Sajian hidangan yang pastinya memikat perutmu di tengah bulan ini! . Selain mudah disediakan, ia boleh disesuaikan dengan bajet yang anda ada. Maklumlah habis perayaan, bajet kena jaga. Jangan risau, cuba dulu hidangan mi berkuah yang RASA kongsikan ni gerenti tak menyesal. Selamat mencuba!
1. Mi Siam Berkuah
Bahan-Bahan:
500 gram mihun – rendam sehingga lembut dan ditoskan
300 gram isi ayam – potong dadukan
3 keping tauhu – goreng dan dipotong empat segi
50 gram daun kucai – Dipotong pendek
5 biji telur – Direbus dan dibelah dua
3 sudu makan minyak
3 camca besar taucu
¼ sudu teh garam – pilihan
5 biji limau kasturi – Dibelah dua
Bahan Kisar:
15 tangkai cili kering -rendam dahulu sehingga lembut
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
20 gram udang kering – direndam dahulu
Bahan Kuah Mi Siam:
1/2 cawan kacang tanah – goreng dan ditumbuk halus
1 batang serai – dititik
5 sudu besar taucu
3 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan minyak
1 sudu teh gula
¼ sudu teh garam – pilihan
Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering (direndam dahulu)
3 ulas bawang putih
4 labu bawang besar
30 gram udang kering
Cara membuat:
Ads
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Masukkan isi ayam dan taucu. Masak sehingga taucu garing.
Masukkan bihun dan kacau sehingga rata.
Akhir sekali masukkan daun kucai dan kacau sebati. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat kuah mi Siam, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Tuang air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian masukkan taucu, gula, garam dan akhir sekali masukkan kacang. Tambah air jika perlu. Masukkan serai titik.
Masak sehingga kacang masak secukupnya. Tutup api. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah di atasnya atau hidang berasingan.
2. Mi Sup Daging (Chinese Style)
Bahan-bahan:
250 gram mi kuning – basuh dan dicelur
500 gram daging – Rebus hingga lembut dan potong nipis. Simpan lebihan air rebusan daging.
2 cm halia muda – Dicencang halus
2 ulas bawang putih – Dicencang halus
50 gram daun bawang – potong kasar
3 batang daun saderi – Dipotong kasar
50 gram salad cina
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh ‘chinese five spice powder’
2 sudu teh sos ikan
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh jus lemon
1 sudu makan minyak
½ sudu teh serbuk lada sulah
¼ sudu teh garam
Air/ stok daging secukupnya
Cara membuat:
Panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan daun bawang. Masak sehingga terbit bau.
Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.
Tuangkan stok daging diikuti five spice powder. Reneh sehingga kuahnya pekat sedikit dan daging betul-betul lembut.
Masukkan kicap cair, sos tiram dan sos ikan.
Masukkan pula daun saderi, jus lemon dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
Tutup api dan masukkan sayur salad cina.
Akhir sekali, taburkan dengan sedikit daun bawang. Letakkan mi ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. Sedia dinikmati.
3. Mi Kuah Sempoi
Ads
Bahan-Bahan:
500 gram mi kuning – Dicelur dan ditoskan
200 gram tauge
200 gram daging – potong empat segi dan rebus
3 biji ubi kentang – Direbus dan dipotong nipis
4 biji telur – Direbus dan dibelah dua
3 biji limau kasturi – Dibelah dua
50 gram sawi – Direbus dan ditoskan
4 keping tauhu – Digoreng dan dipotong empat segi
2 biji cili merah – Dipotong bulat
Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan Untuk Kuah:
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan tepung ubi yang dibancuh dengan 1 gelas air
2 sudu air asam jawa
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
Di dalam periuk, masukkan cili kering kisar dan air asam jawa dan masak selama 10 minit.
Masukkan pula daging berserta air rebusannya. Kacau Rata.
Masukkan tepung ubi dan masak sehingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Letakkan mi bersama telur, sawi, cili merah, tauge dan kentang rebus di dalam pinggan. Tuangkan kuah secukupnya dan letakkan limau kasturi di atasnya. Sedia dihidangkan.
Ads
4. Mi Kari Putih Penang
Bahan-Bahan:
500 gram mi kuning – Dicelur dan toskan
500 gram santan
1 genggam ikan bilis
2 inci lengkuas – Dihiris kasar
3 batang serai- Diketuk
4 helai daun limau purut
2 1/2 liter air
2 sudu makan minyak
Gula secukup rasa
Bahan Sambal (Dikisar):
2 biji bawang merah
2 hiris lengkuas
1/2 sudu makan belacan
1 batang serai
2 sudu makan udang kering
10 tangkai cili kering – Direndam dan toskan
Bahan Hiasan:
300 gram isi ayam- Direbus dan dicarik-carik
100 gram kerang – Direbus dan ditoskan
100 gram tauge – dibersihkan
5 tangkai daun pudina – Dihiris kasar
1 biji limau kasturi – Dibelah dua
Cara Membuatnya:
Masak sambal terlebih dahulu. Panaskan minyak dan tumis bahan sambal sehingga wangi. Masukkan garam dan gula dan masak sehingga garing. Ketepikan.
Tuang air ke dalam periuk. Rebus ikan bilis bersama air sekurang-kurangnya selama 30 minit.
Masukkan santan dan kacau sekata.
Masukkan pula lengkuas, serai dan daun limau purut. Masak sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam. Jika kuahnya pekat boleh tambah air lagi. Tutup Api. Letakkan mi ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan letakkan bahan-bahan hiasan dan sambal di tepinya. Sedia dinikmati.
Donat ni cukup special, ada masukkan kentang. Kekal gebu dan sedap. Jom ikut resipi donat kentang dari Puan Maria Bentalib yang cukup kreatif dengan idea memasaknya. Resipi dia cukup mudah diikut, dalam gambar tu ada langkah demi langkah membuatnya.Comel aje rupa donat tu.
Pastikan doh tu naik sempurna dengan yis berkualiti, barulah donat nanti naik gebu gabas. Sedap dan lembut bila digigit. Makan pulak dengan secawan kopi, memang teramatlah nikmatnya.
DONUT KENTANG OHSEM
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum
Garam hujung camca
2 sudu besar susu tepung
(garam dan susu ni letak kat tepung gandum)
.
2 sudu besar gula kasar
1 paket yis segera
1 penutup aisin vanila
200gm kentang – direbus
2 biji telur
1 cawan minyak sayuran
Gula castor secukupnya untuk donut yang dah goreng.
CARA MEMASAK :
1. Mula sekali rebus kentang. Dah empuk, kopek kulitnya dan lenyek sampai lumat.
.
2. Kemudian. Larutkan gula dengan sedikit air panas, dalam mug. Masukkan aisin vanila. Tambah air hingga setengah mug, pastikan air dalam mug tu suam (jangan air panas, nanti yis mati) Tuangkan yis, tutup mug. Dah jangan kacau, biarkan yis tu naik dengan aman. Ketepikan
.
3. Campurkan telur dengan kentang yang dah lenyek lumat tadi, pukul. Masukkan minyak, pukul. Bila yis dah naik, masukkan pula yis dan kacau rata..
.
.
4. Masukkan tepung gandum yang dah diletakkan garam dan susu tepung tadi. Uli hingga lembut (lebih kurang 20 minit menguli).
5. Siap hempas hempas. Kalau tengah geram dengan orang, bagus. Gerenti jadi gebusss donut tu nanti.
.
6. Dah siap uli, cover besen dengan kain. Biarkan selama 1 jam 30 minit.
.
.
.
7. Lepas dah kembang, cekut dan bulat bulatkan. Susun atas loyang yang dah disapu minyak dan ditaburi tepung.
.
8. Biarkan ia kembang sekali lagi. Pastu goreng. Panas panas kena golek kat gula, kalau dah tak panas nanti gula tak lekat ye. Guna gula castor.
#DonutKentang #KegemaranRamai
Kredit foto dan resipi :Maria Bentalib FB : Maria Bentalib
Resipi sup siam yang biasa dinikmati bersama kuetiau, bihun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Ramizah ini adalah untuk sajian keluarga bersaiz 5-6 orang makan. Selamat mencuba!
KUETIAU/BIHUN/MI SUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
Kuetiau/ bihun/mi – dicelur
BAHAN KUAH SUP SIAM
4 ketul dada ayam
1/2 kg kaki ayam
2 inci halia – dititik
2 batang serai – dititik
1 inci lengkuas – dititik
Sos tiram secukupnya
Sos sotong secukupnya
Kicap secukupnya
2 kiub pati ayam
1 kiub pati ikan bilis
Daun ketumbar & akar ketumbar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
BAHAN SAMPINGAN:
Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
Tauge
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.
Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.
Ada peminat makanan Korea ke kat sini? Sila angkat tangan! Kalau anda teringin nak makanan Korea boleh buat sendiri mengikut resipi ini.
Peminat makanan Korea, Aley Arif berkongsi resipi makanan-makanan yang selalu dibuatnya apabila craving teruk selepas tengok K-drama atau K-movie.
Resipi-resipi yang ada ini, sudah olah ikut tekak Melayu tapi masih rasa Korea.
JAPCHEA (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
1 genggam glass noodle 100g daging/ayam | hiris nipis (perap dengan sos tiram, lada hitam) 3 pokok bayam (ambil daunnya sahaja) | rebus dan tos 3 ketul shitake mushroom | hiris nipis – beli online di sini 1 pokok daun bawang | hiris memanjang ½ bawang holand | hiris nipis – beli online di sini ½ batang lobak merah | potong memanjang – beli online di sini ½ biji cili benggala kuning | hiris nipis ½ biji cili benggala hijau | hiris nipis 2 biji telur | (asingkan putih dan kuning) buat telur dadar kemudian hiris nipis Kicap cair Minyak bijan Bijan sangai Gula secukupnya
CARA-CARA:
1. Panaskan air hingga menggelegak. Masukkan glass noodle rebus hingga empuk toskan. 2. Masukkan dalam 1 bekas. Masukkan 2 sudu besar sedikit kicap, 1 sudu besar cair minyak bijan dan sedikit gula kemudian gaul sebati. Ketepikan. 3. Pan lain, panaskan sedikit minyak. Goreng sebentar daging/ayam yang sudah diperap tadi sehingga masak. Ketepikan.
4. Kemudian goreng kilas setiap bahan shitake mushroom, lobak merah, bawang holland, cili benggala merah dan kuning secara berasingan sehingga masak. 5. Masukkan kesemua bahan goreng kilas ke dalam bekas yang mengandungi glass noodle tadi. Gaul sebati, kemudian masukkan telur dadar dan daun bawang. 6.Perasakan lagi dengan kicap cair , minyak bijan dan gula. Tabur bijan sangai. Sedia dihidang
*Goreng kilas = goreng sebentar dia atas pan/kuali
JJAMPONG (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
1 genggam mi kuning Sedikit udang Sedikit sotong Sedikit ayam ½ biji bawang holland | hiris nipis 2 ulas bawang putih | cincang halus – beli online di sini Sedikit halia| tumbuk 2 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 pokok bakchoy 1 sudu besar sos tiram – beli online di sini ½ kiub pati ayam 1 cawan air Garam & gula secukupnya
CARA-CARA:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang holland , bawang putih dan halia hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan serbuk cili dan air berserta kiub pati ayam dan sos tiram. Biarkan mendidih sebentar masukkan seafood tadi dengan ayam.
3. Reneh dengan api sederhana. Kemudian masukkan sayur bakchoy dan perasakan dengan garam dan gula. 4. Akhir sekali masukkan mi kuning gaul sebentar dan sedia dihidang.
BIBIMBAP (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi yang sudah dimasak 100g daging (diperap dengan sos tiram , bawang putih tumbuk, sos tiram) digoreng kilas Taugeh dicelur dan ditos (perasakan dengan sedikit bawang putih tumbuk dan kicap cair) 2 biji telur dadar | dipotong memanjang 2 pokok enoki mushroom besar | dipotong memanjang & digoreng kilas Salad Lobak merah | dipotong memanjang & digoreng kilas – beli online di sini Daun bayam yang sudah dicelur (perasakan dengan garam & minyak bijan) Minyak bijan Bijan sangai
UNTUK SOS:
3 sudu besar gochujang 1 sudu kecil kicap cair – beli online di sini 2 sudu besar gula 1 ulas bawang putih tumbuk 2 sudu besar minyak bijan – beli online di sini Sedikit air
CARA-CARA:
Satukan semua bahan dalam 1 bekas. Gaul sebati. Perasakan dan tambah mana yang perlu.
CARA PLATTING/HIDANG:
1. Masukkan 1 cawan nasi dekat tengah-tengah pinggan atau stone pot. susun semua bahan-bahan yang digoreng kilas tadi. 2. Letakkan sos di tengah-tengah. Taburkan bijan sangai. Sesuai dimakan waktu panas. 3. Sekiranya guna stone pot boleh panaskan sebentar di atas api. *boleh guna sayur lain-lain juga
JJAJANGMYEON (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:-
2 genggam angle hair/mi tarik/maggi/mi kuning 2 sudu besar jjajang paste (boleh beli online) – {ommason/got kimchi/marimogo} 1 sudu besar sos tiram – beli online di sini 1 biji bawang holland | potong dadu kasar – beli online di sini 2 ulas bawang putih | cincang halus 1 biji kentang | potong dadu kasar – beli online di sini 100g daging/ayam | potong dadu ½ batang zuchhini| potong dadu (optionial) Sedikit air Sedikit bancuhan tepung jagung/tepung ubi Telur mata kerbau Hirisan timun
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Masukkan ayam/daging dan masak hingga lembut. Masukkan kentang, zuchhini dan gaul sebati. 3. Kemudian masukkan jjajang paste dan sos tiram dan sedikit air untuk melembutkan kentang dan zuchhini tadi. Perasakan. 4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung/tepung ubi untuk memekat dan mengilatkan nya. 5. Sedia dihidang. Hiaskan dengan hirisan timun dan telur mata kerbau.
ROLL OMELLETE (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur saiz AA atau 4 biji saiz sederhana 1 pokok daun bawang | hiris nipis ½ batang lobak merah | potong dadu kecil Sedikit garam
CARA-CARA:
1. Pecahkan telur dan masukkan dalam 1 bekas. Tapis ke dalam bekas lain (option) Masukkan daun bawang, lobak merah dan sedikit garam. Pukul sebati. 2. Panaskan pan dengan api sederhana tuang sedikti minyak kemudian lap kan sedikit dengan tisu. 3. Tuangkan 1 senduk dan ratakan bancuhan tadi. Ambil spatula atau sudip rata gulungkan sedikit demi sedikit hingga separuh pan dan Tarik ke belakang. 4. Bahagian pan yang kosong tadi masukkan sedikit bancuhan telur lagi dan sambung gulung sehinggai bancuhan telur tadi habis. Biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong dan dihidang.
KIMCHI PAJEON (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 cawan kimchi yang sudah dicincang halus Sedikit air untuk bancuhan batter 1 pokok daun bawang | hiris serong *boleh juga letak taugeh, daun kucai dan lain-lain Sedikit gula & garam
CARA-CARA:
1. Masukkan tepung, kimchi dalam satu bekas. Letak sedikit garam dan gula. Masukkan air dan bancuh hingga menjadi batter. Tidak terlalu pekat atau pun cair. 2. Panaskan pan. Tuang sedikit minyak dan ratakan. Masukkan 1 senduk bancuhan dan ratakan. Terbalikkan dan biarkan masak. Ulang hingga bancuhan habis
UNTUK DIPPING SAUCE
3 sudu besar kicap cair Daun bawang | hiris halus Sedikit gula Cili potong Bawang besar | potong dadu kecil *Satukan semua dan gaul sebati.
TTEOBOKKI (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
10-15 ketul tteobokki 2 sudu besar gochujang Sedikit gula ½ kiub pati ikan bilis ½ bawang holland | hiris nipis 1 pokok daun bawang | potong memanjang/serong pun boleh 3 keping fishcake | potong memanjang 3 keping kobis | potong kasar 2 batang crab meat | belah 2 (optional) 1 biji telur rebus | belah 2 Bijan sangai
CARA-CARA:
1. Panaskan air dalam 2 cawan hingga mendidih. Masukkan pati kiub ikan bilis. 2. Kemudian masukkan tteobokki berserta gochujang. Reneh dengan api sederhana hingga tteobokki lembut. 3. Masukkan kobis, fishcake, daun bawang dan crab meat. Gaul sebati dengan api perlahan. 4. Perasakan dengan sedikit gula (jika perlu). Sedia dihidang. Taburkan dengan bijan sangai dan telur rebus *Boleh juga letak suon, maggi, sosej atau lain-lain
MAYAK EGG (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
10-15 biji telur puyuh @ 6 biji telur (terpulang saiz) rebus dan kupas kulitnya {Saya rebus/kukus telur 6 minit air menggelegak kemudian rendam dalam air sejuk} ½ cawan kicap cair ½ cawan air ¼ gula 1 pokok daun bawang | hiris nipis 1 batang cili merah besar | potong bulat 2 ulas bawang putih | cincang halus 1 sudu besar bijan sangai
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan kecuali telur dalam 1 bekas. Gaul sebati. 2. Ambil bekas kosong masukkan telur dan bancuhan tadi. Biarkan sebentar dalam 1 hari dalam peti ais sebelum dihidang. 3. Sesuai dimakan dengan nasi panas dan kimchi.
KIMCHI JIGAE (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kimchi yang telah dicincang ½ cawan air kimchi 1 cawan air 2 sudu besar minyak bijan 100g daging/ayam | hiris nipis (optional) 1 pokok daun bawang | potong memanjang 1 keping tauhu potong 4 @ 1 tiub soft tofu ½ pokok cendawan enoki Sedikit gula & garam
CARA-CARA:-
1. Panaskan minyak bijan. Masukkan kimchi. Goreng sebentar. 2. Kemudian masukkan air kimchi tadi. Biarkan menggelegak seketika. 3. Masukkan daging/ayam, air dan reneh hingga empuk. Kemudian masukkan cendawan enoki, daun bawang dan tauhu/soft tofu. 4. Perasakan. Sedia dihidang. *boleh pecahkan sebiji telur dan masukkan time mereneh sebelum dihidang. *daging/ayam juga boleh digantikan dengan seafood contoh lala, kupang
NASI GORENG KIMCHI (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:-
2 cawan nasi 1 cawan kimchi yang sudah dicincang ½ biji bawang holland | cincang halus 2 ulas bawang putih | cincang halus 1 pokok daun bawang | hiris nipis 1 keping seaweed disalai & dihancurkan Ayam cincang (optional) 1 sudu besar ghocujang 1 sudu besar gochugaru/ serbuk cili 1 sudu besar sos tiram Minyak bijan Garam & gula
CARA-CARA:
1. Panaskan kuali. Panaskan 2 sudu besar minyak bijan. Masukkan kimchi dan tumis sebentar. 2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Kemudian masukkan ghocujang, gochugaru, sos tiram. Perasakan dengan garam & gula. 3. Masukkan nasi dan gaul sebati. Akhir sekali taburkan flake seaweed sebelum dihidang bersama telur mata kerbau separuh masak. 4. Untuk gambar ini saya buat UFO Kimchi fried rice. Siap je goreng nasi, saya pecahkan sebiji telur dan bancuh. Panaskan pan lain dengan sedikit minyak. 5. Tuang bancuhan telur tadi dan letak nasi goreng di tengah-tengah. Letak 1 slice cheese dan tutup sebentar dengan penutup untuk cairkan cheese. Pastikan api perlahan.
BIBIMGUKSU (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
2 genggam spaghetti angle hair rebus dan tos (boleh juga guna mi Tarik or lain-lain selain mi kuning) 1 cawan kimchi | cincang halus Sedikit serbuk cili 2 sudu besar gochujang Sedikit gula 2 sudu besar minyak bijan Timun | dihiris memanjang Sebiji telur | rebus & belah 2 Bijan sangai
CARA-CARA:
1. Satukan dalam bekas kimchi, serbuk cili, gula, minyak bijan dan gochujang. Gaul sebati. 2. Kalau kering boleh tambah sedikit air. Perasakan mengikut citarasa masing-masing. 3. Kemudian masukkan bancuhan tadi ke dalam spaghetti dan gaul sebati. Sedia dihidang. Hiaskan dengan sebiji telur, hirisan timun dan bijan sangai.
ROSE TTEOBOKKI (2 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
10 ke 15 ketul tteobokki 5 ketul sosej belah 3 (optional) 2 sudu besar puree tomato/1 sudu besar gochujang/ 2 sudu besar sos tomato ½ kotak whipping cream ½ biji bawang holland | hiris nipis 2 ulas bawang putih | cincang halus 2 keping fish cake/odeng | hiris nipis 1 sudu kecil parsley
CARA-CARA:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak. Masukkan bawang holand dan bawang putih. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan sosej. Goreng sebentar. Kemudian masukkan fishcake/odeng dan puree tomato/ gochujang/sos tomato kemudian gaul sebati. 3. Kemudian masukkan tteobokki dan sedikit air untuk mengelakkan kering dan hangit. Agak-agak tteobokki dah lembut masukkan whipping cream. 4. Perasakan jika perlu. Reneh sebentar dan tabur parsley dan sedia dihidang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!