Musim durian datang lagi, penggemar durian mesti suka bila tiba musim ni tak kira samaada beli atau punya dusun sendiri. Pelbagai kuih muih boleh diolah dengan durian ni.. Malah durian juga boleh dipelbagai guna, buat tempoyak boleh, jem boleh, lempok pun boleh. Pendek kata macam-macam boleh. Jom kita mendoyan!

 

RESIPI SERAWA PULUT DURIAN

5 Jenis Manisan Popular Dan Sedap Terlajak Bila Tiba Musim Durian. Wajib Buat!

BAHAN KUAH SERAWA:

  • 1 biji durian, keluarkan isinya
  • 1 liter santan
  • 1 ketul gula melaka, hiris halus*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*
  • 2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 camca besar tepung gandum*
  • 3 camca besar air*(*dikacau rata2)
  • Secubit garam
  • Gula, jika perlu

BAHAN PULUT:

  • 500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
  • 350 ml santan cair
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh minyak masak
  • 1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMASAK:

  • UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 5 minit lagi hingga betul2 tanak.
  • UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 – 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  • UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai…

Kongsi resipi: tiffin biru

 

Ads

RESIPI KUIH BINGKA DURIAN

5 Jenis Manisan Popular Dan Sedap Terlajak Bila Tiba Musim Durian. Wajib Buat!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan santan pekat (boleh guna santan kotak – 125 ml)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar mentega, cair dan sejukkan
  • 1 cawan penuh isi durian, dilecek
  • 1/4 cawan + 3 camca besar penuh gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1/4 camca teh garam
  • Sedikit pewarna makanan kuning
  • Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dengan aluminium foil, lebihkan pada bahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan kita angkat keluar kuih bingka bila masak nanti. Sapu juga mentega pada permukaan aluminiun foil tadi. Masukkan tin ke dalam oven dan biarkan tin panas.
  2. Dalam satu mangkuk besar, satukan semua bahan2 diatas kecuali isi durian, pewarna makanan kuning dan bijan. Kacau semua hingga rata dan sebati. Tapiskan bancuhan ke dalam mangkuk bersih. Masukkan isi durian dan pewarna makanan kuning. Kacau hingga rata.
  3. Berhati2 keluarkan tin dari oven, kemudian tuang bancuhan tadi. Tabur bijan rata2 atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, tukar fungsi api oven pada grill dan sambung membakar selama 5 – 7 minit. Uji kuih dengan mencucuk bahagian tengah kuih dengan lidi sate bersih, jika keluarnya bersih, tanda kuih telah masak.
  4. Keluarkan kuih dari oven. Biarkan 15 minit, dan boleh keluarkan kuih bingka durian dari tinnya. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!!

 

Kongsi resipi: Tiffin biru

 

RESIPI BUBUR KACANG DURIAN

5 Jenis Manisan Popular Dan Sedap Terlajak Bila Tiba Musim Durian. Wajib Buat!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
  • 1 liter santan
  • 1/2 cawan gula merah*
  • 3/4 cawan gula pasir*
  • 2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
  • 1 biji durian, ambik isinya (anggaran 10 ulas)
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 camca teh garam
  • Gula pasir secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMASAK:

  1. Rebus kacang hijau hingga kembang (air dia anda agak2). Masukkan air gula, daun pandan dan durian, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tuang santan, tambah garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula pasir secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama roti atau biskut cream cracker dan bersama air teh tawar.

 

Kongsi resipi: tiffin biru

 

RESIPI DURIAN CREPE

5 Jenis Manisan Popular Dan Sedap Terlajak Bila Tiba Musim Durian. Wajib Buat!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 30 gm tepung Hongkong
  • 30 gm tepung kastard
  • 20 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung ubi kayu
  • 20 gm tepung kentang
  • 3 biji telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 300 ml susu cair (suhu bilik)
  • 1 sudu mentega cair
  • pewarna kuning

CARA MEMASAK:
1.   Satukan semua  bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis.
Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair
menghasilkan dadar yang tipis.
2.   Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana. Ambil satu
senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan
hingga mendapat dadar yang tipis. Masak hingga atasnya
mengering, tidak perlu diterbalikkan.
3.   Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
4.   Pipekan sedikit whip cream yang telah diputar kental di tengah
dadar, letak isi durian kemudian tutup dengan whip cream.
5.   Lipat dadar menjadi empat segi.

Kongsi resipi: resipicitarasawan

 

 

RESIPI SERIMUKA DURIAN

5 Jenis Manisan Popular Dan Sedap Terlajak Bila Tiba Musim Durian. Wajib Buat!
BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm beras pulut – direndam 4 jam (saya rendam 1 jam jer, tak cukup masa)
  • 300 ml santan (saya guna santan kotak cap Ayam)
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam

CARA MEMASAK:

  1. Basuh bersih beras pulut dan tuang ratakan dalam loyang bentuk 4 segi 9×9
  2. Tuang santan yang sudah digaul dengan garam
  3. Kukus selama 30 minit
    **Setelah masak pulut, biarkan periuk kukusan tersebut dan air sentiasa ada untuk step yang seterusnya iaitu Serimuka Durian

Bahan-bahan untuk lapisan atas (A)

Ads
  • 140g tepung beras
  • 60g tepung ubi
  • 60g tepung gandum
  • 140g gula halus
  • 270ml santan pekat
  • 470ml air
  • 1/3 tsp garam
  • 1/4 tsp alkaline water (boleh guna air kapur)
  • 2 biji telur

Bahan (B)

  • 100g isi durian diblend dgn 100ml air (boleh lebihkan isi durian sikit)

Bahan (C)

  • 1 tsp pewarna kuning telur
  • 1/2 tsp kuning lemon
  • 1/8 tsp pewarna hijau (tak isi pun tak pe, suka hati)
    **tepung gandum ayak untuk diayak atas pulut nanti sebagai gam supaya pulut dan serimuka durian melekat cantik

CARA MEMASAK:

  1. Campur semua bahan (A) dan tapis
  2. Campurkan bahan2 (A) dengan bahan2 (B)
  3. Letak bahagian (C) iaitu pewarna kuning
  4. Kacau rata
  5. Masak dalam periuk dengan api perlahan hingga naik wap
  6. Hendaklah selalu dikacau. Bila dah nampak wap terus tutup api dapur. Adunan ini tak terlalu pekat dan tak terlalu cair (untuk mendapatkan permukaan yang licin)
  7. Sebelum tuang bahagian atas serimuka durian ini, tabur tepung gandum dalam bekas ayak dan tabur sedikit tapi rata sebagai gam
  8. Tuang bahagian atas serimuka durian atas bahagian pulut tersebut dengan perlahan-lahan
  9. Kukus serimuka ini selama 30-40 minit atau sehingga masak
  10. Tunggu sejuk betul baru potong untuk mendapatkan potongan kuih yang cantik
  11. Untuk mendapatkan permukaan serimuka yang licin, seeleoknya bungkus penutup periuk kukusan dengan menggunakan kain
    Sekian dan selamat mencuba

Kongsi resipi: hanizahomerecipes

Resepi Asal Chef Asma Nordin diolah sikit oleh Tahrunnisah Jali

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI