atas kuali panas.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi, daun kari dan cili merah sampai naik wangi. Kemudian masukkan kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Masukkan pula keledek dan kentang yang telah dilenyek terlebih dahulu. Masak dan kacau semua bahan sehingga sebati.
3. Kemudian perahkan jus limau nipis. Masukkan daun ketumbar bersama daging. Kacau sambil masak.
4. Cedok tiga sudu besar inti ini di atas roti dan balut menjadi seperti popia besar. Masak sedikit lagi di atas kuali sehingga ada sedikit warna. Angkat dan potong dua bahagian.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI