Hidangan berasaskan ayam, daging, ikan dan makanan laut lain untuk sajian makan tengahari bersama keluarga. Rasa kongsikan 5 jenis menu yang kamu boleh sediakan di hujung minggu atau hari bekerja.

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

5 Jenis Menu Bajet Tapi Special & Sedap Dibuat Tika Hujung Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging | direbus bersama pewarna merah
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih |kisar
  • 5 ulas bawang merah |kisar
  • 2.5cm halia | kisar
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sebati dan biar mereneh.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan. Akhir sekali masukkan cili benggala. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef: Jika anda suka kurang masin, tidak perlu masukkan garam kerana sudah ada sos-sos yang memberikan rasa pada masakan.

 

 

Ads

AYAM HALIA LADA HITAM

5 Jenis Menu Bajet Tapi Special & Sedap Dibuat Tika Hujung Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ayam |bersihkan dan potong
  • 1 biji bawang besar | potong wedges
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 5 ulas bawang merah |kisar
  • 5cm halia | hiris nipis
  • 1 sudu makan lada hitam  tumbuk kasar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 50gm daun bawang
  • 50gm lobak merah
  • Sedikit air
  • Gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan kisar dan halia sehingga naik bau Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau sebati.
  2. Masukkan sos tiram dan lada hitam tumbuk.
  3. Akhir sekali masukkan lobak merah, bawang besar dan daun bawang yang telah dihiris. Gaul sekata.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.

 

 

SAMBAL IKAN TONGKOL

5 Jenis Menu Bajet Tapi Special & Sedap Dibuat Tika Hujung Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping isi ikan tongkol | bubuh garam kunyit dan goreng
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 8 ulas bawang merah | kisar
  • 6 biji cili merah |kisar
  • 1 batang serai |titik
  • 4 biji cili padi |kisar
  • 2 biji tomato |belah empat
  • 1 keping asam keping
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga terbit bau.
  2. Masukkan cili, tumis sampai garing
  3. Masukkan pula ikan yang sudah digoreng tadi dan sedikit air.
  4. Masukkan asam keping, diikuti dengan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar hiris dan tomato. Gaul sebati.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef: Jika tidak suka terlalu pedas, tidak perlu masukkan cili padi.

 

Ads

 

AYAM PANGGANG KETUHAR

5 Jenis Menu Bajet Tapi Special & Sedap Dibuat Tika Hujung Minggu.

 BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 1 batang seleri |potong empat
  • 1 sudu teh herba thyme
  • 1 sudu teh rosemary
  • 1 biji bawang besar |belah dua
  • Beberapa tangkai daun parsli
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos Lea & Perrins
  • 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
  • 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
  •  Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)

 

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
  2. Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  3. Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
  4. Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
  5. Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
  6. Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
  7.  Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
  8. Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.

 

Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.

 

Ads

 

AGLIO E OLIO

5 Jenis Menu Bajet Tapi Special & Sedap Dibuat Tika Hujung Minggu.

BAHAN- BAHAN:

  • 70gm spageti |rebus dan toskan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ekor sotong |buang kulit dan dipotong bulat
  • 4-5 ekor udang | buang kulit
  • 10 ekor kupang segar atau 100gm isi kupang
  • 2 tangkai daun parsli |cincang kasar
  • 1 sudu teh herba cajun
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 4 biji buah zaitun hitam jeruk
  • 1 sudu teh ikan bilis
  • Lada hitam dan garam secukupnya
  • Sedikit air untuk melembapkan

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih bersama minyak zaitun sehingga naik bau dan masukkan tomato, serbuk ikan bilis, herba cajun, lada hitam, buah zaitun, garam dan sedikit air.
  2. Masukkan kupang, sotong dan udang. Biar masak seketika kemudian barulah masukkan pula spageti yang telah direbus dan daun parsli. Gaul rata sehingga masak.
  3. Hidangkan dengan serbuk keju parmesan  dan lemon jika suka.
  4.  Sedia dihidangkan.

 

Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh juga taburkan cili api yang dicincang halus.

Kredit resipi: Terima kasih Chef Niko

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI