5 Jenama Makanan Terbaru Anda Boleh Pesan Melalui Aplikasi Foodpanda Sekarang!

Share

Bangun tidur je perut dah berbunyi, otak dah pusing fikir nak masak apa tapi bahan masakan tak ada. Sekarang ni nak apa-apa semua dihujung jari, terfikir je terus boleh pesan secara dalam talian dan boleh terus dapat dalam masa yang singkat. Apa tunggu lagi? Pesan je dengan abang Foodpanda sekarang!

Paling best sekarang ada 5 jenama makanan terbaru yang boleh dipesan hanya dari aplikasi Foodpanda! Mesti korang teruja nak tahu menu apa yang dihidangkan, betul tak? Sabar! Saya nak bagitahulah ni, lepas dah tahu nanti terus order Foodpanda tau! Boleh dapat diskaun 40%

.

Antara 5 jenama makanan terbaru yang ada adalah Soul Brew, sesiapa yang nak bersantai rehat dirumah dengan minuman yang fancy boleh order menu air yang paling popular dekat kedai ni iaitu Signature Brown Sugar Latte ataupun Roasted Hazelnut Boba Coffee. Yang paling saya suka antara dua menu ni air Brown Sugar Latte sebab tak ada rasa pahit dan sangat berkrim!

Restoran yang seterusnya pula menghidangkan menu burger yang pasti menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan menu mudah untuk dimakan dan yang paling penting sedap dan mengenyangkan! Nama restoran ni DAMN! Burgers. Kelainan menu yang ada seperti Korean Sweet Chili Chicken Burger ni saya jamin takkan menyesal makan sebab daging ayam sangat tebal. Tak payah letak sos sebab dah ada rasa pedas pedas manja!

Tak suka burger? Nak makanan yang manis je? Boleh pesan dari restoran Sweet Spot! Ada dua menu yang pasti korang tak menyesal beli! Biscoff Baked Cheesecake yang menggunakan 100% bahan Biscoff dengan taburan biskut biscoff dan juga Burnt Cheesecake

yang memang lemak berkrim tapi tak muak. Antara dua menu ni saya paling suka Burnt Cheesecake.

Alaaa macam tak kenyanglah makan burger atau kek je ada tak menu yang berat sedikit, saya ni tekak melayu nak makan nasi je. Jangan riasu! Memang ada! Korang boleh pesan makanan dari restoran Lunchbox dan cuba menu popularnya iaitu Salted Egg Butter Chicken with rice. Saiz hidangan memang mengenyangkan rasa salted egg butter chicken tak terlalu muak dan rasanya sangat seimbang dengan masin dan lemak butter. Set hidangan ni sangat sesuai bagi yang nak makan tengah hari dan belum sarapan pagi sebab dijamin korang kenyang sampai malam.

Tak suka menu yang guna butter? Boleh pesan makanan dari restoran Honest Bowl dimana restoran ni menghidangkan menu dalam bungkusan berbentuk mangkuk, antara menu yang popular Chicken Katsu Curry Bowl yang mengandungi ayam yang di goreng secara deep-fry dihidangkan bersama kuah kari dan sayur segar.

Sekarang ni korang yang kena buat pilihan sendiri nak pesan makanan apa melalui aplikasi Foodpanda. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.foodpanda.com.my

Published by
Nadzirah Rashid